Ego oh Ego

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Sebelum ini, saya ada membuat sedikit penilaian tentang pandangan teman-teman sekeliling berkenaan beberapa soalan berkaitan dengan ego.

Tujuannya ialah ingin untuk mengetahui persepsi orang ramai tentang orang yang ego khususnya ego kaum wanita. Ini kerana, ego selalunya diomongkan terhadap kaum adam. Jaga-jaga, wanita juga ada egonya.

Nyata, pandangan daripada setiap mata yang diturunkan berbeza-beza walaupun ada persamaannya sedikit.

Ego menurut Kamus Dewan bermaksud, persepsi seseorang tentang harga dirinya yang mempengaruhi dirinya; mementingkan diri.

Seperti yang sedia maklum, kesemua daripada kita ada ego tersendiri. Yang bijaknya adalah apabila kita menggunakan ego tersebut di waktu yang tepat. Meskipun begitu, sebagai manusia biasa, kita sering tersilap menggunakan ego itu. Akibatnya, orang akan menggelarkan kita egois (kata nama).

Sikap egoisme ini ada ubatnya. Antara yang boleh saya cadangkan, selalu letakkan diri sendiri di tengah-tengah keadaan. Contohnya, kalau suatu masa rasa terlalu berkeyakinan, anggap yang ada orang jauh lebih baik daripada kita. Begitu juga sebaliknya.

Sikap egoisme ini selalu dikaitkan dengan perkara-perkara yang negatif. Malah ia juga diklasifikasikan sebagai antara sikap mazmumah. Kembali kepada poin yang utama tadi, sekiranya kita bijak menggunakan ego itu pada waktu yang tepat, ia akan menjadi suatu yang menguntungkan juga.

Berikut saya sertakan pendapat-pendapat sahabat-sahabat saya yang sudi meluangkan masa menjawab 3 soalan tinjauan kali ini di dalam entri yang seterusnya. Terima kasih.

Ego Oh Ego

Ego Oh Ego

Ada suatu perenggan yang menarik perhatian saya semasa membaca buku Kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib KWH. Ayat 273. : “Janganlah kamu mengahwini wanita semata-mata kerana kecantikan mereka, boleh jadi kecantikkan tersebut boleh merosakkan akhlak mereka dan janganlah kamu mengahwini mereka kerana harta, boleh jadi harta tersebut boleh mendorongnya supaya melampaui batasan agama. Kahwinilah wanita kerana agama mereka dan ketahuilah bahawa hamba perempuan yang memiliki agama tetapi hitam kulitnya lebih baik daripada wanita-wanita lain yang tidak memiliki agama.” Semoga menjadi iktibar. Wallahua’lam.
Seindah hiasan adalah wanita solehah.

Seindah hiasan adalah wanita solehah.

YaQeen : Manusia biasa.
Dikirim dalam Eksplorasi. 2 Comments »

2 Respons to “Ego oh Ego”

  1. 'uyun Says:

    aku ke perempuan yang kau cari2?..awat jauh sangat cari, dekat sudah ada la minaci…

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Yang paling dekat adalah diri sendiri. Buat apa nak mencari? Silap kita selalunya, salah tempat, masa, dan kepada siapa kita melepaskan perasaan itu. !(6_^)

    Selalunya, sifat ini membantu aku.
    I’m still like to be ‘mawar berduri’.. In short and detail : ‘Mawar Putih Berduri’. (^_^)

    Bingkisan untuk muhasabah bersama. Wallahua’lam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: