Selesaikan Segera Isu PPSMI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Sumber dipetik dari : Utusan Malaysia Online.

Tajuk : Selesaikan Segera Isu PPSMI

PETALING JAYA 7 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan segera bagi mengelakkan tercetusnya isu lebih besar pada masa depan.

Ulasan YaQeen Ahmad : Saya setuju, Datuk!

Perdana Menteri berkata, ini kerana terdapat desakan kuat terutama daripada orang Melayu mengenai isu tersebut dan satu keputusan segera mengenainya perlu dilakukan.

Ulasan YaQeen Ahmad : Saya setuju lagi, Datuk!

“Saya mahu isu ini diselesaikan segera dan jika dilengah-lengahkan, pelbagai tekanan dan tindakan akan dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyebabkan ia jadi lebih besar,” tegasnya.

Ulasan YaQeen Ahmad : Kenapa, ingat kakitangan kerajaan sokong sangat ke BI dalam Sains Matematik?

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Dragon Fire Hammer , tulisan Adam Umemoto yang berusia 14 tahun di sini hari ini.

Perdana Menteri diminta mengulas kontroversi PPSMI yang semakin memuncak apabila 5,000 orang berhimpun dan berarak membantah pelaksanaannya dari Masjid Negara ke Istana Negara, petang ini bagi menyerah memorandum kepada pihak istana.

Ulasan YaQeen Ahmad : 5000 je?! Tak percaya langsung! Ia lebih ramai daripada itu.

Perarakan yang tidak mendapat permit dan kebenaran itu bertukar menjadi kecoh apabila arahan polis supaya mereka bersurai tidak diendahkan ada segelintir peserta yang bertindak diluar batasan termasuk melakukan provokasi terhadap anggota pasukan keselamatan.

Ulasan YaQeen Ahmad : Betul ke tanpa permit? Siapa nak bagi peluang pada kami, penggiat pendapat rakyat? Kecoh atau polis yang membuat kecoh? Ah! Menyampah!!! Provokasi kepada anggota keselamatan? Sila perbaiki sedikit perenggan ini. Banyak kesalahan rasanya. Rasanyalah…

Sehubungan itu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menggunakan meriam air untuk menyuraikan mereka.

Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang Jalan Mahameru kerana laluan terpaksa ditutup dari kedua-dua arah.

Ulasan YaQeen Ahmad : Terpaksa? Buat aku ketawa! Tidak apa bersesak sekarang daripada bersesak ke dalam ne**ka esok, macam mana? Wallahua’lam.

Dalam hubungan ini Abdullah berkata, Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan NGO terbabit bagi membincangkan perkara itu.

Ulasan YaQeen Ahmad : Aku curiga…

Namun kata beliau, kementerian tersebut masih belum bersedia untuk mengumumkan bentuk keputusan yang telah diambil.

Katanya, kementerian berkenaan boleh menjadikan keputusan peperiksaan lalu untuk dijadikan asas bagi menentukan pelaksanaan PPSMI itu.

Ulasan YaQeen Ahmad : Sila selidik tahap peratusan keputusan dan perkembangan pelajaran pelajar atau murid-murid yang bersekolah di luar bandar.Terutama sekali, di ceruk-ceruk pedalaman Sabah dan Sarawak. Sila, sila…

“Dengan cara itu saya berharap ia akan menjadi satu keputusan yang adil kepada semua kaum dan bagi mengukuhkan kepentingan pendidikan masa depan,” katanya.

Ulasan YaQeen Ahmad : “Tau takpe!”

YaQeen Ahmad : Kelakar dengan sikap Melayu yang tak sedar dirinya.

Advertisements
Dikirim dalam Eksplorasi. 1 Comment »

Satu Respons to “Selesaikan Segera Isu PPSMI”

  1. hamimnasoha Says:

    Ada orang kata (saya sangat yakin dia jauh lebih cerdik daripada menteri kita)pemimpin UMNO tidak faham Bahasa Melayu tetapi faham bahasa undi. Oleh itu kita gunakan bahasa undi (PRU dan Perhimpunan Agung UMNO) untuk memahamkan mereka. Kita tolak orang yang tidak faham bahasa ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: