Selamat Hari Guru

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

16 Mei 2009

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. Khas ditujukan kepada

i) Abah, En. Ahmad b. Sarju

ii)Para pensyarah di Kolej Matrikulasi Melaka

iii) 10 hardworking ladies in Maths Unit, UniKLMFI

iv) Semua pensyarah di UniKLMFI, seluruh cawangan UniKL, UKM, UPM,  UTM (pensyarah-pensyarah adik-adik saya)

v) Guru-guru adik-adik saya di Maahad Muar (Azim dan Anas), MRSM Muar (‘Uyun, Kolej Matrikulasi Pahang (Azim), dan Tengku Mariam School (Fiqrah).

Kepada cikgu Azizah, cikgu TASKA Rengit dan cikgu-cikgu di Tadika KEMAS Kg. Sg. Kluang Darat. Cikgu-cikgu di Sek. Keb. Seri Mulia, Sek. Keb. Senggarang, dan Sek. Men. Keb (P) Temenggong Ibrahim.

Guru yang paling banyak berjasa kepada saya dalam melatih saya berkepimpinan dan memberi banyak peluang kepada saya dalam menonjolkan bakat yang ada, saya ucapkan dengan ucapan istimewa ‘Selamat Hari Guru’ kepada En. Ahmad Nizam (Guru Kelas 1RK1-3RK1), En. Nordin b. Ahmad (Guru Bahasa Melayu, Tingkatan 4), dan Pn. Roziah (Penasihat Brass Band, TIGS).

Turut tidak dilupakan, Cikgu Salim, Guru Besar Sek. Keb. Seri Mulia yang telah melompatkan saya ke Darjah Dua pada tahun 1991. Saya hanya sempat berada di Darjah Satu bersama rakan-rakan sebaya dalam tempoh seminggu sahaja.  Terima kasih kerana menggelarkan saya ‘budak bijak’. Dengan gelaran itu, saya sangat bermotivasi untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Terima kasih, cikgu!

Tak lupa kepada semua cikgu-cikgu Matematik saya yang sangat dihargai ilmu dan pelajarannya. Kepada cikgu-cikgu, Alhamdulillah, anak didik cikgu sudah berjaya menyampaikan apa yang cikgu-cikgu sampaikan pada saya suatu tika dahulu. Antara cikgu-cikgu Matematik saya adalah Cikgu Bohari, Cikgu Zamri, Allahyarham Cikgu Dahlan, Cikgu Rokiah, Cikgu Shaari, Pn. Roziah, Pn. Noriah, dan Pn. Hamidah Saikon.

Sabda Rasulullah s.a.w. : Sampaikanlah daripadaku walaupun dengan satu ayat.

YaQeen Ahmad : Rindu pada abah yang bergelar Cikgu Ahmad. Abah tak segan merotan saya bila nakal… Hurm… Rindu sekolah!

My Love!

My Love!

(7,7)

16 dan 17 Mei lepas, saya sepatutnya dijadualkan ke bengkel penulisan PTS. Sehari sebelum itu, bekas pensyarah saya, Dr. Alinor, UKM telah mengirim satu pesanan ringkas untuk saya hadir ke Bengkel Sains Perubahan Iklim di Hotel Equatorial, Bandar Baru Bangi.

Dengan kekangan yang road tax sudah tamat tempoh dan tidak berjaya meminjam kereta-kereta rakan, saya akur bahawa jadual saya akan bertukar pada dua hari tersebut.(7,7)

Sedihnya kerana saya telah plan seawalnya untuk ke bengkel penulisan PTS. Namun Allah PASTI tahu apa yang lebih baik untuk saya. Oleh kerana tidak mahu mensia-siakan hari yang ada, saya ke bengkel yang disarankan Dr. Alinor.

Saya menangkap satu pesan dari Ustaz Hasrizal dalam blognya, ‘jangan batalkan program’. Dalam hal ini, saya telah menukar program saya dengan program yang lain agar masa saya tidak disia-siakan begitu sahaja sebagaimana ianya patut diisikan.

Jangan Batalkan Program

Alhamdulillah, pada minggu ini, saya berpuas hati kerana masa saya terisi dengan cemerlang. Terima kasih kepada rakan sebilik, Kak Tikah dan Dira yang mengajak saya bermain badminton. InsyaAllah, setiap minggu Aqeen akan cuba turun padang. (^_^)

YaQeen Ahmad : Tidak suka buang masa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: