Apa warna buah durian?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Pernahkah anda menikmati kelazatan buah durian? Pasti dek baunya yang memikat membuatkan anda tergoda untuk berhenti sekejap di bahu jalan, lantas tidak berkira untuk membelinya barang sebiji dua buat melepaskan gian.

Ada juga yang jadi seronok apabila membeli seraga dua dan makan beramai-ramai bersama keluarga bagi mengisi aktiviti santai mereka.

Bila bercerita tentang ciri-ciri buah durian, anda pasti fasih megenai butir peribadi buah durian ini. Antaranya, berkulit duri, isi berwarna emas kekuningan, buah yang tersusun molek di pangsanya, dan sukar pula hendak membelahnya.

Di sini saya ingin kongsikan cirian baru yang baru saja saya ketahui. Barangkali ada di antara anda sudah mengetahuinya. Saya kira ini agak menarik untuk dicuba bagi para peminat setia si buah durian, harum baunya…~

Gugusan buah durian di atas pokok

Gugusan buah durian di atas pokok

Isi berwarna merah

Isi berwarna merah

Semerah mawar merah

Semerah mawar merah

Durian berdaging merah ini merupakan durian liar yang ditemui di hutan Kalimantan. Meskipun warna isinya berbeza dengan durian biasa, aromanya tetap sama dan menyengat. Ada sumber mengatakan, rasanya enak daripada yang biasa.

YaQeen Ahmad : Suka tempoyak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: