Makan lagi…

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Pertanyaan Kak Yati membelah pagi, “Minggu depan balik lagi Qeen?” Seraya aku menjawab, “Iya kak. Temankan kawan memandu pula.” Aku seronok pulang ke Batu Pahat.

Apatah lagi, keluarga kami tidak sunyi walaupun yang ada di rumah hanya abah, mak, dan adik bungsuku, Fiqrah kerana kalau tidak dikunjungi, mereka pula mengunjungi saudara mara.

Disisipkan sekali landsakap-landskap pertemuan di antara tiga keluarga, keluarga abah, Cik Amin dan Cik Ani. Atuk baru sahaja dihantar pulang ke Batu Pahat oleh Cik Amin yang tinggalnya di bandar Kuantan, Pahang.

Berkerja sebagai anggota polis membuatkan keluarga Cik Amin seperti diikat kaki. Susah benar untuk dapatkan cuti. Namun, renggang masa yang ada di manfaatkan sebaik mungkin bersama ahli keluarga.

Keluarga abah, Keluarga Cik Amin, dan atuk

Keluarga abah, Keluarga Cik Amin, dan atuk

'Uyun dan Cik Ani

'Uyun dan Cik Ani

Anak kecil yang selalu jual mahal. Boleh jadi anak didik Aqeen ni... hehe

Anak kecil yang selalu jual mahal. Boleh jadi anak didik Aqeen ni... hehe

Cik Ana, Aqeen, dan Atuk

Cik Ana, Aqeen, dan Atuk

Bersama Ketua Pengawas

Bersama Ketua Pengawas

Atuk kata "Time Makan"

Atuk kata "Time Makan"

YaQeen : Kebelakangan ni rezeki murah. Asyik jamuan makan je, mana tak… huhu… Aqeen, bermula untuk turun padang kembali.

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 5 Comments »

5 Respons to “Makan lagi…”

  1. 'uyun Says:

    mari makan. Namun makan semakin kurus.. mari tidak makan. jadi gemuk agaknya

  2. hamimnasoha Says:

    Saya tidak pernah jemu makan. Apatah lagi kalau emak yang masak, rasanya perut ini lapar sentiasa. Lagaknya seperti memberi makan kepada jin..haha.

  3. 'uyun Says:

    patutlah semakin……

  4. YaQeen Ahmad Says:

    Dang dang dut tali kecapi,
    Kenyang perut den suka hati,
    Makan sedap ada bertapi,
    Berat naik den susah hati.

  5. muhammadridwanto Says:

    Wah, jangan susah hati Ci Qeen..
    Walau pun berisi, tapi sang teruna tetap tampan bergaya…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: