Cacamerba

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

CACAMERBA (monolog, jadinya… cacamerba lah!)

MAPLE Training

3 hari… 3 hari saya menghabiskan masa kerja dengan bengkel MAPLE. Serius, ada masa sakit kepala juga sebab otak dah tepu. Lagi-lagi la bila tiba petang selepas ‘tea time’. Jasad je terkubu di Multimedia Lab… Minda dah tenggelam di rumah… hehe

Selamat Hari Datang Kerja!

Tanggal 2 Jun lepas, genaplah setahun (tak campur yang part time laa) perkhidmatan saya di UniKLMFI. Ada rasa seronok menginsafi pelajaran-pelajaran pahit dan manis sepanjang berada di sini. Hurm… dah besar aku rupanya heh?

Bermula dengan motor Modenasku… dengan helmet dan beg di sisi… tambah lagi dengan fail-fail di bakul… hujan+panas+habuk jalan+kena hon… Hurm… itu semua memang manis untuk dikenang… Kini, dengan rezeki yang ada, bertambahlah asetku untuk memudahkan urusan harian… Syukur2! Sukur21…

Kerja Oh Kerja!

Alhamdulillah, feedback daripada student memberangsangkan. Dan itu adalah salah satu semangat untuk saya terus mengajar.

Selain itu, ingin menggembirakan mak dan abah bahawa anaknya telah berkerja di luar sana dan sedang belajar menjadi insan yang dijadikan untuk berbakti. Nak ikutkan plan asal, aku nak jadi menjadi surirumah je.. hehe.. best, boleh belajar full time, menulis, and research… then research… tapi, siapa nak menanggungku?? Argh… so, tuntasnya, kena kerjalah cik Aqeen…

Belajar lagi, yeay!

Isnin lepas, secara rasminya saya memegang surat tawaran sambung belajar. Semangat-semangat! Jangan malas-malas Cik Aqeen… Dan bermulalah episod Aqeen yang belajar dan saya ingin penuhi masa dengan aktiviti-aktiviti yang dasyat. Heh? Apa yang dasyat..? semangat macam peluru… cakap biar serupa bikin haaaa…. Adeh…

Ada beberapa plan terpaksa direncanakan semula memandangkan saya dan adik saya, ‘Uyun akan sambung pelajaran. Anas pun ada beberapa bulan lagi untuk menyambung pengajian dalam peringkat tinggi. So, Cik Aqeen ni tak dapatlah bermanja secara ‘kasar’ ngan abah… iaitu meng’pow’ abah untuk bayar yuran… Adeh!… Dasar memang kedekut cik Aqeen ni dengan duit sendiri heh… Well, selagi bergelar anak… Ha… ini plan yang baru yek, Cik Aqeen!

1) Belajar – dengan biasiswa! (gajiku laaaa)

2) Kerja – sebagai pratikal industri (cewah! nak buat sejuk hati…)

3) Part time job – Kena start balik… Tapi belum dapat lagi… Rindu mengajar tuisyen, oh!

Cepu Mas

Dan soalan ditujah bertubi-tubi,

“Bila nak kahwin ni?”

“Kau ni, kena peramah sikit…”

“Kau tak penat ke kerja sambil belajar?”

“Sudah-sudahlah tu nak belajar…”

“Bila tarikhnya?”

“Dah ada yang berpunya ke belum?”

Adeh… ni tak nak jawab yer… Faham-fahamlah Cik Aqeen ni macam mana… Then… I pass to ‘Uyun..! Hoho… Thanks ‘Uyun!

Sukan MARA

Mulai Isnin depan, saya akan berada di Kota Tinggi dalam pertandingan catur antara MARA. Mewakili MARA Selangor, seramai dua orang daripada UniKLMFI. Saya dan Kak Masyfuah. Rasa gerun sebab rasa-rasa, sayalah termuda… Hehe..

Well, its just for fun and experience.. getting to know people… and release my tension…

Doakan saya ya… Main hentam je… Huuuu~~~

Yaqeen Ahmad : Seronok ni… on the way nak balik BP… jadi pengapit… untuk ntah yang ke berapa kali… hehe… daaaa!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: