Pesta Buku Antarabangsa KL 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Kelmarin, Sabtu (18 April) saya bersama Sara dan ‘Uyun ke Pesta Buku Antarabangsa, PWTC.

Rasa seronok melihat orang ramai berpusu-pusu ke gudang ilmu tersebut yang sudah sedia bermula pada hari Jumaat, 17 April yang lepas.

Dari tingkat 3 hingga tingkat 4, pemandangan tidak sunyi. Mustahil sunyi! Di Malaysia memang ramai ulat buku! Kecuali saya agaknya.

‘Uyun yang sampai dari JB terus membeli-belah. Ketibaan saya sedikit lambat dek satu pengalaman yang agak teruk berlaku. Adeh… Saya baru perasan yang saya telah meninggalkan dompet sendiri kesepian di dalam kereta!

Stressnya kerana ketika itu beluncas (komuter) telah sampai di Stesyen Komuter Serdang. Patah balik ambil masa sejam!

Dapat juga sedebik daripada Sara, “Kau ni kan, kalau ada anak nanti, dengan anak-anak kau tertinggal.”

Saya malas ambil pusing. Dahlah bengang dompet tertinggal, dalam kepala pula berbaur takut, takut-takut pencuri yang tak bijak memecahkan JGG saya dan mengambil dompet berisi duit tak seberapa. Tak kisah fasal duit, saya kisah dompetnya. Diam jelah! Bekukan telinga…

Setibanya di PWTC, kami (saya+Sara) solat Asar dahulu. Sejukkan hati masing-masing. Dengan perut yang lapar, terus menjamu Mee Goreng RM5/pinggan… Lari bajet!

Sebenarnya saya tiada pun senarai tulis untuk memuatkan apa yang hendak dibeli. Ke sana hanya semata-mata meraikan kedatangan ‘Uyun yang datang dari jauh. Sudah tentu kena jemput, kalau tidak mak akan kata saya tak sayang adik.. (agaknya kot..)

‘Uyun memang pemurah kepada buku. Dapatlah ‘pau’ sebuah buku daripada dia… ‘Life is an Open Secret’. Target saya memang tiada. Jadi, tak tahu nak beli apa. Cuma mungkin di sini dapat saya berjimat untuk melanggan Asuh lagi untuk Ciqqah (Fiqrah) seperti tahun lepas.

Ronda-ronda 1, 2, 3 pusingan, dapatlah sebuah buku idaman. Saya melaburkan RM _ _ untuk sebuah buku ‘Pantun Melayu-Riau’ tulisan Tenas Effendy terbitan DBP.

Di sana, En. Zulhilmi telah memberikan kadnya di bawah syarikat Dawana Sdn. Bhd. untuk cuba membantu mendapatkan bahan-bahan mengenai pantun kelak. Untuk apa? Adalah…

Seloka Dadidu… Pesta Buku Antarabangsa 2009

Tak cukup sekali pergi ke sana.

Dalam hati bukanpun tahu nak beli apa.

Buku sedia ada belumpun cukup baca.

Cukuplah dengan apa yang ada.

Tahun hadapan pula kita berjumpa.

YaQeen Ahmad : Bukan ulat buku.

2 Respons to “Pesta Buku Antarabangsa KL 2009”

  1. ridwanto Says:

    salam,
    berapa banyak buku yang di bawa ke Johor oleh cik Nurul ?

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Tak pasti, lebih daripada 7 agaknya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: