Sambut Hari Jadi Mak!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Diari 28 Januari 2009 (Rabu)

Jadual balik semula ke Bangi adalah pagi Selasa selepas bersarapan pagi di rumah. Argh! Lesen memandu dah tamat tempoh sejak 3 Ogos 2008!!! Maknanya hampir setengah tahun ni saya menggunakan lesen terbang?!

Maka dengan tersengih kerang, saya menangguhkan perjalanan. Kelam kabut juga beritahu K. Lin (administrator Technical Foundation) untuk ambil emergency leave pada hari Rabu (hari ini). Tak pasal-pasal aku kena warning lagi kang! hehe…

Jadi, Selasa itu saya mengambil peluang untuk bersama-sama mak, ‘Uyun, Fiqrah, dan atuk perempuan untuk membeli-belah. Mak kata takda soul kalau pergi sorang-sorang. Jam sepuluh kami ke kedai Era untuk mencari apa yang patut. Dapatlah kecek mak sepasang jubah. Hehe.. pantang mak offer. Barang ‘Uyun yang dicari, aku yang lebih-lebih. Aiseh, biasalah tuh.. Kata, Ayong…

Jam di telefon bimbit menunjukkan 11.30 pagi. Bak atuk kata, ‘Makan Time’. Tugas saya pula mengumpulkan ahli keluarga. Masing dengan urusannya pada pagi itu. Jadi kami berkumpul di satu tempat yang dijanjikan. Family’s date.

Lebih kurang jam 12 tengahari, semua tiba di perkarangan Hotel Kebun atau lebih dikenali sebagai Garden Hotel di Batu Pahat. Boleh kata nak sambut hari jadi mak.

Tiada cerita yang extraordinary. Semua biasa-biasa saja. Sempat juga saya merakamkan coret-coret ragam pada hari kejadian.

Zoom in!

Dating?!

Dating?!

Dating?! Ops...

Dating?! Ops...

Pilih menu

Pilih menu

Semua nampak menarik

Semua nampak menarik

Sementara menunggu makanan lain sampai, pose dulu

Sementara menunggu makanan lain sampai, pose dulu

Pilihan Azim dan saya

Pilihan Azim dan saya

Tomyam Pilihan mak abah

Tomyam Pilihan mak abah dan atuk

Anas dan 'Uyun

Anas dan 'Uyun

Tak ingat nama mi ni, sedap. Jadi mungkin namanya Mi Sedap.

Tak ingat nama mi ni, sedap. Jadi mungkin namanya Mi Sedap.

Her favourite, porridge.

Her favourite, porridge.

Island Red Cafe

Island Red Coffee, at Island Red Cafe

Anas fav!

Anas fav!

Moga jadi anak dan adik yang baik

Moga jadi anak dan adik yang baik

My plate finally...

My plate finally...

Kemudian, kami ke Primamoda Batu Pahat. Kali ni mak memang pening sikit. Kalau kena pada mak, tak kena pada saya. ‘Uyun tak cerewet sangat. Mak kata, selera saya ni lain daripada yang lain. Sebab tu saya ‘tak suka sangat’ dibawa ke kedai kain. Memang susah nak berkenan dengan satu-satu baju. Apa yang selalu mak buat, pilih tiga pasang, bawa balik ke rumah, barulah saya pilih. Kan senang.. Bukan senang Aqeen nak berkenan tau.. Tapi adakala, senang sangat la pula. Tatkala sedang stress. Pilih la mana saja. Saya akan angguk saja. Hehe… Perempuan ni pelik kan?…

Ketika di Primamoda, Azim dan Anas pun turut sibuk memilih kain untuk dibuat jubah. Kemudian ke tempat kami sedang berbincang-bincang memilih kain untuk empat beranak, mak, saya, ‘Uyun dan Fiqrah. Mereka berdua tu mengejek dan menyakat saja tahunya. Ada aja yang dilaserkan. Yang seronoknya, kami mendapat layanan istimewa daripada tokey Primamoda sendiri.

Sempat juga tokey kedai tu bertanya dengan atuk, “Makcik, makcik tak pening ke ada cucu-cucu macam ni?” maklumlah, itu tak kena, ini tak sesuai, mulut bercakap bagai tak nak berhenti diselang-seli dengan gelak ketawa, ditambah pula tokey tu pula yang kami loyar burukkan.. Atuk cuma tersengih sahaja. ‘Uyun yang menjawab, “Kalau tak da kami, tak bahagialah ayah kami.”

Kami akhiri petang itu dengan minum cendol di Pasar Melayu Batu Pahat manakala Azim dan Anas ke Senggarang mengambil stok nombor Celcom untuk diedarkan kepada kawan-kawan mereka.

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 4 Comments »

4 Respons to “Sambut Hari Jadi Mak!”

  1. 'uyun Says:

    aku makan ‘mee kembang’.. haha.
    apekebenda namenye tu. LUPA. yang penting nice try la untuk hari itu. At least aku tak lah asek order ‘nasi goreng ikan masin’.. alhamdulillah.. di sebalik kesedapan, teringat palestin.. isk3.. SELAMAT BERTAMBAH IMAN, PALESTIN!

  2. 'uyun Says:

    dalam gambar2 ni, abah nampak buncit.. adakah ia benar????

  3. atok mu Says:

    siapa yg kutuk abah tu..sian abah tu penat besarkan budak tu.. pas tu dia kutuk abah dia .. eee budak ni nak kena tarik telinga ni

  4. YaQeen Ahmad Says:

    ek eleh…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: