Graf Kegembiraan Sudah Meningkat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam  ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

‘Belajar daripada pengalaman’

Ketika menulis ini, saya baru sahaja pulang dari Alamanda. Bertiga bersama Kak Hatta dan Kak Siti bermain boling di sana. Rasa lega benar otak ni direhatkan sebentar dengan beban-beban kerja pejabat. Dalam dua minggu ini, kami memang dihumbankan dengan pelbagai tugasan akhir sem. Setiap sem pun begitu. Ia dirasakan getir kerana masing-masing mengejar deadline.

Pun begitu, saya juga banyak belajar daripada mereka untuk mengawal emosi yang selalunya naik dan turun. Maklumla, cikgu baru memang begitu. Atau saya sahaja kot. Kerja yang bertimbun dapat diurus dengan lebih baik kali ini. Satu perkataan yang saya hayati ialah ‘belajar’.

Allah has made it very clear in His verses :

“And whatever of misfortune befalls you, it is because of what your hands have earned. And He pardons much.” (Al-Shura 42:30)

‘Belajar daripada pengalaman’. Kalimat ini memang sesuai dengan dengan situasi sekarang. Saya ada banyak hal untuk diurus dalam satu masa. Terkadang terasa penat, saya elakkan ke tempat-tempat yang riuh dan berlalu ke tempat yang saya sukai. Seperti membuat terapi kepada diri sendiri, kali ini saya memilih ‘muhasabah diri’, ‘buat urutan tradisional’ dan ‘bekam lintah’. Saya juga menyenaraikan satu-satu apa yang perlu saya berikan perhatian.

Syukur yang banyak kepada Allah!

Graf Kegembiraan

Graf Kegembiraan

Sepanjang minggu lepas dan minggu ini :

i) Menguruskan aduan pelajar yang tidak dapat mendaftar semester pendek bagi subjek Technical Mathematics 1.

ii) Pemasukan markahTechnical Mathematics 1

iii) Pemasukan markahTechnical Mathematics 2

iv) Menyemak senarai pelajar yang tidak hadir semasa peperiksaan akhir semester.

v) Analisis graf Technical Mathematics 1

vi) Analisis graf Technical Mathematics 2

vii) Membuat laporan bagi subjek Technical Mathematics 1

viii) Hantar kesemua laporan

ix) Menguruskan kemasukan ahli rumah baru di BSP

x) Mengutip duit deposit dan membuat mesyuarat kecil antara ahli rumah baru

xi) Memberi perhatian kepada mak, ‘Uyun dan Fiqrah yang demam

xii) Berlatih catur sempena Sukan MARA akan datang

Alhamdulillah. Semuanya saya sudah labelkan sebagai done!

Terima kasih Allah! Sememangnya Engkau yang Maha Memberi nikmat, Engkau jua yang berhak Mengambilnya.

Walaupun dapat nombor corot dalam permainan boling tadi, tetapi saya berpuas hati kerana dapat memberikan kredit kepada darjah kegembiraan saya. Di dalam hati saya, menang tak penting lah! Yang penting, hati menang kali ini. eeeyaaahhh!!!! Baling bola! Strike!!! Sekali je… Uhuk2.

Perfect!

Perfect!


Sempat juga bertanya kepada kakak-kakak tadi, apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada abah saya sempena hari jadinya nanti.

“Hai… Aqeen salah orang la tanya. Susahlah nak cari hadiah untuk orang lelaki ni.”Alamak, macam itu pula.

Telah saya sambil tertawa kecil di dalam hati. Bukan sudah kahwin, banyak experience ke?. Aku pun tak pandai juga hal-hal ini.

Otak saya berlegar-legar mencari apa yang saya patut beri pada abah. Mata saya juga puas menjeling-jeling sekeliling apa yang boleh menarik  perhatian.

Tahaddu Tahabbu

Tahaddu Tahabbu

Kak Hatta cuba memberi pandangan, “Bagi la wallet ke, belt ke?”

“Alah, itu hadiah tahun lepas lah kak. Saya nak lain daripada yang lain. Ada idea tak?”

Kak Hatta bersuara lagi, “Baju?”

“Hurm.. abah dah banyak baju.”

Cadang Kak Siti, “Buku?” Dia yang sememangnya hantu buku.

“Iya tak ya. Abah pun dah jarang baca buku.” Asyik memblog saja!

“O my Lord! have compassion on them, as they brought me up when I was little.”

Nantilah, saya akan minta bantuan ‘Uyun untuk mencari buku yang sesuai untuk abah. Sebenarnya hadiah ini untuk abah yang telahpun mengiyakan untuk ‘membelanja’ saya dan ‘Uyun untuk menyambung pelajaran nanti. Weehuuu! Loncat2!


Ups! Ada lagi beberapa perkara untuk saya berikan perhatian untuk seterusnya :

Ouch! So many things huh?!

Ouch! So many things huh?!

i) Bungkus semua barang, almari, katil untuk berpindah ke BSP.

ii) Hadiri kelas di bawah kelolaan PTS

iii) Baiki cover lampu kereta

iv) Uruskan perihal rumah di BSP

v) Kemaskan ruang saya di pejabat

InsyaAllah. Fikiran dah lapang sikit. Saya akan ambil tindakan ‘malas’ kalau-kalau ada perkara yang boleh mengganggu projection seterusnya selepas ini. Hehe.. Chaiyok2! (trademark di office)

Catatan penting :

i) Mak dah mula ke pejabat dari semalam

ii) Fiqrah belum mula ke sekolah

iii) ‘Uyun dah beransur sihat

iv) Abah ok

v) Azim sedang bercuti di rumah

vi) Anas ok

iv) poket? xok… dah makin nipis… hehe…

Hurm… hati di sini kembang kecut je bila tahu mereka semua demam serentak walaupun berlainan destinasi.

Keluh saya, “Ekin tak demampun…?”

Emak membalas dengan suara seraknya, “Ye Alhamdulillah… Jangan nak demam…”

(^_^)

(^_^)

This is what Prophet Muhammad s.a.w. told us,

“You will not enter Paradise until you believe, and you will not believe until you love one another…” (Muslim)

Alhamdulillah… Sekarang, semua dah okey.

Berjumpa di entri seterusnya! Solat Asar dan praktis catur dengan Kak Puah… (^_^) daa..

spaceballYaQeen Ahmad : Woopps! I’m back!

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 5 Comments »

5 Respons to “Graf Kegembiraan Sudah Meningkat”

  1. TaRoTiTo Says:

    Oh main boling ye….
    Jomla lwn boling 3game….
    Saya + Ilyas Noris vs Cik Aqeen + Mdm Hatta + Mdm Siti
    Amacam ada BRAN tak….

  2. 'uyun Says:

    uhuk2…. haku hakit hekak… uhuk … haku hakit hekak… uhuk uhuk.. hakuk hasek hatuk hatuk

  3. YaQeen Ahmad Says:

    TaRoTiTo : Ianya untuk sesekala sahaja. Tak niat pun nak aktif… hehe..

    ‘Uyun : Macam faham je maksud batuk tuh =p

  4. 'uyun Says:

    aku takdak idea nak beli buku hape tuk abah… cume haku ko ada idea tak cane nak suh orang berhenti merokok kerana aku tidak tahan pada asap rokok.. sebab tu aku hatuk hatuk.. oh no!!! kejam2…

  5. YaQeen Ahmad Says:

    Aku melihat sendiri, abah pernah cuba berhenti. Aku yang suggestkan abah makan gula-gula mint banyak2. Tapi tak jalan la… abah pula yang sakit2.. Huhu. Tak sanggup tengok arr.. Cane ek? Kita yang kena keluar dari situasi tu la yun. Eh? Ko kan ala2 doktor. Cari arr ubat guna-guna supaya minat kepada rokok dikurangkan. hehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: