Tika Tinta Menari

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Tika Tinta Menari

Agak lama saraf jari-jemari ini tidak menari di papan kekunci. Benak terlalu padat dengan cerita hingga tidak tahu di mana nak mula. Memang sah, saya tidak tahu menulis/melaporkan. Masa lima minit ini (sebelum memasuki kelas tutorial) saya gunakan untuk jari-jemari dan minda saya bersenam semula untuk sesi latihan menulis.

YaQeen Ahmad : Bertatih untuk berlatih.

Kak Lin Masuk Wad

Selasa lepas saya menggantikan Kak Lin ke Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang, UITMPP sebagai ahli jawatankuasa pemasaran Pre-France, UNIKL MFI.

Saya dikejutkan dengan berita bahawa dia telah dimasukkan ke wad disebabkan penyakit demam denggi. Sekarang ini memang musim denggi di sekitar kawasan Hulu Langat. Salah seorang pelajar kami pun, ada yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah akibat penyakit ini.

Saya mendoakan Kak Lin, moga cepat sembuh dan kembali aktif semula selepas sihat nanti. Alhamdulillah, bertuah Kak Lin punyai suami seperti Abang Edi. Abang Edi melantik dirinya sendiri sebagai PA Kehormat Kak Lin. Caya la!

YaQeen Ahmad : Alergi nyamuk.

Kerang Berlada

Semalam adalah giliran saya memasak di rumah sewa. Atas permintaan Fizah, saya turutkan untuk memasak kerang berlada.

Sengaja saya membeli lebih, untuk dijadikan kudapan di depan peti televisyen. Kebetulan, saya mengajak Ija makan malam bersama kami sekeluarga.

Pertama kali saya membasuh kerang sebanyak lebih daripada tiga kilo. Memang lama membasuhnya dan tangan luka-luka juga akibat tidak memakai sarung tangan. Kuku saya pun jadi rosak, tapi puas. Sambil membasuh kerang, fikiran merantau jauh hingga ‘tak tercapai akalku’.

Memo : Sila memakai sarung tangan ketika membersihkan kerang.

Alhamdulillah, kualiti rasa sama seperti selalu walaupun masak banyak kali ni. Rasa bahagia dapat makan bersama-sama ahli rumah sambil berborak-borak dan bergurau senda. Paling asyik terkena, Kak Kinah yang comellah.

YaQeen Ahmad : Teringat kerang berlada di Selindung Bayu. Tak boleh lawan lagi rasanya.

Dikirim dalam Ceritawara. 2 Comments »

2 Respons to “Tika Tinta Menari”

  1. hamimnasoha Says:

    Saya pantang dengan kerang. Pantang jumpa, mesti hendak baham.

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Akibat semangkuk kerang saya habiskan, terpaksa MC hari ini sebab migrain. Apa daaa… Tapi tak serik lagi kot…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: