Nawaitu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Nawaitu

Lewat ini ialah jam 7 petang. Saya masih menantikan maghrib untuk solat di Surau Unit Matematik. Saya harus menggantikan kelas semalam yang ditinggalkan.

Mata saya baru sahaja menyinggah di blog-blog sahabat dan Abu Saif dan zaujahnya. Ucapan selamat menyambut orang baru saya hulurkan dari jauh. takut-takut hendak meletakkan komentar di blog mereka. Jauh di sudut hati, ada rasa terpencil dan kerdilnya ilmu serta perjuangan di tusuk dada ini berbanding ‘couple’ itu.

Teringatkan pesta buku yang masih berlangsung, terasa cemburu pula pada kawan-kawan yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Terlalu dekat dengan PWTC untuk duduk berhari-hari di sana. Saya pujuk hati, “Kerja di pejabat pun ibadah juga. Kenalah Lillahi Taala.”

Pagi tadi, saya pun baru sahaja dapat membelek diari tugas saya. Hujung minggu ini penuh dengan aktiviti. Mahu singgah di booth pilihan, masakan boleh? Saya harus sertai NIG (Nisa’ Indoor Games) untuk permainan catur mewakili Nisa’ Serdang nanti. Terlepaskah saya dengan program-program yang lebih menarik?

Berbual sebentar dengan Kak Sabrina , mantan Ketua Nisa’ Serdang menerusi YM ada sedikit melegakan. Berbual dengannya sekali lagi mengingatkan saya bahawa setiap perkara di dunia ini, kalau dilakukan bernawaitukan kerana Allah, maka berkatnya pasti ada.

Pada Kak Sab, saya sempat berpesan supaya senyum selalu. Tempoh hari sewaktu dia singgah ke Al-Hamra’, ada raut tertekan di wajah moleknya.

Rupa-rupanya Kak Sab melepaskan jawatan kerana mahu fokus dengan pelajaran Sarjananya. Bukan mudah mahu bahagikan masa. Namun, saya tabik dengan Kak Sab. Jiwa raganya tetap terpasak bermusafir di jalan Allah.

Janganlah kita khuatir melepaskan satu perkara kerana Allah, kelak kita akan perolehi banyak perkara juga. Pokoknya, nawaitu kerana Allah.

VVIP in My Life

Awal bulan ini saya telahpun menempah masa sendiri untuk dihabiskan bersama mak, abah, Fiqrah, dan Atuk. Kepada adik-adik yang lain, rezeki merekalah kalau balik. Saya ingin memenuhi keinginan mak untuk ke Ayer Hitam.

Mak mengajak saya ke Indoor Theme Park di Ayer Hitam pada awal bulan April ini. Tetapi ketika itu, ongkos saya di dalam poket kesemputan. Banyak saya habiskan ke tempat lain dan simpan. Terasa bersalah ingin memadam keinginan mak. Saya menelefonnya pagi tadi dan memberitahunya kita akan pergi ke sana awal bulan ini.

Walaupun ada banyak program-program di sekitar Bangi yang dianjurkan, saya masih tak mampu untuk tidak balik jika mak dan abah sudah kerap menelefon. Itu, apa tandanya? Rasa serba salah mula menghantui diri.

Pada Azim dan ‘Uyun, saya tidak mengharapkan sangat kerana akur mereka lebih berperanan kepada usaha-usaha menjadi da’ie junior.

Mendengarkan ‘Uyun sudahpun memilih tempat yang berdekatan Batu Pahat untuk berkerja, saya sedikit berasa lega walaupun sebenarnya teringin sangat mengajak ‘Uyun tinggal bersama di sekitar Bangi. Sekurang-kurangnya mak dan abah akan terhibur kalau ada anak yang dekat dengan mereka. Sakit rindu bolehlah terubat.

Semakin hari seolah-olah saya mencari sedar. Adakah mak dan abah tidak lagi muda ataukah saya yang semakin dewasa?

Segenap ruang akan saya cuba penuhi keseronokan mereka untuk melihat anak-anaknya sedang atau telahpun membesar.

Saya amat pasti, bukan Indoor Theme Park yang mak inginkan. Tetapi melihat saya adik-beradik di depan mata. Tiada kayu ukur lain yang lebih hebat dapat mengukur kegembiraan mereka melainkan kehadiran kita sebagai anak yang bermain-main di depan mata.

Kepada sahabat-sahabat di luar sana, jikalau antumma semua belum bertanya khabar pada ayahanda dan bonda, telefonlah mereka. Mana tahu kalau-kalau sedang ini mereka sebenarnya merindui kita. (^_^)

Sudah agak lama saya tidak berziarah ke sebuah keluarga yang saya fikir saya patut ziarah ke rumahnya. Hati ini tiba-tiba terdetik.

Apabila kerja berjaja Labu,

Tentulah dapat pula menyanyur;

Apabila setia menjaga ibu,

Tentulah rahmat Allah mencucur.

Apabila kerja berjaja kapak,

Tentulah bersama batu asahnya;

Apabila setia kepada bapak,

Tentu Allah memberi kurnia-Nya.

YaQeen Ahmad : Saya bukan yang terbaik, tetapi saya cuba menjadi yang baik, InsyaAllah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: