Cerpen Saya? Bukanlah…

Tiada coretan istimewa tika ini.

Hanya lambakkan ‘tasks‘ yang semakin bertambah sekian hari. Semakin sarat menghantui benak mahu menguruskannya sehingga tahap ‘done!‘.

Difikir-fikir hening pagi tadi, urusan dunia memang tidak pernah selesai. Gagal benar jika mahu berkata “Ah!” kepada kerja-kerja. Antara mahu tidak mahu untuk meng’50-50’kan urusan dunia dan akhirat juga. Bagaimana ya? Saya sendiri semakin jarang melangkah ke musollah lewat ini gara-gara kerap pulang dari pejabat selepas waktu Isya’.

Mahu dirungut, kerja di pejabat Lillahi Taala juga. Ini belum ada keluarga lagi. Cemburu benar melihat ada antara rakan kerja yang berjaya pulang ke rumah setelah selesai waktu pejabat. Mungkin sementara sahaja sementelahan diri masih mentah dalam dunia perguruan dan pendidikan.

Banyak perkara juga saya fikirkan lewat ini. Kalau tidak tersusun mahu juga saya bungkam tiba-tiba. Semangat harus dikekalkan walaupun tiada peningkatan. Februari ini akan menjadikan saya harus berkerja 95% efektif dalam kehidupan seharian. Bukan dalam kerjaya sahaja, malah dalam kehidupan peribadi juga. Aqeen boleh! Chaiyo’2..

Rindunya pada percutian. Kan seronok kalau-kalau dapat menghirup angin segar Tanah Tinggi Cameron. Tidak pernah ke sana. Nantilah, suatu hari…

Mak mula menegur, anak dara mak ni, bertambah pula jerawatnya. Isk! Dush2! “Banyak kerja la mak,” itu jawab saya. Dalam seminggu ni, boleh kira berapa kali sahaja saya makan nasi. Bukan diet atau apa. Tiada selera. Betullah cikgu saya kata dulu-dulu, kalau banyak kerja, memang boleh hilang selera makan. Sebab itu, kebelakangan ini, saya jadi pemilih sedikit.

Haish… kalau dah bingung-bingung macam ni kan, ada baiknya saya menghilangkan diri. Ke tempat yang tak dikenali. Ada masa, suka saya buat kerja ‘gila-gila’. hehe…  banyaknya berangan! Takpelah, mak kata takpe. Berangan tak keluar modal. Betul tak?

Enak... Enak... Enak...

Enak... Enak... Enak...

YaQeen : ‘Uyun kata muka saya muka tiada perasaan. Tapi orang selalu perasan kalau saya bad mood. Iqah kata saya ni happy je. Ceh! Mana satu yang betul?

Dikirim dalam Ceritawara. 2 Comments »

2 Respons to “Cerpen Saya? Bukanlah…”

  1. ADLI Says:

    Salamun’alaik Aqeen.

    Sibuk bebenor Aqeen skrg. Berat juga tugas lecturer ni ye :p Tak mengapalah, bukankah kerja itu ibadah juga? Lakukanlah dgn tulus lillahi ta’ala… Tapi suatu hari Aqeen kena cari masa utk bercuti, utk meredakan tekanan…
    Bagus juga Cameron, pemandangan yg indah. Dpt menambah rasa takjub kita dgn kebesaran dan kekuasaan Allah S.w.t. SubhnAllah.

    Bagi saya Aqeen, adalah org yg alim, bijak dan friendster. Adakalanya garang… hehe….

  2. C@h@Y@ Says:

    Salam Adli. Begitukah saya? Bukan adakalanya garang, tetapi selalu. Huhu.. Mungkin saya yang kurang bijak menguruskan waktu.

    Kan mat kata takpe. Belajar perlahan-perlahan. Terima kasih sudi membaca di sini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: