Migrain

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Sementara saya tidak ke tempat kerja pada hari ini, saya tidak mahu membazirkan masa di rumah begitu sahaja. Sungguhpun pil sakit kepala telah ditelan, namun masih tak lut untuk menidurkan saya. Oleh itu, senggang masa yang ada ini, saya melakukan sedikit ulangkaji tentang peyakit migrain.

Apa dia Migrain?

migraine

Secara ringkasnya, migrain adalah sakit kepala yang menyebabkan kepala anda rasa berdenyut dan amat pening. Ia mungkin boleh berlanjutan dari 4 hingga 72 jam. Anda berkemungkinan tidak akan dapat menyelesaikan tugasan harian seperti biasanya.

Pakar juga tidak dapat mengesahkan secara rasmi dan tepat apa yang menyebabkan penyakit ini. Mereka hanya dapat mengaitkan penyakit ini dengan masalah pengaliran darah dalam saluran darah kita. Doktor akan menyoal anda tentang beberapa perkara berkenaan aktiviti anda sebelum penyakit menyerang termasuklah kekerapan denyutan, pemakanan, dan adakah sakit perut/gastrik, dan adakah muntah.

Disebabkan saya bukanlah arif dalam bidang perubatan, telahan saya, mungkin penyebab sakit ini boleh jadi berbeza-beza mengikut ketahanan atau alergi seseorang itu.

Antara sebab berlakunya Migrain

– kurang tidur/rehat

– stress

– gastrik

– pengambilan makanan berkolestrol tinggi

– alergi kepada sesetengah jenis makanan

Simptom

Seseorang yang menghidap penyakit migrain ini ada rasa terlalu berdenyut pada antara bahagian-bahagian kepala. Mungkin di sebelah kiri kepala, kanan, atas, dahi/bahagian kening, ataupun belakang kepala. Ia juga mungkin boleh menyerang serentak kepada bahagian-bahagian yang telah disebutkan tadi.

Mereka juga akan berasa terlalu sensitif dengan bauan yang menyengatkan, bunyi yang kuat, dan silau kepada cahaya. Sesetengah mereka ada yang dapat merasakan petanda bahawa mereka akan diserang migrain. Mungkin setengah jam awal atau mungkin lebih awal daripada itu.

Akibat migrain

Jika sakit kepala yang keterlaluan ini terjadi kepada anda, anda mungkin :

– tidak fokus pada kerja

– rasa ingin marah-marah

– sensitif/murung

– tidak ada mood

– sakit di bahagian bawah telinga juga

dan sebagainya.

Langkah Berjaga-jaga

Oleh yang demikian, langkah pencegahan bolehlah diambil seperti tidak mengambil makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi (makanan laut, ayam dan daging, coklat), tidak terlalu memikirkan banyak perkara dalam satu masa, elakkan makanan yang mengandungi kafein, dan lakukanlah aktiviti dengan relaks sahaja. Minumlah air masak dengan kerap agar suhu badan dapat dikawal.

Anda juga dinasihatkan untuk tidak memandu kerana boleh mengakibatkan kepada kecuaian di jalan raya.

Berehatlah atau dapatkan tidur yang cukup.

Berjumpalah dengan doktor dan dapatkan nasihat daripada pakar.

Menarik di sini : Tanda-tanda dalaman

Apa yang saya baru belajar pada hari ini?

Nota saya pada hari :

1. Migrain/sakit kepala dieja sebagai migraine dalam bahasa Inggeris-nya.

2. Secara etimologinya, perkataan migraine berasal daripada bahasa Perancis yang diambil daripada bahasa Latin iaitu hemicrania (separuh tengkorak/tempurung kepala). Manakala dalam bahasa Inggeris lama, ia disebut sebagai megrim (sakit kepala yang keterlaluan)

3. Denyutan migrain boleh berlaku di antara 4 hingga 72 jam tanpa rawatan.

4. Secara psikologinya, penyakit ini mudah menyerang kepada kaum wanita berbanding kaum lelaki.

5. Jenis-jenis Migrain : (tidak diterjemahkan)

Rujukan :

1) http://health.yahoo.com/headache-overview/what-are-migraine-headaches/healthwise–hw116876.html

2) http://www.relieve-migraine-headache.com/type-of-headaches.html

3) http://en.wikipedia.org/wiki/Migraine

YaQeen Ahmad : Ubat saya yang paling mujarab, tidur.

Dikirim dalam Eksplorasi. 2 Comments »

2 Respons to “Migrain”

  1. Pokdogo Kosas Says:

    baru ku tahu

  2. ain Says:

    hye…emm sy kna migrain sjk drjah 3……byse nye ia jrng mnyerng….ttpi…jika ia myerng…ia akn mgmbil masa slma 1 minggu atau lbh….skt nye 2 x yh la ctew…ase cm nk pch jew ple nie…n kdg ase cm nk hntk jew at dnding….emm tp sjk thn lps…migrain sy kerap dtng…emm skng nie pown ngh skt….dbgn dmm nyew lg…huhu…smlm lak mnth2…ase cm nk tkelua jew ank tkk nie…ap bndew yg d mkn..,sume klua blk…emm nk tdo pown ssh..n lg 1 klau sy tje dr tdo..tkk sy ase kering sngt..emm smpaikn lidh sy mlkt dkt llngit….emm skng nie nk wt pew pown ssh…asyk skt jew…nk mnm pown ssh..tkk nie ase cm bngkk….emm xd kew cre len nk hlng an sume nie….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: