Kasut Hilang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Pagi ini saya agak mengambil masa sedikit untuk berkemas pulang ke Batu Pahat pada lewat petang ini. Di dalam hati ada rasa berdebar sedikit lantaran takut disapa lagi oleh ‘kawan’ yang bukan sealam dengan saya. Mujur Sara ingin menemani hingga ke Batu Pahat. Terima kasih, Sara.

Saya agak sugul juga kerana hampir sebulan saya kehilangan 3 pasang kasut. Bukan hilang terus, tetapi hilang dari pandangan mata. Rasa seperti tidak lengkap andai barang kesayangan tiada dalam pengetahuan di mana gerangannya.

Tersenyum saya pada pagi ini kerana kasut yang tersarung di kaki, bukan kasut semalam yang dipakai. Saya telah terjumpa semula dengan sebag plastik yang berisi 3 pasang kasut itu semalam, membuatkan saya bungah sedikit. Hidup kembali normal. (^^,) Wuhuu!

Ketiga-tiganya punyai kenangan yang berbeza. Kewujudannya ada bersempena. 1. Kasut sewaktu berkonvo, 2. Kasut pertama dibeli untuk ke pejabat, dan 3. Kasut persahabatan antara Haz, Kak Tikah dan Aqeen.

YaQeen : Kasut harus sesuai untuk kepentingan kesihatan, protokol diri, dan tidak membazir. Pakai sampai buruk, baru beli lagi.


Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: