Selamat Hari Jadi dan Selamat Hari Bapa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Abah saya bernama Ahmad bin Sarju, dilahirkan setahun selepas tahun kemerdekaan. Menjawat sebagai guru Bahasa Melayu dan menyandang tugas sebagai Guru Displin, sangat persis dengan sifat tegas dan garangnya. Apatah lagi apabila berhadapan dengan kehadiran lima orang anaknya yang berlainan fe’el dan lincah sejak dari kecil hinggalah menginjak dewasa.

Abah seorang yang gemarkan bahasa Melayu dan puisi. Penglibatannya tidak terhad kepada aktiviti persekolahan sahaja. Beliau pernah melibatkan diri dalam seni teater dan tarian zapin sewaktu menuntut di Institut Bahasa di Kuala Lumpur suatu ketika dulu. Kecenderungannya dalam bidang sastera sedikit sebanyak tumpah kepada anak-anaknya.

Meskipun abah garang, abah tidak terlalu membataskan pergaulan anak-anaknya. Ruang kepercayaan diberikan kepada anak-anaknya untuk membuat sebarang keputusan berkenaan kehendak dan bidang yang ingin diceburi. Walau yang demikian, nasihat abah selalunya tidak dapat dimenangi. Ia selalu mendahului keputusan sendiri.

Abah saya sudahpun melepasi separuh abad umurnya. Alhamdulillah, abah masih sihat dan sentiasa mengisi masanya dengan aktiviti kegemaran beliau. Beliau yang masih mengajar di Tengku Mariam School sudah tidak garang seperti dulu. Saya mendoakan abah sentiasa sejahtera dan diberi kesihatan yang kuat daripada Allah s.w.t. Terima kasih abah. Jasa abah yang terlalu banyak, Ekin tak dapat membalasnya. Hanya Allah yang boleh membalasnya.

Abah, “SELAMAT HARI JADI DAN SELAMAT HARI BAPA.”

Abah pun suka nombor rupanya, 08-05-85. (ketika ini, saya berusia sebulan lebih)

Abah pun suka nombor rupanya, 08-05-85. (ketika ini, saya berusia sebulan lebih)

Abah dan Ekin

Abah dan Ekin

YaQeen Ahmad : Seronok jadi anak abah. Abah suka bawa jalan-jalan…

Dikirim dalam Ceritawara. 3 Comments »

3 Respons to “Selamat Hari Jadi dan Selamat Hari Bapa”

  1. 'uyun Says:

    HARI BAPA SEDUNIA IALAH HARI-HARI..

  2. wan aqilah Says:

    assalamualaikum buat semua, untuk pengetahuan anda, saya merupakan salah seorang anak murid encik ahmad bin sarju

  3. YaQeen Ahmad Says:

    Wa’alaikumussalam wbt. Bertuahnya kami berjumpa anda di sini. (^_^)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: