Pemendam ke?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Pemendam ke?

*     *     *     *     *

Sedang menonton berita di TV3, ada suara yang meluahkan rasa, “Sekarang ni Shiela tengok Aqeen ni semakin sensitif la. Bukan semakin, tetapi sangat sensitif.”

“Ye ke? Bila?”

Fiza menambah, “Aku pun rasa macam tu. Yang lebih tepat dan sesuai dengan kau sekarang ni, aku suka cakap, kau macam tak seyakin nama kau.”

“Shiela rasa Aqeen ni memendam. Ceritalah masalah.”

Teringat dialog Shiela dulu, “Aqeen ni serius la.”

*     *     *     *     *

Dalam hatiku… Entahlah, mungkin perubahan hormon untuk ke alam dewasa kot. Huhu.

Nak komen lanjut pun tidak tahu macam mana. Macam Sara kata, “Aku tahu kau ni, hati kering.” Tergelak dibuatnya.

Nak dengar orang kata memang macam-macam. Kadang-kadang terhibur juga memikirkan perasaan orang lain kepada kita. Ouh, begitukah?

Kak Tikah menambah lagi semalam tika Steven Chow berpencak di Pearl Screen, “Aqeen ni, badan je kat sini. Kepala ntah kat mana tu.”

Huhu… Sejak kebelakangan ini, itulah sedikit senario yang ada di Al-Hamra’. I will take it positively.

Tiada apapun berselirat di hati. Cuma di dalam kepala, banyak rencananya hingga membantutkan perbualan. Ia tidaklah mudah untuk diekspreskan kerana tidak tahu bagaimana untuk mengaturnya.

Ada suatu pesan yang menangkap ingat, “Kalau ada apa-apa, jangan dipendam.”

Aqeen berdarah O, seorang yang sukakan kerja yang sistematik. Andai ada proses yang sudah dilabel ‘begin‘ akan jadi seronok bila boleh dilabel proses seterusnya ke tahap ‘done‘.

Sementara proses itu masih dijalankan atau diselesaikan, agak kusut sedikit pemikirannya apatah lagi jika beberapa perkara didatangkan sejelepuk di depan matanya. Banyaknya kesinambungan perkara-perkara tersebut adalah daripada timbunan yang ditag sebagai homework!

Sebenarnya, sikap pendam ini hanya baru dipratikkan dalam beberapa bulan ini. Nyata, sifat manusia, bila ia beralih dari trek semulajadinya, akan cepat dikesan orang. Eksperimen berjaya!

Kalau sebelum ini di cop ‘unstopable’, kini bolehlah jadi ‘unspeakable’ eah?. (^_6)

Diam menjeruk, bukannya merajuk.

Diam menjeruk, bukannya merajuk.

Perkara ini perkara yang natural. Ia akan okay dengan peredaran oksigen yang baik dalam badan. Kesekatan H2O ini tidaklah 100% disebabkan oleh satu-satu hal yang ada di mindanya. Ia mungkin daripada picisan-picisan yang remeh tetapi perlu dibereskan mengikut datelinenya.

Kehebatan wanita ada disitu. Dia mampu memikirkan macam-macam perkara-perkara remeh. Sekiranya wanita berada di dalam sebuah bilik, fikirannya boleh menerobos hingga ke dinding bilik sebelah sana.

Manakala, si jejaka pula fikirannya bukan berada di lingkungan di dalam rumah tersebut. Terlalu remeh padanya untuk difikirkan. Cakupan pandangannya lebih besar iaitu pemikirannya adalah berada di luar kawasan rumah.

Pada hemat saya, perjalanan kehidupan mungkin akan jadi lebih cantik apabila wanita dan jejaka fleksibel bertukar-tukar peranan mereka.

-YaQeen Ahmad-

Namun semakin lama, perkara-perkara di depan mata semakin seronok untuk dilalui. Saya hanya ingat satu perkara, “Allah akan menguji hamba-Nya yang beriman kepada-Nya.”

Perkara yang tidak boleh diselesaikan sesama manusia, mestilah diuruskan telus dengan Allah.

-YaQeen Ahmad-

Alhamdulillah.. Senyum sokmo deh!

YaQeen Ahmad : Banyakkan berfikir biar otak lancar. Simpan apa yang perlu, keluarkan apa yang perlu.

12 Respons to “Pemendam ke?”

  1. 'uyun Says:

    memang ada yg tak kena pun.. berbalik kpd masalah hati jugak kadang2 kn…

    habluminallah setelkan dulu, insyallah allah setelkn habluminannas….

    take care huh!

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Thanks buddy! Lately my head is so busy thinking… Not cramp, still steady.. Yet it’s expressed on my face.. huh!

  3. Nadira Says:

    fikir2kan..selamat beramal..hehe.. hint aku boleh bagi..

    kadang2 kene pause,bg laluan kat orang lain..cube teke ape die…

    kadg2 tak setuju, tapi tak semua boleh di expreskan..

    kadang2 sifat keakuan,boleh mendtangkan ketidakselesaan sesama manusia..mgkin kekitaan lebih sesuai…

    Adalakalanya manusia mahu kita mndengar shaja,dari situ mereka boleh meluahkan perasaannya..

    give it,throw out, if they ask us to do…

    show ur agree on certain things ,make them feel comfortable…

    kenal pasti perbualan itu ,sharing idea or hujahan…

  4. puteriraifana Says:

    suke je tgok kak yaqeen ni senyum..tp xknal pon..
    pepepun salm perkenalan daripada qu-puteriraifana-

  5. YaQeen Ahmad Says:

    Nadira : wow.. menarik2.. (^_^) it’s noted. Kadang2 juga diam itu tindakan bijaksana.. Diam dan belajar mendengar pula… Diam dan sedang belajar berkata-kata… Diam dan banyakkan berfikir… Diam dan senyum jelah…

    Puteriraifana : Terima kasih. Selamat datang dalam salam perkenalan, dik. Jom kongsi2 apa yang best. Kita buat seperti orang bijak buat.

    YaQeen : Ianya seperti gelembung air yang dikongsi, tiba-tiba ia pecah kerana salah seorangnya… Buuush! I suddenly stop and now start thinking… (6_6) Banyak perkara lagi kena setel… Slow and steady ha YaQeen. Puan Ainon, Sifu PTS dah tanya, “Mana bukunya?”
    Hah.. stress stress… Tapi seronok…

  6. Nadira Says:

    “Diam dan senyum jelah”- jangan terjah lepas tu sudah ,hehee!!

  7. Nadira Says:

    For Uyun- Akak suke tgk kamu, nampak bijak berkata-kata..matang!tak sempat jumpa kamu mase kamu balik aritu ..huhu…

  8. 'uyun Says:

    haha.. kak dira ~ semua orang tido mase tu… kitorang senyap2 kuar…hheh.. nice to know you.. I’m not ‘bijak berkata-kata’.. hahah.. see u

  9. wardah Says:

    salam..
    lama x menjenguk page nie..
    sorry qeen..
    pape pun keep in touch..

    sebenarnye xsemua org kenal kita..
    ukhwah tuh pejalanannye panjang..
    bila dlm online, kata2 kita sering disalah ertikan..
    walaupun hanya satu perkataan, dah kata kita sencitif..
    atlast den pun maleh nak layan dgn org yang mlebelkan diri kita ..
    tapi trima sebagai pandangan mata org

    p/s:hnya tersenyum pada orgyang kata saya sencitif..

  10. YaQeen Ahmad Says:

    (,^^) Betul. Kadang2 lain kita fikir, lain pula mereka telah kita yea… Takpe, sabar tu ukhwah kita dengan Allah pula. Pendek kata, kalau tak tahu bertanya, nanti salah jalan. hehe

  11. Mask Says:

    kadang-kadang diam adalah terbaik…
    kalo banyak cakap sampai semput menyusahkan jugak kan…
    jangan semput-semput..
    banyak cakap banyak dosa…
    diam tanda bijaksana
    berterima kasih kepada yang menegur atas kekurangan diri
    baiki kelemahan…

  12. YaQeen Ahmad Says:

    Ya betul, saya setuju 100%. Saya sangat berterima kasih kepada yang prihatin tu. Ye la, kawan kan cermin kita. Salam muhibbah dan selamat datang ‘mask’. Pakai topeng, saya tak nampak la mukanya. (^^,)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: