Kelabu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Pagi saya dicantas dengan sesuatu yang tidak enak semalam. Sugul itu terus bercanda di bilik mesyuarat. Sebenarnya saya betul-betul sudah tidak larat semalam dan memohon supaya saya dibenarkan mengambil cuti setengah hari. Namun sahabat-sahabat satu tim, keras tidak mahu saya mengambil cuti sekerat hari. Bunyi maksud mereka, ‘Aqeen kena lawan itu.’

Pujukan dan bekalan semangat, tidak makan untuk saya ketika itu.

Petang itu, saya menghantar mesej kepada seorang teman, minta menemani saya ke Alamanda untuk mengambil angin. Dengan nada sederhana, dia memberitahu tidak dapat menemani saya kerana ada kerja yang perlu dibereskan.

Sudah lagi gulana saya dibuatnya. Nak cerita lagi, aduh, saya tidak suka jaja cerita pilu. Tangan saya sudah gatal membelek-belek senarai nama untuk saya hantar rasa kelabu ini. Dari huruf A hingga Z, berkali-kali mengulangnya naik dan turun. ‘Send.’

Lewat maghrib, teman lama yang berada di Sarawak membuat panggilan. Ketika sedang memandu mengambil O2 seorang diri di malam hari semalam, saya tundakan dahulu untuk menyambut panggilannya.

Begitu prihatin sahabatku. Akhirnya, sampai di sana cerita gulana ini.

Saya jadi terharu. Antara terharu dengan perhatiannya, mudah benar saya langsungkan cerita apa yang berada di benak sepanjang April-Mei 2009.

Cukup juga saya di’basuh’nya. Tidak apa, malah saya benar-benar berterima kasih padanya. Saya diceramah dengan bunyi,

“Ingatkan hadis Nabi tentang masa? That is how you stop worrying and start living.”

Lega.

Pulang dari berjalan-jalan sendiri sebentar, saya menemui teman yang saya ajak ke Alamanda tadi. Matanya kelihatan bengkak. Rupanya cerita kami hari ini, hampir sama. Saya tergelak di dalam hati. “Patutlah balik lambat.”

Begitulah, resam di dunia. Ada-ada sahaja.

YaQeen Ahmad : Suka gelak, senang tersedu.

Dikirim dalam Ceritawara. 4 Comments »

4 Respons to “Kelabu”

  1. hamimnasoha Says:

    Langit mendung tidak bererti hujan,
    Anggaplah ia sebagai dugaan.

  2. danishahumaira Says:

    ermm sabar k, kan akak dah cakap hidup ni tak semestinya indah macam masak asam pedas ada rasa masam dan pedas tak pun lg tepat masak ikan 3 rasa ada rasa manis, pedas dan masam,anggap la itu sbg dugaan dariNya

  3. puteriraifana Says:

    salam~lama x ziarah blog kesukaan ini~
    akak…hidup tak selalunya indah..
    langit x selalu cerah..

    jadilah rumput nan lemah lembut
    xluruh dipukul ribut~

    jaga diri ya~

  4. YaQeen Ahmad Says:

    hamimnasoha : Terima kasih en. Hamim. Sesekali jatuh, ia mengingatkan diri untuk tahu bagaimana cara hendak bangun semula.

    Irdanishahumaira : (sorry, sengaja edit nama akak.. nampak cam best.. ehe) Thanks K. Lin… Adakala memang serabut. Terima kasih tarik saya ke Terengganu weekend ni. Tak sabar nak tunggu…

    puteriraifana : betul dik, hee.. menariknya blog akak ni dengan kehadiran puteriraifana. (^^,)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: