Minggu Terakhir

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjunagn besar Nabi Muhammad s.a.w.


Minggu terakhir

Ini minggu terakhir aku di BBB. Sepanjang minggu ini, aku rasa tenang walaupun berat. Aduyai! Mana taknya… Aku sayang rumah pink itu… (^^,) Life’s on babe.. Everybody is moving… changing… That’s word I repeat and repeat, again and again.

Yang paling best, adalah bermain badminton pada Ahad lepas. Ini menjadikan aku berkobar untuk membeli raket. Terpaksalah korek tabung dulu sebab gaji tak masuk lagi. huhu… Korek jangan tak korek… Warna apa ye? Kak Tikah mencadangkan pink.. huuuu… tak mau.. ia tak fleksi. Biru… Biru sebiru hati aku sekarang… hehe Ocean Blue!

Hari bermain akan diplan kemudian. Seminggu wajib sekali! Kemungkinan sekali sebelah malam. Kalau bermain di MFI, sure ramai student.. So, kita akan menggunakan dewan-dewan serbaguna yang ada di sekitar BBB atau BSP nanti.. Yeeehaaa!

Badan rasa ringan sikit kalau dah start bersukan ni. Semenjak aku berhenti Aikido, aduhaiiiii… lembik je.. Takde semangat langsung.

Now, I eager to move forward!

Banyak plan dah aku sediakan untuk diri sendiri. Mai tiba-tiba memancung konsentrasi aku ketika menonton tv malam tadi, “Kau tak penat ke Qeen? kerja lagi…”

(^_^) ‘Sibuk itu best!‘ Lagi penat, lagi nyenyak boleh tidur tau.. Since we are alone, just enjoy every moment yarrr…

Bak aku kata, jangan buang masa. Ada satu ayat yang best juga, ‘Tidur itu adalah kubur bagi orang yang malas’. Tapi, maaflah, tak ingat aku dapat dari mana… Hoho… Dan, lately ni, selalu tidur balik selepas Subuh… Aduyai… Kena sukan! Mari-mari!

Entri ni aku tujukan buat insan-insan tersayang di Al-Hamra’. Saja melalut panjang-panjang as mukadimah… Banyak aku belajar daripada dikau semua. So, ini nak cerita sikit…

Pertamanya, sikap berdikari.. Dulu aku ni semua nak kena teman. Hehe.. sekarang pandai la sikit-sikit nak pergi berjalan sorang-sorang.

Then, pandai sikit lah masak daripada dulu.. hehe… walau termasin sikit lately ni.. adeh, ada ke mereka kata ni masakan orang yang dah nak kahwin?! Weh, ambo tak gomar kome bilang begitu… Ouh… fahamilah… walaupun aku gelak-gelak je.. ahaha.. masin tu, sebab aku memang terlebih bubuh garam la wei…

Lagi, basuh baju pun dah kerap.. ahaha… kalau tak seminggu, atau dua minggu sekali.. Ni ekslusif ni.. aku reveal la plak.. Mana taknya, kerap balik kampung and ada program every weekend… Cita-cita nak beli mesih basuh auto belum kesampaian. Tengah mengumpul ni… Sabar… sabar.. Tapi, tak dobi key.. I akan basuh sendiri je kan?… Tapi lagi satu, aku sentiasa happy dengan bebelan korang.

Hehe.. banyak lagi la… panjang senarainya… nanti kalau aku reveal semua, korang akan gelak terguling-guling plak sampai BP. Takpe, aku stop. But ladies, I need you to know, I love you all!

For every each person, first, ex-Al-Hamra’, Ija, thanks for being such a wonderful friend to me. You always react as a ‘kakak’ when I faced probs.. Awat berbahasa Inggeris plak ni. Kalau aku dah sedih macam ni la..”Siapa yang kakak ni?” Hehe.. ayat Ija. huhu.. Ija selalu nak belajar lebih dan praktis English. Aqeen plak, nak belajar selalu minta Ija translate Bahasa Arab.Thanks… Thanks…!

To, ex-Al-Hamra’ juga, Kak Fiza and K. Ayu.. Korang memang sempoi lah!

Untuk K. Hawa dan Yusuff… terima kasih memberi saya pengalaman menjaga dikau dan Ucop! Especially k. Hawa. Terima kasih kerana sudi memberikan saya ilmu-ilmu dan pengalaman menjaga anak kecil. Ia adalah pengalaman yang sangat berharga. Sentiasa tabah kak. Macam saya kata, life’s on babe!

For my nice friend… Sara.. hehe.. kau memang suka sakat aku heh…! Sekarang kau dah jauh.. tak boleh dah sakat aku.. Kita banyak mengumpatkan sambil memasak..? hehe.. time masak, stress-stress kerja dilepaskan kepada bawang, cili, batu lesung and etc… terima kasih jadi partner masak yang best+sporting!

And last ex-Al-Hamra’, Maisarah. Daku kasihan juga tengok dikau bertungkus-lumus mencari rezeki… pergi pagi pulang malam… pergi petang pulang pagi… seorang engineer yang dedikasi dalam menjalankan tugas-tugasnya… Kita akan jumpa lagi di rumah di VSP yang masih belum ada nama tu yer…

Okey, now I start from my room. My dearly roomate, Kak  Tikah and Dira. Mucas gracias (bantai je ni) pada kome. Thanks Dira sebab masak sedap-sedap pada hujung minggu, selalu ironkan baju+lipat baju… Selalu aku cakap dalam hati, aduhai… rajinnya minah ni.. hehe.. kak Tikah, sorry sangat sebab terpecahkan cawan kesayangan akak+langgar selipar bagi penyek! Hee… saya dah gantikan dengan jam cantik, hopefully akak seronok..

Kepada K. Kinah+Haz yang amat penyayang… Pelajaran agama+tazkirah+amalan-amalan yang dititipkan banyak memberikan kredit kepada hubungan persahabatan kita. Merci beaucoup atas kasih sayang yang diberikan. Mari kita teruskan Doa Rabitah! Amiin… haz, terima kasih bagi selalu pinjam kereta dulu-dulu…

Kepada Fiza+Shiela, selamat maju jaya dalam tesis korang. InsyaAllah, akan kuteladani sifat rajin dalam pelajaran. Hehehe… Nampak memang pulun betul membuat kerja-kerja RA dan Master. Mesti akan kurindukan masakan kamu…

Dan akhir sekali, masa makan malam+tengok tv… Akan kurindui saat itu! Ladies, ini daku listkan masakan-masakan favourite aku daripada dikau semua… hehe

Ija=Ikan Jaket Bakar, K. Ayu=Ikan Masak Kicap, K. Hawa=Sotong Goreng Kunyit, K. Fiza&K. Tikah=Tomyam, Sara=Ayam Masak Sos, Dira=Ayam Masak Rendang, K. Kinah=Sambal Telur, Haz=Daging Masak Hitam. Fiza=Sup Ayam, Shiela=Daging Black Paper… Heee… semua daku ingat sebab daku kuat makan… Hohooo~

Alright, Cik Aqeen nak beransur sekejap. Berlatih membaca pula… ‘Tunggu Teduh Dulu’… Dah lama pinjam ni… Hoho.. Nak pulang cepat-cepat… Salam alaik.. Daa… Semoga bahagia meniti hari-hari anda.

YaQeen Ahmad : Saya bukan manja seperti yang ‘Uyun cakapkan. Saya ni serius+garang sikit.

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 8 Comments »

8 Respons to “Minggu Terakhir”

  1. TaRoTiTo Says:

    wah nmpknye cik aqeen dah berubah angin dari sukan boling ke arena badminton pula… Nampaknye lee chong wei dan wong mei chew sudah tak risau lagi kerana mereka sudah mempunyai pemain pelapis yg baru….

    Kalo cik aqeen nak cari court badminton saya cadangkan cik aqeen bermain di kompleks sukan seksyen 15…. rm 10 per jam sahaja..
    Tapi kn book dulu la sbb ramai org berebut2 nk main kt situ…

    P/S : Piala Thomas dah tak lama lagi….so blatih sungguh2…cayok2

    ‘Biar Jasa Jadi Kenangan’

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Di Seksyen 2, baru RM5/jam En. Fadly. Saya tak mahir macam Lee Chong Wei, cukup sekadar main macam Aqeen. (^_^)

  3. Nadira Says:

    kehkeh..pjg nye phghargaaan ko,kene bagi sijil penghargaan la wei..mene leh setakat kat blog jek..kehkeh..

    Yelahh…my dearly roomate too..i miss u love u forevahh..terase ati bukan sampai pindah bilik jek,pindah umah trus..hehe…so da tak jadi dearly roomate da la pasni..hee

    Kamu blilah reket cepat..bole kite menyemash sesedap rase..

    baguslah anjakan paradigma ko ni,tengok ko cam pemberani…upenye ko ade sket takut …takut tgk pintu bilik air ,haha.takut sorang (dulu2 lah) ..moga pasni ko jadi leibh bguszzzz dr semalam…

    Masih kah kau ingat …

    Aku pernah berbicara dengan mu ,kadangkala kawan baik itu tidak semestinya rapat selalu..ada kala bila satu umah ,msing2 jadi hati batu,tembak peluru dingin bertalu2,nak tengok sape yang menang dulu…
    bila sorang – sorang da hati batu..akhirnya masalah hati jadi kematu,sakitnya seperti ade ketuat dikaki ku….

    KU sedar ..wlau sakit ketuat di kakiku…
    bila berjauhan dengnmu,baru ku tahu..aku akan merindukan mu…aku percaya aku akan jadi libh baik speperti aku yang kau jupa dulu…

    inigin ku ulangi..betullah istilah kawan baik adekala nya tak boleh berekatan selalu..
    dan aku menyedari itulah perumpamaan antara aku dan kamu..

    Sayang Kamu( dari luahan hati tanpa berselindung ,take it or leave it,say it before it’s TOO LATE!)

  4. Nadira Says:

    wei ko pecahkan ati aku,ko nak ganti ngan ape nih?!!!

  5. Nadira Says:

    wat suma ahli ahli al hambrA Yer ,aku pun sayang korang tau…lagi bnyak sayang aku kat korang dari akin …hahaa.sebab die da jadi ex hambra…kah khah ,kin,jgan marah haaa!!!!

    Sume diminta menyediakan satu layout and design baru bgi setiap bilik kerna aku nak letak ekon kat situ..haha…dengar tu sumeee!!!

  6. YaQeen Ahmad Says:

    heehee.. baguslah… luahan yang best. tak semua boleh buat macam ni. tabik spring kat kau. takpelah dira, aku tak minta disayangi pun.. kalau ada Alhamdulillah, kalau sikit Alhamdulillah, kalau banyak pun Alhamdulillah.. (^_^)

    Sorry kalau terpecahkan.. bak aku kata, aku pindah bukan sebab satu sebab yang konkrit… ia banyak sebab juga. Istilah nak pindah tu datang dah dari enam bulan yang lepas… It’s sometimes about paradigma la jugak.. not too personally.. key? (50/50)

    Aku masih kawan kau and kak tikah even not roomate. Tak sabar tengok kamu pasang air-cond… Aku mahu tumpang sekali sekala yer.. hehe

    last, aku tak dapat nak gantikan hati kau yang pecah tuh, cuma ada word yang kau perlu tahu… iaitu sayang daripada seorang sahabat yang serba kekurangan ni.. Nanti kita enjoy main badminton… kalau kau geram kat aku, belasah time main badminton nanti. kasi 15-0.. huhu.. aku bersedia tanggung kekalahan itu..

    Kita dah jauh tapi macam lebih dekat kan? Maaf zahir batin atas salah silap kerana ia daripada daku yang totally lemah ini. Syukur pada Allah yang telah menemukan kita. (^_^) Wink to you!

  7. Nadira Says:

    oit,ni bukan psl mintak disayanagi ke ape cik akin oi…
    Aduyai….kalo ko tak mintak pun ,aku bg free je…
    tak de byran pendahluan pun ..hehe

  8. YaQeen Ahmad Says:

    Huhu, iyola..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: