Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Every moment is a precious moment !
sedangkan perjalananku masih belum matang
ku lewati jua di sepanjang gigi kehidupan
mengecap tiap saat penghargaan
untuk diri sendiri
aku hadiahkan sebuah kesedaran
mengharungi realiti perjalanan
seumpama ayat
yang hanya perlu disusun dengan semangat
moganya aku senantiasa kuat
berterima kasihlah kepada siapa pun jua
yang menghiasi citra perjalanan
walau pedih walau ria
dek kerana itu pengalaman
dan usah berharap tinggi-tinggi
kerana pengharapan yang lestari
adalah hadiah daripada Ya Rabbi…
Dibisik ke hati, “Ya Allah, hidupkanlah aku dalam keimanan kepada-Mu, dan matikanlah aku dalam keimanan kepada-Mu jua.”
YaQeen Ahmad : kebahagiaan itu ada pada saatnya…
23 Mac, 2009 at 11:10 am
Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik kamu ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula amalnya.”
25 Mac, 2009 at 11:52 am
Daripada buku ‘400 Kata-kata Saidina Ali bin abi Talib K.W.H.’, “Sebaik-baik amalan adalah amalan yang dibenci oleh dirimu,”.