Mawar Berduri 2

Mawar Berduri 2

Mawar Berduri 2

Telefon bimbitnya berdering. Mawar menggeleng-gelengkan kepalanya. “Kenapa tak mahu angkat? Merajuk?”

Raudhah mengeluh, “Bukan merajuk.”

Selepas memberi signal ke kiri, Mawar membelokkan keretanya menghala ke Petronas yang sudah 200 meter di hadapan. Dia bertanya lagi, “Habis tu, kenapa?”



Tanpa terjawab pertanyaan Mawar, dia menyambung, “Kalau macam itu, kau duduklah dulu di sini. Aku nak beli barang sekejap. Nak beli apa-apa yang patut untuk hilangkan dahaga ni. Kau nak kirim apa-apa?”

Raudhah membalas dengan gelengan sahaja. Dia membelek telefon bimbitnya. Ada mesej yang singgah ke dalam peti masuknya. Tertera di situ satu nama yang tidak asing baginya, Hamid.

‘Odah, maafkan abang kalau mengganggu. Bukan niat abang nak menipu Odah. Abang tak tahu bagaimana nak jelaskan sebelum ini. Tolong balas mesej abang Odah. Abang akan bertanggungjawab atas kesilapan ini, tapi tolonglah angkat panggilan abang.’

Raudhah dan Hamid berkenalan menerusi laman berbual di alam maya, Yahoo Messenger (YM) hampir setahun. Hati Raudhah terpaut kepada Hamid yang manis budi bahasanya dan sering mengambil berat tentang dirinya. Namun, ada sesuatu yang mengguris hati Raudhah kerana Hamid sebenarnya merahsiakan identitinya yang sebenar.

Pintu kereta terkuak. “Nah, aiskrim kegemaran kau. Coklat Cadburry Black Forest pun ada. Khas untukmu wahai sayangku.” Pujuk Mawar sambil mencebik.

Raudhah menyambut bungkusan yang berlabel 7 Eleven itu. Itulah destinasi kegemaran mereka tatkala lapar menjelang malam.

Tiba-tiba Raudhah membuka cerita, “Achik, Hamid sebenarnya, sebenarnya,” luahnya tersekat-sekat. Air mata yang terkendong di kelopak mata tadi akhirnya terlepas juga.

Mawar cepat-cepat memberhentikan kereta di bahu jalan. “Eh, Rudhah, kenapa ni? Subhanallah. Apa dah jadi? Raudhah, kau tak apa-apa?”

Raudhah menekup muka dengan dua telapak tangannya. Tangisannya semakin kuat bagai tidak mahu berhenti.

YaQeen : Alhamdulillah, setelah menelan sedikit masa, saya dapat menyambung babak berikutnya atas sumbangan sahabat-sahabat semua. Bersambung… Mawar Berduri 3 nanti. (^_^)



2 Respons to “Mawar Berduri 2”

  1. YaQeen Ahmad Says:

    (^_^)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: