Seni Khat yang Berseni

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Pada minggu lepas, saya menerima satu SMS daripada sahabat lama. Kami sudah jarang berhubung lantaran masing-masing sudah terpisah dari dunia kampus. Agak terkejut juga menerima SMS tersebut. Maklumlah, menerima  SMS daripada seorang yang saya kenal sebagai orang yang sibuk dengan projek-projek penulisan khat atau lebih tepat, VIP. (^^,)

Dahulu, saya suka mendengar ceritanya tentang seni khat yang semakin jarang diceburi oleh muda-mudi kini. Malah kini beliau semakin bergiat aktif dalam lapangan ini.

Saya amat gembira apabila menerima perkhabaran daripada beliau bahawa langkahnya semakin panjang dalam arena seni ini. Syabas Abang Daus! Saya turut berkongsi kegembiraan ini.

Beliau yang dimaksudkan adalah saudara Mohammad Firdaus Bin Mahadi yang berkerja sebagai seorang editor dan penulis khat. Anak bungsu ini sudah bergiat aktif sejak dari bangku sekolah lagi. Kejayaannya bukan calang-calang dalam bidang Kesenian Islam (Seni Khat).

Malah, blognya juga turut menyediakan info yang ringkas tapi padat serta latihan-latihan sebagai tutorial bagi mereka yang ingin mendalami seni tulisan ini.


Berita Harian. Singapura, 7 September 2007

Berita Harian. Singapura, 7 September 2007. (di ambil dari laman friendsternya)

Pameran dan Demonstrasi Khat di Korea Selatan, Oktober 2006.

Pameran dan Demonstrasi Khat di Korea Selatan, Oktober 2006. (di ambil dari laman friendsternya)

Baru-baru ini beliau telah ditemuramah oleh sidang editorial Dewan Ekonomi, DBP (Februari 2009). Artikel ‘Seni Khat yang Berseni’ yang dipaparkan menarik sekali. “Harapan saya, semoga ianya dapat memberi galakan dan manfaat buat semua untuk mengenali cabang seni Islam ini dan seterusnya disampaikan dari generasi ke generasi agar ianya tidak dilupakan.” (dipetik dari laman blognya)

Majalah Dewan Ekonomi, Februari 2009. (di ambil dari laman friendsternya)

Majalah Dewan Ekonomi, Februari 2009. (di ambil dari laman friendsternya)

Semoga beliau istiqamah dalam medan juangnya dan moga dilimpahi dengan rezeki Allah yang Maha Kaya. Semoga lebih ramai lagi remaja yang tahu menggunakan peluang yang ada untuk terus maju ke hadapan dan memartabatkan umat Islam khususnya mereka yang berbangsa Melayu.

YaQeen : Mengagumi sifat beliau yang gigih dan sabar.

Advertisements
Dikirim dalam Eksplorasi. 3 Comments »

3 Respons to “Seni Khat yang Berseni”

  1. Firdaus™ Says:

    Salam ziarah, terima kasih aqeen atas artikel ni, terharu rasanya, tinggi sgt maqam yg diletakkan, pengalaman dan ilmu masih cetek dalam bidang ni, perjalanan masih jauh lagi utk ditempuhi, banyak cabaran dan perlukan kesabaran serta pengorbanan, itulah lumrah dan apa yg perlu dihadapi dalam memperjuangkan salah satu cabang dalam seni Islam ini. Syukran! 🙂

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Aqeen sentiasa menyokong!

  3. Arshad B.Herman Says:

    BOLEH TAK HAMBO HIDANGKAN SENIKHAT KAYU.KALAU YANG LAGI OK HAMBO BAGI LAMAN WEB YANG TERKINI UNTUK KITA KONGSI ILMU BERSAMA.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: