Surat untuk Aqeen

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Surat untuk Aqeen

Salam alaik saudari Aqeen,

Dengar-dengar perkhabaran hatimu kini sedang goyah mempertimbangkan masa hadapan. Takut-takut hendak berhadapan dengan apa yang ada.

Ingat Aqeen, sekarang kita akan bergerak ke zon yang seterusnya. Kita kini di garisan permulaan zon jihad belajar. Oleh itu, tidak perlu takut kepada apa yang dikhuatirkan.

Usah risau soal wang, tempat tinggal, teman yang baik, makan dan minum. Itu semua Allah dah suratkan. Aqeen hanya perlu gerak, sedikit sahaja ke hadapan. Sedikit sahaja.

Rezeki bukan datang dari majikan kita Aqeen, tetapi Allah yang beri. Bukankah itu pegangan Aqeen dulu, sudah lupa ya? Sama seperti pegangan adik Aqeen kan, ‘Uyun. Cuba ingat balik.

Kalau Aqeen sangat merisaukan tentang masa, masa juga Allah yang beri. InsyaAllah Allah akan lapangkan. InsyaAllah Allah akan bantu Aqeen untuk membahagikan masa. Kalau Dia yang memberi, Dia juga yang berhak mengambilnya.

Jangan terlalu cuak untuk perkara-perkara yang tidak perlu. Orang yang berjihad ini, InsyaAllah murah rezekinya.

Cuba bahagi dikit-dikit. Buat yang termampu, dan jangan terlalu paksa diri seperti sebelum ini. Kita manusia, dilatih berkhidmat untuk manusia juga. Bukan kepada mesin yang tiada perasaan. Jadi, ada budi bicaranya. Aplikasikanlah budi bicara itu kepada diri sendiri juga, Aqeen. Aqeen boleh, percayalah.

Nafas ini pun Aqeen pinjam. Kena guna baik-baik Aqeen. Jangan salah guna dengan berputus asa dengan apa yang Allah beri. Sebaliknya, Aqeen cuba tengok teman-teman yang baik hati di sekeliling. Mereka semua sebenarnya sedang mendoakan perjalanan masing-masing agar dimudahkan Allah. Aqeen saja yang tidak nampak. Mungkin terlepas pandang. Jadi, berdoalah untuk diri sendiri.

Aqeen, tidak semua yang Aqeen hajatkan akan dapat seperti yang direncanakan pada masa tepatnya. Ia semua perlu diiringi dengan satu perkataan yang unggul iaitu ‘SABAR’. Itupun jika diizinkan Allah. Aqeen harus doa banyak-banyak. Hanya terus pandang ke hadapan.

Mulalah bergerak Aqeen dari zon selesa ini. Mulalah. Sebab, tiada mula, tiadalah akhirnya. Mulalah dan terus bergerak, jangan toleh belakang lagi.

Aqeen ada ramai teman yang baik hati di sisi, mak, abah, ‘Uyun, Azim, Anas, dan Fiqrah. Jangan pernah untuk takut bergerak kerana mereka semua menyokong Aqeen. Asalkan baik di mata mereka, InsyaAllah doa mereka mujarab untuk Aqeen. Tunjukkan contoh yang baik, Aqeen.

Ingat tak, dulu masa kecil-kecil, cikgu ada menyuruh kita buat satu karangan. Tajuknya ialah, ‘Bagaimana hendak membalas jasa mak dan abah’. Banyak sungguh Aqeen susunkan poin-poin tulus dari hati. Nah, Aqeen ada peluang untuk lunaskan itu. Teruskan Aqeen, jangan toleh belakang lagi.

Setakat di sini untuk hari ini. Ingat juga pada dua pesanan keramat ini. Yang pertama, pesan abah,  “Aqeen ada peluang, guna sebaik-baiknya.” Kedua, pesan mak, “Nak buat, buat sungguh-sungguh.”

Akhir kata, terus ke depan Aqeen, jangan toleh belakang lagi. Wallahua’lam.

Yang benar,

-Aqeen-

YaQeen Ahmad : Terus ke depan, jangan toleh belakang lagi.

Dikirim dalam Karya YaQeen. 8 Comments »

8 Respons to “Surat untuk Aqeen”

  1. puteriraifana Says:

    salam akak..
    saya suke surat nie..
    nk surat cm nie jugak..ehe..
    takecre ye kak~

  2. 'uyun Says:

    surat ni baru tulis ka?
    macam kenal juga benda2 kat atas tu…

    manusia sentiasa inginkan comfort zone.. sentiasa. Jadi, keluarkan dari zon selesa tu.. jadilah seorang yang survivor.. independent.

    latih diri untuk selalu tak cukup dan jauhkan diri daripada sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada. kesusahan akan menyebabkan kita kreatif. Betul.

    Latih diri supaya tidur atas tilam nipis, agar kita tak selesa supaya dapat bangun tahajud. latih diri supaya bawa rm10 saje semasa musafir. Ikhtiar maca mana nak hidup.

    Moga modul2 ini berjaya buat kita berjaya. Aku dah cuba, ko bila lagi?

  3. YaQeen Ahmad Says:

    Puteriraifana : Best! Seronok, seorang2 bermuhasabah… jangan bermunasarawak… Nanti tak jadi. Hehe

    ‘Uyun : Heeee nak cuba… tp ko mesti ada di sebelah aku… boleh…?

  4. k fari Says:

    Anda telah di tag – sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda

  5. TaRoTiTo Says:

    Panjangnye surat ni….Ni surat rasmi ke tak rasmi…
    Saya ada satu lagu yang ade kaitan dengan surat untuk aqeen tu…
    Lagu ni saya dapat masa saya main bola zaman muda2 dulu…
    Lagu ni adalah inspirasi saya dari dulu kini dan selamanya….
    Tapi untuk dalam komen ni saya dah ubahsuai sedikit lirik lagu ni supaya nampk mcm ade kene mengena la kirenye…hahahhaha
    Tapi apa yg penting ape yg nk disampaikan…. (WonderPet…)

    Yaqeenkanlah diri sendiri
    Berjuanglah sejiwa murni
    Tekun berani sesungguh hati
    Demi ilmu mengharung negeri

    Biar jasa jadi kenangan
    UniKL MFI lambang kemegahan
    Bandar Bangi tempat sanjungan
    Negeri Selangor Darul Ehsan

    Aqeen, Aqeen pantang kalah
    Walau sakit jatuh dan rebah
    Bangun lantas semula gagah
    Bujur lalu melintang patah

    Pesan Cikgu Math saya :
    Kita bukan yg terbaik…. Tapi kalau buat sesuatu, buat dengan sehabis baik….

    Pesan mak : Biar pandai… Tapi Jangan memandai…

    Pesanan dari saya : Biar Jasa Jadi Kenangan….

  6. YaQeen Ahmad Says:

    Hehe.. Terima kasih banyak atas pesanan-pesanan itu.

  7. 'uyun Says:

    mengada dalam dunia – orangye ialah ko

  8. YaQeen Ahmad Says:

    Eleh yun.. Bila lagi nak duduk sebelah kau lama-lama… (^_^) Mana ada ayong yang paling suka duduk sebelah angah macam ‘aku’.. Hehe.. Dalam seribu, ada seorang ayong je tau. Uyun~~~~~


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: