Takziah buat jiran

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Jam 6.15 petang semalam, saya tiba perkarangan rumah di Seksyen 1. Hati saya jadi berdebar-debar melihatkan ramai muslimin berkopiah putih berlegar di hadapan rumah.

Saya sempat menoleh sekejap dan kelihatan suasana suram menghiasi petang. Telahan saya, adakah kenduri? atau?

Takziah buat keluarga jiran saya yang baru semalam, jam 3 petang, kehilangan ketua keluarga mereka. Saya cuma sedikit terkilan kerana tidak sempatpun beramah dan sampai sekarang tidakpun mengetahui nama Allahyarham dan isterinya. Perginya Allahyarham kerana sakit kanser darah.

Petang itu juga kami bertiga yang kebetulan sudah ada di rumah, pergi menziarahi ahli keluarga tersebut.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak (kalau tidak silap).

Saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk sedekahkan sama surah Al-Fatihah kepada Allahyarham agar roh Allahyarham mudah untuk urusan seterusnya dan ditempatkan di kalangan mukminin. Amin.

YaQeen Ahmad : Al-Fatihah…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: