Kepada… kepada…

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Baru sekejap tadi saya terbaca blog seorang teman seperkenalan. Dalam tersirat ada yang tersurat. InsyaAllah beliau bakal disatukan dengan antara teman baik saya juga. Kepada En. Muslimin, andai anda terbaca entri ini, sambutlah salam tahniah daripada saya.

Kepada Cik Muslimat, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sepanjang hidup ini, andalah antara rakan terbaik saya!

Kepada yang bakal mendirikan masjid di sepanjang bulan ini, tahniah!

Kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan solekan, saya masih available untuk memberikan perkhidmatan. Tertakluk kepada kelapangan masa juga. (Tak pakar dan masih belajar. Yang ringkas sahaja ya..). Alamak! Terpromote sudah…

Kepada rakan-rakan serumah Al-Hamra’, semoga kita bahagia duduk bersembilan sekarang. Nama sahaja duduk bersembilan, betul-betul susahkan kita nak duduk bersembilan dalam satu ruang tamu. Sangat bersembilan lah kita ni. Maklumlah, Mai satu-satunya orang Negeri Sembilan.

Kepada Atuk dan Atuk perempuan yang berada di Muar, Aqeen doakan Atuk bahagia di rumah. Rindu nak dengar alunan azan Atuk. Rindu nak jemaah sama di Masjid Simpang Lima Pekan, Bukit Gambir. Rindu nak berterawih, berjalan pulang sama-sama dengan Atuk. Rindu nak kacau Atuk.

Kepada Atuk di Senggarang/Batu Pahat/Kluang/Kuantan/…. banyak sangat rumah Atuk belah abah ni. Sebab anak-anak atuk semua berebut nak ajak atuk tinggal bersama. Bahagianya Atuk…

Kepada adik-adik Ayong, entah nak cakap apa ek. Belanja Ayong burger, boleh?

Kepada… Kepada… Speechless la…

Banyaknya kepada… Kepada diri sendiri, semoga dapat jaga kesihatan. Makan banyak sikit. Sila naikkan berat badan supaya tak melayang bila berjalan. Apakah?

YaQeen : Melihatkan rakan taulan beransur-ansur naik pangkat (daripada Cik kepada Puan), saya merasakan diri sudah…. semakin 17++ =p


Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: