Kuburan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kuburan Islam

Salam alaik dan selamat sejahtera kepada semua. Peringatan ini adalah khusus untuk diri sendiri. Dan sebelum itu, dimaklumkan, entri bukanlah untuk membuka aib si mati kerana namanya tertera di kubur itu dan kebetulan, saya memaparkannya secara terus. Niat saya hanyalah sebagai peringatan kepada kita yang masih hidup.

Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Singapura, malah di Malaysia sendiripun. Sama-samalah kita ambil iktibarnya.

Disalin dan diedit daripada emel.

Mula

Kubur 1

Kubur 1

Kubur 2

Kubur 2

Kubur 3

Kubur 3

Kubur 5

Kubur 4

Kubur 5

Kubur 5

Kubur 6

Kubur 6

Hakikat yang tidak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah amat cantik. Tentu ada antara kamu yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah meninggal dunia nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Baca artikel di bawah.

Larangan dari Rasulullah s.a.w. :

Dari Jabir r.a., dia berkata,

“Rasulullah s.a.w. telah melarang kuburan dikapur (disimen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan/jambak-jambakan bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah s.a.w., juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.

Ali bin Abi Talib r.a. berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

Wallahua’lam

Tamat

YaQeen Ahmad : Semoga roh-roh Allahyarham dan Allahyarhamah di kuburan di atas tenang dan damai di sisi Allah.

Ya Allah, hidupkanlah aku di dalam Islam dan matikanlah aku di dalam Islam jua… Amin.

Advertisements
Dikirim dalam Suci Nurani. 3 Comments »

3 Respons to “Kuburan”

  1. amanda Says:

    wah..so far tak pernah lg la jmpa kuburan cantik cmni.. Tp ada org kata, klau letak marmar kt kubur cmtu nnt org dlm kubur tu ‘berat’. tak pasti berat cmna. btul ke?

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Amanda, saya pun tidak tahu betul ke berat sebab belum rasa lagi duduk dalam kubur.. hehe. Salah satu rahsia Allah, alam kubur… Wallahua’lam.

  3. Khai Says:

    pelik.. takde apa apa link ke ohtidak dot com, tapi trackback sampai pulak.. hmmm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: