2. Apa pandangan anda tentang perempuan yang ego?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

2. Apa pandangan anda tentang perempuan yang ego?

Pandangan Jejaka 1
XBERAPA BAGUS BEGITU JUGAK DENGAN LELAKI YG EGO..LAGI LA TAK BAGUS.. sebb laki yg ego ni akan menggunakan kekuatan kelakian nya untuk bertindak
Pandangan Jejaka 2
Pandangan tentang perempuan ego adalah berbeza-beza mengikut nilaian masing-masing. Tetapi saya yakin, 90 peratus amat ‘geli’ dengan perempuan yang ego. Apa yang ada dengan ego. Semuanya hanya penampilan hebat disebalik hakikat diri yang biasa. Pura-pura hebat. Mereka mungkin kelihatan ganjil dengan penampilan palsu mereka, berpura-pura berduit, tetapi tidak pandai mengikut rentak sebenar orang yang benar-benar berduit. Itu contoh mudah bagi nilaian ego pada duit.
Mungkin saudari pernah ke mana-mana tempat yang ada menjual kristal kaca.. Penjual telah mengatakan bahawa ia adalah berlian, tetapi pada masa yang sama, saudari tahu ia adalah kristal kaca sahaja. Niat asal untuk membeli kristal tersebut diabaikan disebabkan ‘ego’ tadi…. Jadi, asal perempuan yang biasa tadi dihormati dan disegani dengan sikap baiknya, walaupun berjawatan biasa. Kemudian apabila perempuan ini mengambil ego sebagai sikap tambahannya, ia akan dipandang lebih hina dari jawatan asalnya.
Pandangan Jejaka 3
Pandangan peribadi saya ttg perempuan yang ego ni mintak-mintaklah dia cepat bertaubat kerana dengan sifat ego tu boleh membawa dia ke dalam neraka Allah. Manusia benci, Allah pun lagi benci.
Pandangan Jejaka 4
Sayang Siantan ke sungai Singapura,
Belayar menyusur hari-hari;
Lemak santan manis bergula,
Di dalam gula racun menari.
Orang bebal suka merengus,
Dia bercakap tidak berfaedah;
Belum pandai membuang hingus,
Hanya pandai bertikam lidah.
Pandangan Jejaka 5
kurang baik
tapi tu mmg sifat masing2. cuba krgkan lar. Not everyone perfect kan.
Pandangan Gadis 1
a. 1st impression – selalu bagi semua “sombong gila minah ni!”. Tapi tu yg bakal jadi kalau kita tak kenal siapa dia. Sebab tulah ~ pendekatan tak kenal maka tak tahu siapa dia.. kita kena apply setiap hari. Mana tahu, ntah2.. kita lagi sombong bangat dari dia J
Pandangan Gadis 2
kene memiliki kesabaran yg tinggi utk berkomunikasi dgn mereka. perlu penuh ngn hikmah utk mengatasi ego mereka. n sometimes kita sendiri pon turut kene berlapang dada ngn gol ni.sbb klu bukan kita yg faham mereka, siapa lagi yg boleh bantu mereka utk atasi sifat negatif  tu.
Pandangan Gadis 3
· Sombong, angkuh serta perkataan lain yang seangkatan dengannya
· Kalau satu hari die susah nak jugak mintak tolong org lain kan😛 hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: