Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w.

Saya mulakan dengan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat semua di atas ucapan-ucapan selamat hari lahir sejak 10 malam, malam tadi hingga kini.

Ada yang tercicir pula hendak menghantar pesanan ringkas, SMS, dek rangkaian Celcom terlalu sibuk transaksinya. Apa pun, saya hargainya sangat-sangat.

Mengimbau kembali bagaimana abah mendapat nama penuh saya, abah mendapat ilham dengan nama ini pada surah Al-Takathur. Nama yang panjang, namun tak semua mudah lupa nama ini. Ia bermaksud Cahaya Mata Keyakinan anak perempuan kepada yang terpuji. Terima kasih, abah.

Pensyarah muda yang masih belajar.

Gadis Klasik Moden

Ucapan untuk diri sendiri pada ulangtahun ke-24 ini, moga saya dilimpahi kebahagiaan, kemudahan urusan, murah rezeki, dan kesihatan yang baik. Menyedari diri banyak kelemahan, saya akan terus untuk cuba memperbaiki diri semampu yang mungkin.

Biodata Ringkas

Nama Penuh : Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad

Asal : Batu Pahat, Johor

Bangsa : Muslim Melayu (Jawa)

Adik-beradik : 1/5

Pekerjaan : Pen. Pensyarah Matematik, Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute

Pendidikan :

1. SK Seri Mulia, Rengit

2. UPSR, SK Senggarang, Senggarang

3. SPM, SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat

4. Sijil Matrikulasi (Sains Fizikal), Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah

5. Ijazah Sarjana Muda (Sains Matematik) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Penglibatan Bidang/Minat : Matematik, pantun dan sajak, catur, Aikido, penyelidikkan, motivasi, Bahasa Melayu, dan penulisan.

Hobi : Bermain catur, memasak, merangka soalan Matematik (sekarang), dan berangan.

Idola : Kekasih Allah s.a.w., Mak & abah.

Warna Kesukaan : Putih, Merah Jambu, dan Coklat.

Makanan & Minuman Kesukaan : Ayam percik & Cendol.

Selebriti Kesukaan : Jackie Chan, Jet Li, dan P. Ramlee.

Buku Pilihan : Tiada yang khusus.

Rancangan Pilihan : House, CSI, Lu Fikirlah Sendiri Nabil, Ally.

Genre Filem/Rancangan TV Kesukaan : Aksi, komedi, suspen.

Genre Muzik Kesukaan : Nasyid.

Prinsip : “Jangan putus asa” & “Teruskan bersemangat”.

Perkembangan sekarang : Dalam perancangan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Sains Matematik dan sedang merangka dan menulis buku latihan Matematik untuk pelajar peringkat Diploma.

Sajak di entri sebelum ini Hadiah untuk diri, cukup menggambarkan keadaan saya sekarang. (^_^).

YaQeen Ahmad : Terima kasih, Allah!

Dikirim dalam Ceritawara. 12 Comments »

12 Respons to “Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad”

  1. Ija Says:

    Assalamu’alaikum….

    Sanah Helwah Ya Nur Ainul Yaqeen Bintu Ahmad

    yang ke – 24

    moga dilimpahkan rezeki yang diberkati sepanjang perjalanan kehidupan..

    Alhamdulillah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam ini moga dikau terus menyemai bakti dan kasih kepada agamaNya..

    Salam Sahabat,

    Halijah Abdan & Suami
    Seksyen 2 Bdr Baru Bangi.

  2. ridwanto Says:

    salam,
    semoga berbahagia bersama insan tersayang…

  3. KakChik Says:

    Assalamualaikum Nurul Selamat menyambut ulang tahun kelahiran. Semoga Allah panjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan agar dapat melaksanakan lebih banyak amal ibadah untukNya. Dan semoga sentiasa berbahagia dunia hingga akhirat.

  4. irhafiz Says:

    Assalamualaikum.

    Semakin banyak kita menyambut hari lahir, sepatutnya kita makin bijak.
    Dan orang yang bijak adalah orang yang banyak mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.

  5. YaQeen Ahmad Says:

    Alhamdulillah… terima kasih semua di atas komen yang diberikan.

    Ija : InsyaAllah Ija. Syukur Allah berikan kudrat kepada Aqeen untuk terus berbakti dalam Agamanya. Moga ia berterusan. Terima kasih di atas galakkan. Langkah Aqeen semakin mara ke depan. Untuk Ija begitu juga. Walau dalam cabang dan cara yang berbeza, kita masih dalam satu lautan agama yang sama dalam menabur jasa dengan kepakaran masing-masing.

    Ridwanto : Terima kasih abg. Wanto. Alhamdulillah saya bahagia dengan mak dan abah…

    Kak Chik : Terima kasih kak Chik. (^_^). Saya keliru, kak Chik kawan k. Dila atau k. Chik Ustaz Nabil… huhu

    Irhafiz : Terima kasih Irhafiz. Mati itu bila-bila. Sebagai seorang insan biasa, saya pun tidak tahu sama ada betul-betul sudah bersedia atau belum sebab dengan ilmu secetek cuma memang tidak habis menangguk di lautan yang luas. Kuasa Allah Maha Besar, moga kita ditempatkan di kalangan mukminin di alam baqa’ nanti… Itu doa saya. Amin.

  6. N.U.@ Says:

    dah makin besar, jadi kena makinmatang. Jangan nak mengada-ngada dengan aku mengalahkan fiqrah khaleesa. Lagi, jadi lebih berani dengan gelap, dengan bilik air pada waktu malam, dengan bilik air rumah atok rengit, dengan ape2 sajelah yang kau dan aku tahu.. ha ha ha

  7. YaQeen Ahmad Says:

    Aku ada empat orang adik je… Maka, aku harus mempergunakan mereka secukup-cukupnya… adeh… dah cuak ni bila ada hari blackout sedunia 28 mac ni. Nasib baik masa itu ada dengan kome semua… huhu pecah tembelang… kaulah orang yang paling bertuah, akan kupeluk erat2 sampai semput.. ahaha

  8. N.U.@ Says:

    ko memang sengal kak qeen… tiada tandingan!

  9. YaQeen Ahmad Says:

    sebab tu kau sayang sangat kat aku.. kan? kan?

    [*** Maaf, bahasa adik beradik telah digunakan di sini.]

  10. N.U.@ Says:

    bla…… ha ha

  11. insan wt... Says:

    ringkas diri yang menarik…
    blh buat carpen…
    huhuhuhu
    so ble nak blnja ank murid makan ayam perik n cendol????
    huhuhuhuhuhhu
    semoga berbahagian dgn fmly n kekasih hati….
    amin…..

  12. YaQeen Ahmad Says:

    Terima kasih. Sy pulangkan kembali pujian kepada yang Empunya. Maaf, mungkin ada salah faham. Kekasih hati? Masih tiada… Hanya keluarga. (^_^)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: