Separuh Kaki

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Saya baru sahaja menghabiskan kelas yang ketiga untuk hari ini. Malam ini, InsyaAllah saya akan mengadakan kelas tambahan untuk para pelajar yang mengambil subjek Mathematics 1.

Pada awal pagi, para pelajar yang mengambil subjek Mathematics 2 kelihatan lesu di dalam kuliah. Tidak seperti sebelumnya, ceria dan banyak bertanya. Mungkin juga topik yang kami pelajari hari ini rumit dan bosan sedikit iaitu Had dan Keselanjaran (Limit) walhal saya sukakan topik ini.

Tidak sempat untuk berfikir spontan dengan apa cara untuk menukar situasi tersebut, saya habiskan kelas dengan pengumuman bahawa Jumaat ini bakal saya adakan kelas tambahan untuk persediaan Ujian Satu.

Saya terfikir-fikir apa cara untuk ubah suasana lesu itu. Suasana ini telah menggambarkan apa yang bakal berlaku pada kelas yang berikutnya.

Bila tiba sahaja ke kelas yang kedua, betullah telahan saya tadi. Para pelajar masih dalam mod percutian Raya Cina yang panjang pada minggu lepas. Bukan mereka yang beraya, ada-ada saja. Ada la dalam 20% yang berada di awang-awangan, namun saya tidak puas hati juga. Saya mahukan 95% konsentrasi mereka kepada isi pengajaran pada hari ini.

Dalam kelas yang terakhir pada hari ini, setengah jam sebelum tamatnya waktu kelas, saya diam sejenak dan tarik nafas dalam-dalam sebelum membuka cerita. Saya mencelah ketika salah seorang daripada mereka menulis jalan kerja Matematiknya di papan putih di hadapan kelas.

Dengan nada suara yang sederhana, saya mula menyusun cerita. “Bila saya tengok kamu semua, teringat saya ketika masih menuntut di matrikulasi.”

Masing-masing bertumpu ke arah saya. Bila cerita saya, pasti berminat. “Kamu tahu tak, bila kamu masuk di UniKL ni, separuh kaki sebenarnya sudah berada di Perancis,” mereka mentertawakan saya. Mustahillah separuh kaki dah ke sana, agaknya itu fikir mereka. Ataupun mereka tak faham sebenarnya apa yang saya siratkan.

Saya menyambung, “Saya selalu teringat, mak saya dulu selalu kata, kalau dah di matrikulasi ni separuh kaki dah ke universiti.”

Sambil tersengih, saya menyambung lagi.  “Saya seperti kamu juga dulu, bila mak saya kata begitu, saya mengejek juga, betul-betul sama seperti kamu.” Bila terdengarkan itu, mereka terdiam dan memberi tumpuan. Nampaknya seakan saya mahu sampaikan sesuatu yang serius walau nadanya seperti bergurau.

Saya mengenggam tangan yang kian sejuk. Gemuruh kerana ianya peribadi untuk diceritakan. Namun, ini peluang saya untuk membuka mata mereka betapa payahnya saya mahu berada di depan mereka ini.

Suara saya tidak kuatkan seperti biasanya. Memadai sederhana dan lembut memandangkan saya sudah kuasai konsentrasi mereka 100% kali ini. Berjaya!

YaQeen : Ada sambungan pada cerita ini. Kisah kepak ayam.




Advertisements

2 Respons to “Separuh Kaki”

  1. dragon ball Says:

    pehh makan sampai pinggan pun nak di bereskan sekali.. sedap tul dia makan tak ingat kat abang kat sini .. huhuhu
    tak apa tak lama lagi dapat makan nasi minyak free

  2. YaQeen Ahmad Says:

    Hurm, nasi minyak kena beli. Nak dapat belanja lambat lagi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: