Mawar Berduri 1

Seindah Mawar Berduri

Seindah Mawar Berduri

Suasana di fakulti mula sunyi sejak jam sembilan malam tadi. Selang sejam, kelihatan Pak Guard meronda di sekitar blok jabatan-jabatan di dalam kawasan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Raudah yang sedang mengelek buku terjengket sedikit apabila cuba membuka pintu kereta. Tiba-tiba buku-buku yang baru dipinjamnya petang tadi  jatuh bertaburan kerana kedudukannya yang tidak stabil.

Dia mendengus. “Aduh, jatuh pula,” buku-buku yang bertaburan tadi dipungut semula.

Mawar keluar dari kereta. “Itulah, ni mesti tak baca Bismillah.”

Raudah menyambut telahan Mawar. “Nak tolong, tolong sajalah. Aku tengah bad mood ni,” jawab Raudah. Raut wajahnya kelihatan sugul dan masam.

Mawar mula memetik kunci kereta dan menghidupkan enjin. Kereta Persona yang baru dua bulan dibelinya itu meluncur laju membelah kesunyian laluan di belakang Pusanika, UKM.

Mawar membuka perbualan. “Kenapa ni Raudah? Kau tak sihat ke? Atau banyak kerja?”

Dengan berat mulut, Raudah bersuara. “Entahlah, dua tiga hari ni rasa semacam sikit. Rasa berat kepala ni.”

Mawar tersenyum. Dia cuba untuk mencungkil isi hati Raudah tika ini. “Nak cerita?”

Rakannya itu memalingkan muka ke luar tingkap kereta.  Dengan melepaskan nafas sederhana, Raudah memberi respon. “Tak mahulah.”

bersambung…

YaQeen : Ada sesiapa mahu membantu menyambungkan kepada penceritaan saya? Hanya mengambil masa beberapa minit. Cerita pendek dengan lebih kurang 150-200 patah perkataan. Sesiapa sahaja boleh mencuba. Hantarkan ke ruangan komen yang telah tersedia.

Seperti permainan menyambungkan cerita. Kalau dulu main telefon karat, sekarang kenala cuba membina sesuatu yang berbaloi sedikit.

Games is fun!

Advertisements

15 Respons to “Mawar Berduri 1”

  1. 'uyun Says:

    “kenapa tak mahu?”

    “sebab aku tak mahu, tak mahulah, tak perlulah mendesak!” Dengan perasaan marah, raudah membuka pintu kereta lalu terjun keluar.

    “selamat tinggal mawar!”

    TIDAKKKKKKK!!!!!!!

    *dapat seringgit tak kalau sambung? ke banyak lagi $$$$$?*

  2. danishahumaira Says:

    “issh tak baik kau diamkan masalah, nanti jadi lain pulak”
    ” aku tak tau nak mulakan macamana, apa kata yaqeen teruskan je la cerita ni, sebab dia yang mulakan”

  3. YaQeen Ahmad Says:

    Dua-dua saya reject! Nak tergolek saya gelak dibuatnya.

    Huhu… Apa la korang ni. Tak memberi semangat langsung la. Sahutlah cabaran saya. hehe

  4. irhafiz Says:

    “Kenapa ni… macam risau je”, tiba-tiba terdengar suara yang agak garau.

    Raudah baru perasan, suara tersebut datang dari handphonenya. Dia amat mengenali suara tersebut. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang selalu menolongnya. Hamid memang suka menolong Raudah ketika dia ditimpa masalah. Tetapi mereka berkenalan hanya melalui telefon sahaja.

    Hamid berasal dari Terengganu dan sudah pun berumah tangga. Dia pun sudah agak tua. 23 tahun lebih tua dari Raudah.

    “Dah la tu, jangan bersedih… Orang kat Palestin tu lagi sedih. Takkan pasal benda remeh temeh pun bersedih jugak? Mereka kat Palestin lebih patut diutamakan. Kalau mudah-mudah, Raudah jenguk-jenguklah http://irhafiz.wordpress.com/2009/01/13/palestin-allah-akan-soal-kita/ “, kata lelaki tu.

    Raudah termenung… Benar juga kata Hamid. Seiras dengan kata-kata Einul Yaqeen agaknya.

  5. YaQeen Ahmad Says:

    Aduyay! Apa ni… Kang saya pula bertukar jadi benzita wanita…
    Takpe2.. saya setia menunggu maklum balas seterusnya..

    Thanks Hafiz, Raudah akan jenguk ke sana. Einul Yaqeen? Siapa tu? Abaikan…

  6. simple-shida Says:

    “ Okey, kalu cam tu, achik singgah 7E kejap ye. Nak beli cokelat cadbury. Untuk mengubat hatimu yang lara sepi lesu tu.. “ sengih Mawar sambil terus fokus pada pemanduannye. ( Achik panggilan untuk Mawar. )

    “ Yeah, aku nak makan ais krim lah. Ais krim coneto! Ehehe..”, getus Raudhah tetiba berubah wajah.

    “ Ambui! Cek bagi cokelat nak tambah lagi ye.. okey laa my fren punya pasal, small matter’, Mawar menjawab sambi tersenyum.

    Kereta di’parking’, Lalu kami beriringan melangkah bersama masuk ke kedai 24 jam ni. Kami terus menuju ke rak yang dituju dan ke peti ais krim. Setelah masing-masing senyum simpul puas dengan pilihan hati, kami melangkah kaki keluar.

    “ Jom, balik ye. Dah lewat ni. Mak achik bilang, anak dara tak elok tau kuar malam-malam “ Mawar membebel.

    “ Betui..betui..betui..” Raudhah menyambut plastik ais krim dan cokelat sambil meniru intonasi kartun popular Upih dan Ipin.

    “ Tapi, kita bilang, mak kita ada satu je. Ayah pun satu..ehehhe.. “ Raudhah tergelak sinis.

    “ Wah..wah, pandai ye buat lawaks malam ni. Nak jadi puteri lawak ke? Udah..udah, moh kite balik ye. Kang ada yang kena kunci tido di luaq’, Mawar pula mengomel.

    —————
    Seusai kami solat berjemaah isyak bersama. Kami berpelukan dan bersalaman.

    “ Achik, nape ye? Kalau tetibe hati kite rasa sedihhhh sangat.. huhu.. “ Raudhah mengeluh kecil.

    “ Em, sediss sebab ape? Banyak sebab, sediss pasal ur coursemates ke? Sebab family? Sebab masalah lain?,” Mawar memegang bahu Raudhah.

    “ Ntahlaa, tetibe rasa down season. Macam lemah je semangat.. semangat yang hilang.. huhu’, rintih Raudhah lagi.

    “ Agaknye, dalaman kena bius ni. Bius hati, bajai, sirami dan scan ada virus trojan kot..hehe.., “ tegur Mawar bersahaja.

    “ Yumkin juga laa. Sebab rasa jauh dengan DIA. Dah tu, ayat lazim, kejap on off je. Camne nak kuatkan?!’ Raudhah bersuara.

    “ Its okey.. putaran alam tu.. kejap kite rasa epi, rasa fun je.. tetiba sedih…keciwa..hehehe. Sudahlaa..achik nak mengemas nota untuk esok. Jangan ikut perasaan sangat ye. Just be cool..” Mawar melipat telekung dan menuju ke katilnya.

    Tok….tok.. pintu bilik diketuk.

    “ Assalamualaikum.. Achik…oh Achik.” Terdengar panggilan di luar.

    “ Ye…ye.. I’m coming. Waalaikummussalam” sambil Mawar membuka pintu.

    “ Oh, ya syauqah el wardah’. Lewat singgah bilik hamba?’ Mawar tersenyum sambil bersalamn menjemput sahabatnya masuk bilik.

    “ Maaf, Syauqah ada urgent things. Nak pinjam buku …

    ( haa, smbung lagi ye.. byk buku nk pk ni..hehe.. later kak smbung..roger )

  7. danishahumaira Says:

    “raudhah tak baik kau pendamkan masalah ni, nanti fikiran terganggu, susah kau nak study final exam dah dekat ni” raudhah tersenyum sedikit dia tahu mawar memang seorang yang pandai memujuk. ” mawar, aku tak tahu nak mulakan, ibu baru telefon aku beritahu adik lelaki aku telah ditangkap kerana disyaki mengedar dan menghisap dadah petang semalam, hancur hati ibuku dia menangis dan tidak tidur semalaman mengenangkan sikap adikku itu, mana ibu mahu letakkan muka semua orang kampung dah tahu kisah adik aku ditangkap polis”, raudah teresak-esak menangis, dia terpaksa memberhentikan kereta di bahu jalan. suasana sepi seketika………………….ada sesiapa ingin sambung di persilakan

  8. irhafiz Says:

    Sebenarnya dari jauh, ada seorang lelaki sedang memerhati. Tanpa sedar Raudah dan Mawar terus berkata-kata tanpa merasai kehadirannya. Umar Al-Mujahid memang begitu.

    Umar Al-Mujahid keliru. Hatinya direntap dua cinta berbeza. Sukar untuknya menilai kerana hakikat kedua-dua cinta itu indah di matanya. Antara cinta yang pasti dan tidak pasti, Umar Al-Mujahid akur pada situasi. Dia memilih cinta yang pasti berbalas daripada seorang gadis jelita.
    Kehadiran gadis itu benar-benar mengubat luka penantiannya. Dia tidak mahu lagi mengharap pada cinta yang tidak pasti daripada si dia yang dianggapnya tidak sudi. Umar sudah putus asa dengan cinta si dia. Namun, hatinya tak pernah mengerti. Bayangan si dia tetap juga menghantui.
    Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya berbicara. Antara dua cinta yang dicari bukanlah segalanya… Hatinya terkesima pada cinta Allah dan Rasul yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah dan da’wah yang pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan da’wah, cinta yang cuba diusir daripada hidupnya kerana terlalu kecewa dengan cinta si dia yang tak berbalas. Baginya, tarbiyyah dan da’wah lah orang ketiga yang merampas cintanya. Namun, tarbiyyah dan da’wah tak pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu memburunya saban waktu dengan perantaraan teman-teman tercinta,
    terutamanya yang sama-sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Ruparupanya, cinta Allahlah yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan da’wah.
    ‘’Hatiku milik siapa?’’ Umar Al-Mujahid terus mencari. Dia mengalami konflik diri kerana kurang persiapan hati untuk menempuh ranjau dan duri di universiti. Akhirnya, suara iman memberikan jawapan. Apakah dilema cinta yang dihadapi? Apakah rahsia dia boleh berinteraksi dengan imannya?
    Apakah kesudahan cinta Umar Al-Mujahid?
    Kepada siapa akhirnya diserahkan hatinya?
    Dan banyak lagi persolan yang tersimpul dalam episod hidup Umar Al-Mujahid.
    Rungkaian kepada persoalan-persoalan yang melingkari kisah ini akan membawa pembaca bertanya diri sendiri,
    ‘’Hatiku pula milik siapa?’’.

  9. hamimnasoha Says:

    Mawar menyorong kerusi kepada Syauqah, dia pula duduk di atas katil. Mawar bertanya, “Syauqah hendak pinjam buku apa?”
    Syauqah meramas-ramas jarinya. “Buku Biografi Muhammad bin Abdullah. Bolehkah?”
    Mawar mengangguk. “Kebetulan sekali, saya baru sahaja selesai membacanya.”
    Syauqah tertawa kecil. “Alhamdulillah, saya datang tepat pada masanya.”
    Mawar menyerahkan buku tersebut kepada Syauqah. “Kalau sudah selesai membacanya, bolehlah kita bincang bersama-sama isi buku ini.”
    Selepas mengucapkan terima kasih, Syauqah mohon untuk beredar.

    [Nota: perbualan pendek ini ditulis mengikut teori sastera Islami Surah Yusuf.]

  10. irhafiz Says:

    Cancelkan aje la dua komen saya di atas dan juga yang ni… just delete it. k.

  11. YaQeen Ahmad Says:

    terima kasih semua.. nampaknya kesetiaan saya tidak sia-sia. InsyaAllah akan edit dan menyusul Mawar Berduri 2 menerusi idea-idea hasil perkongsian kita ni.

    kak shida : thanks akak! banyak pula bahasa rojaknya. Nanti saya edit2 sket and touch up, key.. penyambungan yang best dan sempoi…

    kak lin : wah, marvelous lah idea akak kita ni. Maklumlah, orang banyak pengalaman dan membaca banyak novel. Okey kak, kesinambungan yang baik. saya pasti akan selitkan dalam cerita ini. mana boleh miss part2 yang emosi ni… hehe… Tunggu rabu depan untuk Mawar Berduri 2!

    irhafiz : ait! macam lari tajuk je hafiz? ke anda cuba menceritakan kisah cinta anda? dakwah dan tarbiyyah? menarik juga. Mungkin kita boleh petik idea ini di masa akan datang. *Tak perlu delete, saya hargai komen semua. Yang mana saya delete, bukan tak hargai, tapi mungkin tidak bersesuaian. (^^,)

    hamimnasoha : Advancenya… dah sambung pula untuk part yang berikutnya. bagus2! Seronoknya ada nota sekali.. Sementelahan saya amat lemah dan tak pernah mengikuti Kursus Surah Yusuf, harap sudilah mengajarnya kepada saya ye.. Banyak2 terima kasih… hehe (^_^)

    Untuk semua… wuhuuuu… thanks!

  12. irhafiz Says:

    tapi.. yg last sedutan dari satu novel…. just nak tgok penulis blog ni dah baca ke belum… sorry

  13. YaQeen Ahmad Says:

    Salam alaik dan selamat pagi semua. Ouh begitu ke hafiz. Kalau macam tu, saya memang belum membaca novel tersebut. Pembacaan ni lemah sikit. kalau berjaya baca dua muka surat daripada novel tu, dah kira hebatla tu. hehe..

    Antara kawan2 yang mengenali, akan rasa pelik bila… “Hah? Aqeen nak pinjam novel? ada apa-apa ke ni?”

    Ada dua novel dalam KIV, Tunggu Teduh Dulu & Aku terima nikahnya. (^^,) Selamat membaca!

  14. irhafiz Says:

    Aku Terima Nikahnya bukannya suatu novel…

  15. 'uyun Says:

    aku macam kenal itu buku “muhammad bin abdullah…”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: