Busy @ Buat-buat Sibuk?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Dada semakin sesak melihatkan fail yang perlu disemak semakin bertambah ketinggiannya. Nafas semakin dalam, namun tidak mampu melegakan  keadaan yang semakin kusut ini. Hanya tinggal dua hari sahaja lagi untuk pemeriksaan daripada pihak audit.

Senarai baru things to do ada di depan mata. Sahaja aku letakkan di sisi supaya sentiasa beringat. Kalendar duduk yang berada di sebaris dengan gambar-gambar keluarga di meja ini pun, semakin banyak bulat-bulatnya. Menandakan perkara-perkara yang akan berlaku dan perlu dibereskan.

Tidaklah sibuk sangat, mungkin aku ini yang saja-saja buat-buat sibuk. Hati memberontak kecil. “Adakah?”

Kan ada kata Ilmuan terulung, Hassan Al-Banna. “Biar kerja lebih banyak dari masa.” Mungkin kali ini aku dah menepatinya. Kali lain, lain ceritanya pula.

Di sisi aku, bunyi keluh kesah semakin kedengaran. Maklumlah, kebanyakkan pensyarah di sini kaum wanita belaka, melepaskan rasa hati adalah terbaik untuk melegakan perasaan yang terkurung di sanubari ni.

Ada dua benda kelakar terjadi semalam. Pertama, aku hampir-hampir ke kelas dengan hanya berselipar tandas warna pink ku itu! Oh, tidak! Nasib baik, sudah sampai di pintu bilik, aku perasan. Kalau tidak, jatuhlah saham…

Keduanya, aku yang agak kusut semalam. Diam-diam aku ke surau Unit Matematik, menjerit kecil. Tiba-tiba kak Mashitah (pensyarah Matematik juga) menegur kerana terperanjat. “Kenapa Qeen?” Alamak, aku sudah malu-malu… Stress… stress.. Mana tidaknya, asyik tertinggal barang sahaja semalam. Ulang-alik dari kelas ke pejabat, salah kunci nak buka pintu… ada-ada sahaja yang membolehkan membuatkan aku geram. Geram geram geram.. kata Ipin…

Mujurlah, apabila kelewatan malam, teman-teman serumah menggembirakan aku dengan gurau senda dan gelak ketawa. Sejuk dan senang hati, membahagiakan.

Habis sebungkus besar juga kuaci yang kami ‘belasah’ semalam sambil menonton televisyen. Aku yang kononnya hendak menyambung kerja pejabat di rumah, terawang-awang ke dunia lain, barupun sekejap meletakkan kepala di atas bantal di ruang tamu.

Terngiang-ngiang kata-kata emak semalam, “Anak-anak emak kalau tak balik, mak tak nak kemas rumah,” adakah ia satu ugutan? Oh, tidak….~

Emak seakan-akan merajuk apabila aku memberitahunya aku tidak boleh pulang awal pada minggu ini dan minggu depan. Jadual kami serumah penuh dengan undangan perkahwinan dan majlis yasin di rumah kami.

Kebiasaannya, emak akan menunggu anak-anak balik ke rumah, barulah beliau ada semangat mahu bersiap-siap untuk menyediakan keperluan majlis. Anak-anak emak banyak membantu menguruskan hal rumah. Selalunya, aku akan pulang pada hari Jumaat petang selesai waktu pejabat. Andai kepetangan sangat, aku akan tunda ke Sabtu pagi.

Agak pening juga, Jumaat ini ada audit, Jumaat depan ada mesyuarat jabatan. Aku akan kepetangan nanti. Memandu, seorang? Aduh, masih fobia melalui waktu maghrib seorang diri di jalanan. Hari Sabtu untuk dua minggu ini, adalah hari penting untuk aku hadirkan diri.

Moga Allah memudahkan urusanku…

doa231

YaQeen : lalalalalalala~

Dikirim dalam Ceritawara. 4 Comments »

4 Respons to “Busy @ Buat-buat Sibuk?”

  1. hamimnasoha Says:

    Cuba letak tangan di dada, berdegup atau tidak jantung itu? Kemudian letak pula di hidung, jika masih ada hembusan nafas syukurlah pada Allah. Selagi kita masih bersyukur dengan nyawa yang diberikanNya, serahkan sahaja kepada Allah untuk melapangkan hidup kita.

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Alhamdulillah, dengan rezeki yang ada, semua berjalan lancar. Tahap ‘done’ telah tercapai.

    Terima kasih, Allah…

  3. pakcik mu Says:

    lalalala suka nya dia dah nak jadi isteri org ni… lalalalalala aja la

  4. YaQeen Ahmad Says:

    aish.. siapa2? apa2 aje.. suka benar serkap jarang…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: