Sukan Yok!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Bersama Kak Fuah dalam Pertandingan Catur

Mewakili MARA Selangor

Sukan Mara Se-Malaysia

Dengan tema gemilang, berlangsunglah Sukan Mara Se-Malaysia yang bertempat di Kolej Profesional Mara, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Hari Pertama…

Kami bertolak dari MFI lebih kurang jam 9 pagi. Sepatutnya jam 8 pagi. Dek kerana ada info yang salah dimaklumkan kepada saya dan Kak Fuah, maka berangkatlah jam 9 pagi. Dalam hati encik-encik yang berada dalam bas tu mesti ada sikit asap-asap bengang. Ait, awat habaq kat che’ lain, info sebenaq lain…?

Selepas menjemput rakan-rakan sepasukan lain dari MIAT, kami pun memulakan perjalanan sebagai atlit mewakili MARA Selangor. Terlentok jugalah saya sebab malam semalam baru sampai dari Batu Pahat. Lepas tu, kena lagi bermusafir ke Kota Tinggi.

Kemudian berhenti minum pagi di R&R Seremban sambil menunggu ketibaan rakan-rakan lain dari GMI. 2 jam menunggu! InsyaAllah… mesti ada hikmah gara-gara van yang mereka naiki rosak di tengah kesibukan lebuhraya semasa dalam perjalanan menuju ke bas MFI yang kami naiki. Kira-kira 20 sahaja pun dalam satu bas. Yang pasti, wanita-wanita yang ada hanya berjumlah 4 orang sahaja.

Perjalanan jauh tak kurasa

Kerna hati ku melonjak sama…~

Tiba di destinasinya jam 7 petang. Tempat pertama yang saya cari adalah tempat makan sementelahan Maghrib boleh dijama’kan. Makan… makan… makan… kenyang!

Alamak! Kena tunggu lagi sejam! Sebab tiada orang menjemput untuk menghantar ke kolej kediaman yang sepatutnya. Isk2…

Pendek kata, pada hari itu, aktiviti saya dipenuhi dengan perkataan ‘menunggu’… Sesungguhnya, sabar itu separuh daripada iman…

YaQeen Ahmad : Tunggu Teduh Dulu dah habis baca pada hari itu! Yippi!!

Hari Kedua…

Waktu pagi diisi dengan latihan. Permainan bermula pada sebelah petangnya. Malam berehat. Tiada apa yang menarik pada hari ini.

Cuma ada sedikit pengalaman yang mana saya dan Kak Fuah. Kami menjelejah 1 blok perempuan empat tingkat semata-mata ingin menempatkan diri ke tempat yang lebih selesa berbanding di Kolej Asrama INSTEDT.

Akhirnya berjaya!

YaQeen Ahmad : Banyak betul menghayati ungkapan sabar kali ini… Sabar jela…

Hari Ketiga…

Pagi, Petang, dan malam. Waktu padat kerana 3 sesi ini diguna penuh untuk kehadiran permainan.

Bermain catur bersama orang-orang veteran menjadikan diri sedikit rasa adventure. Tangan still sejuk juga sebab nervous memang susah nak hilang walaupun main chess dah 1/5 abad.

Hari Keempat

Pagi itu menentukan keputusan pemenang. Kedudukan kami pada waktu itu sudah agak baik berada di tempat ke-2. Oleh kerana kalah pada pusingan akhir, kedudukan terus merundum di tempat ke-8. Tambahan lagi yang menerukkan keadaan, ada pasukan yang menarik diri di saat akhir.

Pendek kata, tiada rezeki (^_^).

Yang penting bila kalah ni, kita harus raikan kawan kita yang menang. Jadinya taklah stress sangat. Adat bertanding, ada menang, ada yang kalah.

Petangnya, kami beriadah di Air Terjun Kota Tinggi. Memeranjatkan yang hendak mandi di tanah tumpah sendiri, kena bayar RM7.50 sekepala. Tak termasuk bas yang kena bayar RM5.00 untuk parking. Ini gara-gara Air Terjun Kota Tinggi telah dimiliki oleh WetWorld.

Sebab dah sampai daripada perjalanan yang jauh selama sejam, maka saya dan kawan-kawan semuapun masuk ke taman tema ala-ala semulajadi itu. Alhamdulillah, hari siang diakhiri dengan rasa seronok sebab memang dah lama tak mandi air terjun.

Sepulangnya dari Air Terjun Kota Tinggi, kami terus menikmati hidangan makan malam pula. Pada malam ini, para pemain yang tiada apa-apa acara diharuskan ke stadium Kota Tinggi.

Teka nak buat apa?

Adeh, kena sokong pasukan bola sepak pula… Selangor-Pahang. Saya dan Kak Puah saling berpandangan. Tempat tu bagaimana nanti? Harusnya lelaki akan memonopoli stadium.

Namun, asakan Kak Ja tidak dapat dimenangi. Dia yang mempunyai kenderaan mengajak saya Kak Puah untuk menurutnya bersama atas semangat kesukanan. Ikut jelaaa…. Sebelum berangkat ke stadium yang jauhnya hanya memakan 5 minit sahaja, saya mengajak Kak Ja untuk singgah di mana-mana gerai menjual durian. Teringin sangat rasanya. Walhal, saya memang sangat tidak tahan dengan baunya yang sengit.

Diturutkan, syukurlah, dapatlah makan durian pada malam itu selepas menonton aksi-aksi di padang bola sepak secara live. Menarik juga. Menarik sebab semua bersorak, saya buat tak tahu saja. Hehe… Muka blurrr. Perhatian! Tidak sesekali sesiapa mengajak saya menonton bola sepak lagi heh… (^_6)

Makan durian… makan durian… sempena malam terakhir kami di sana. Memang lazat dan enak.

Di depan tempat kami menghabiskan durian-durian tersebut, ada lagi pemain-pemain yang main suka-suka, pentanque. Menarik?!

Join lah! Apa lagi…

YaQeen Ahmad : Next game to be… pentanque!
Hari Kelima…

Selepas acara perasmian penutup, kami pulang dengan senang hati. Kerana Sukan MARA Se-Malaysia seterusnya akan diadakan di Sarawak dua tahun lagi. Kemeriahan terasa. Saya berasa sungguh seronok kerana dapat berkenalan dan bertukar-tukar pengalaman dengan para atlit dari seluruh negara. InsyaAllah, ada rezeki, jumpa lagi.

YaQeen Ahmad : Alhamdulillah, selamat pergi, selamat sampai…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: