Diriku Terlalu Berharga

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Memoir Cinta Hari Jumaat – Diriku Terlalu Berharga

Jika seringkali anda begini, “Memang salah aku, tak patut aku tegur dia begitu.”

Atau begini, “Alamak, presentation aku tak berapa menarik la. Kenapa rakan lain boleh buat yang lebih cantik?”

Atau begini, “Banyak betul kerja tak siap, aku ni memang lemah dalam pengurusan masa.”

Atau pula begini, “Anak aku ni nakal, mesti ikut perangai aku dulu. Macam manalah aku mendidik ni….”

Atau anda begini, “Memang aku lembab, nak buat macam mana…”

Sifat mengeluh begini adalah sesuatu yang negatif. Bila anda galak membawa aura cas negatif ini, ia akan kelamaan memakan diri sendiri sehinggalah anda akan berasa pasif dan tidak berkeyakinan yang tanpa haluan.

Bila yang diulang-ulang bercas negatif, sampai bila cas positifnya nak sampai?

Fitrah dalam agama Islam ada menyatakan, tidak semua manusia sempurna melainkan Kekasih Allah yang tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. yang maksum.

Hanya Baginda s.a.w. yang berhak mendapat jolokan “He is very PERFECT!” Sebab itu anda pernah mendengar, “Nobody is perfect!Nobody yang dimaksudkan adalah umat Nabi Muhammad s.a.w. sehinggalah kita pada hari ini.

Jika anda sudah berusaha sedaya upaya dan cuba melakukan yang terbaik, berdoa supaya segalanya dimudahkan, maka tika ini, serahkanlah pada Allah sepenuh-penuhnya bagi menentukan hasilnya. Justeru, lengkaplah teori ‘usaha, doa, tawakal’.

Seterusnya, bila anda telah lakukan yang terbaik, hanya Allah yang layak menghitungkan usaha anda. Ia akan jadi silap jika anda meletakkan perhitungan itu adalah daripada rakan-rakan, ibu bapa, suami, malahan boss anda juga, kerana mereka adalah semata-mata wasilah kepada segala ujian yang Allah turunkan. Maka, berhati-hatilah.

Cuba kita tukarkan cas negatif tadi kepada sesuatu yang menyeronokkan. Sebagai contoh, hargailah diri sendiri. Bukankah penat sewaktu membereskan kerja-kerja pemfailan yang memuakkan? Bukankah serabut rasanya apabila tugasan datang bertimpa-timpa yang menuntut siap dengan kadar segera. Bukankah letih memikirkan masa untuk dibahagikan kepada kerja, keluarga, pelajaran, dan lain-lain perkara?

Sementelahan lagi, kadang-kadang kegagalan kita bukanlah berpunca daripada kita sendiri. Ia berkemungkinan dipengaruhi oleh elemen-elemen  yang menyebabkan ketidakberkesanan sesuatu pada masanya yang datang dengan tidak disangka-sangka. Maka, anda harus terima hakikat itu.

Mulalah menghargai hati anda, kaki dan tangan dan fikiran yang membantu anda menyelesaikan segenap perkara.

Kita tidak akan dapat digantikan dengan sesiapapun. Kita adalah insan yang paling bertuah dipilih Allah untuk membereskan kerja-kerja yang ada. Tambahan lagi, perkara yang teristimewa, kita adalah manusia yang dipercayai untuk memegang sesuatu amanah atau tugasan itu, dan bukan orang lain. Bukankah ia sangat istimewa?

Peganglah kepercayaan itu dan seterusnya bertawakkallah kepada Allah untuk mendapat ‘gaji’ (pahala) yang istimewa dari-Nya.

Kan bagus begini, “Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku cara bagaimana nak atasinya. Jika ini yang terbaik, terbitkanlah redha ke dalam hatiku. Terima kasih, Allah.”

Kan bagus begini, ” Alhamdulillah, ini yang paling cantik. Masing-masing ada kelebihan. Ini bahagian aku, itu bahagian dia. It’s fair from Allah!”

Kan bagus begini, “Alhamdulillah dah nak siap! Takpe, slow & steady lah!

Kan bagus begini, “Begitu indah saat melahirkan. Allah tidak akan meletakkan suatu kepercayaan itu kepada sia-sia. Maka aku harus memikul kepercayaan ini. Pasti ada hikmahnya dengan kesabaran yang aku sumbangkan.”

Kan bagus begini, “Terima kasih tangan, terima kasih kaki, terima kasih hati kerana sudi membantu. Nanti aku belanja pergi mengurut.” (^_^)

Selagi pengharapan itu pada manusia, anda tidak akan berasa seronok 100%. Letakkanlah pengharapan itu hanya pada Allah s.w.t, insyaAllah anda akan dapat hasilnya. Raikanlah diri anda! Selamat mencuba!

YaQeen Ahmad : Mula belajar hargai apa yang ada. Ia memang menyeronokkan!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: