Aiyun Azinasrah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

“Aku selalu ingat kata kau, bila kita diberi harta, Allah akan uji kita dengan harta pula.”

Semasa di dalam kelas, saya menerima sms daripada ‘Uyun. Dua tayar Kelisanya pancit dan bocor. Terlalu sedih baginya kerana ini pertama kali dia berhadapan dengan kondisi seperti itu.

Saya membalas mesej tersebut, “Aku selalu ingat kata kau, bila kita diberi harta, Allah akan uji kita dengan harta pula.”

Sabar. Itulah perkataan yang unggul yang perlu kita ulang-ulang untuk mengunci diri ini bila ada musibah yang berlaku. InsyaAllah, bila ada masalah yang menimpa kita, sebenarnya Allah nak bagi kita pelangi, Yun!

Jadi Pemimpin yang Turun Padang

Pada pilihan raya kampus yang lepas, Azim telah layak untuk duduk sebaris dengan barisan pimpinan di UTM, Skudai. Syabas. Pendek sahaja pesan saya. Jadi pemimpin yang terus kepada rakyat. Seperti Saidina Umar b. Al Khattab. Dia tegas tetapi isi hatinya lembut, seperti Azim juga.

Adik-adik yang Berhati Mulia

Adik-adik adalah antara insan yang saya sayangi. Ada empat orang, ‘Uyun, Azim, Anas, dan Fiqrah. Kesemuanya saling membantu walau dalam apa cara apabila berada dalam kesusahan.

Dahulu, selaku anak sulung, saya yang paling sering dimarahi abah dan emak kalau-kalau adik-adik melakukan kesilapan. Kepada mereka jugalah saya melepaskan kegeraman. Namun, adik-adik jugalah yang sering memihak kepada saya. Kami ada kerjasama.

Seawal umur 12 tahun, saya kumpulkan adik-adik, pesan pada diri dan mereka. “Ingat, jangan disebabkan harta kita terpisah dan bergaduh.” Mungkin terpengaruh dengan cerekarama. Namun ini pengaruh yang baik.

Adik-beradik mesti ada komunikasi yang baik. Berkongsilah masalah. InsyaAllah kita akan mudah mendapat cara penyelesaian. Saya selalu berpegang, tak semestinya perkongsian itu mendatangkan penyelesaian, namun ia melegakan.

Aiyun Azinasrah – Ainul, ‘Uyun, Azim, Anas, dan Fiqrah.

Aiyun Azinasrah

Aiyun Azinasrah

Wallahua’lam.

YaQeen : Sebenarnya tengah homesick… Penyakit yang sukar diubati. (!_!)

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 15 Comments »

15 Respons to “Aiyun Azinasrah”

  1. 'uyun Says:

    memang betul.. allah akan menguji kita. insyaallah, selagi mana kita thabat (tetap) dengan perjuangan, selagi itulah kita pasti dan pasti di uji. namun , tulah, kuat mana pun kita, kadang2 kita kalah dek kerana harta yang bukan milik kita..

    wallahualam…

    (aku sambung bayar start bulan 2.. ADEH!)

  2. C@h@Y@ Says:

    hehe pandai2lah.. aku dah lama bersusah. Tapi gembira sebab usaha yang kita lakukan sendiri, kepuasannya berbeza Yun!

  3. danishahumaira Says:

    jikalau tiada dugaan dalam hidup, bermakna tiada warna warni dalam kita mengharungi kehidupan seharian

  4. wardah_asrar Says:

    bahagia mempunyai adik beradik yang sekufu..dan family yang penyayang

  5. C@h@Y@ Says:

    Adik-beradik mesti sentiasa peka untuk mengsekufukan diri. Tidak bangga diri mahupun tidak rasa rendah diri. Masing-masing perlu ada sikap saling memerlukan. Dan masing-masing perlu ada sifat saling ingin melengkapi.

    Bila ada yang tidak cukup, ada yang menambah. Bila ada yang sedih hati mesti ada sikap menyelesakan.

    Kalau Teah nak tahu, sebanyak cakap Azim (Azim kan becok), dia adalah adik Aqeen yang paling pandai memujuk bila Aqeen sedih. Walaupun pada mata kasar, suka mengejek dan menyakat (rindu pula pada Azim).

    Adik-adik kita ada istimewanya. Kita kena hargai itu. Dari yang berumur 10 hinggalah ke 22 tahun. (^^,)

    Bila Iqah geram kat aqeen hari tuh, dia kata apa, “Ayong ni kakak yang mitahli… tapi paling tak baik sekali.” Kelakar kan? Bahasa budak ni sebiji macam Sin Chan. Cuma ada upgrade sikit la. Ketika umurnya 6 tahun pun, orang boleh gelak besar. Budak kecil yang cuba bercakap seperti orang besar, tapi haru-biru bahasanya. hehe

  6. 'uyun Says:

    fiqrah’s term and item…

    rasional dikatanya tradisional

    zalim dikatanya lazim

    dan banyak lagi lah.. oh fiqrah yang ‘TOM’!

    Once upon a time….
    aku dengan fiqrah duduk rumah berdua-duaan.. Yang lain pergi kerja dan sebagainya. Diwaktu pagi yang sunyi, disebabkan ke’boring’an yang tak tertanggung lagi, aku mengajak fiqrah membersihkan akuarium di porch kereta.

    Fiqrah- She was six years old at that time, very young, cute and innocent.

    “Iqah, tolong angah keluarkan ikan ni. angah nak bersihkan air dalam akuarium. Dah sebiji macam kolam ikan keli (almaklumlah, kolam ikan keli kan macam …… kan),” Aku memanjat kerusi untuk mengeluarkan ikan. Akuarium itu setinggi aku lebih kurang.

    Aku berhempas pulas menyauk ikan kaloi itu memandangkan die ‘bergurau’ denganku.

    Fiqrah menungguku sabar. Selepas menyauk, ikan kaloi itu aku masukkan ke dalam mesin basuh besar yang telah aku isi dengan air paip tadi (sebab tak jupe besen/baldi kat rumah ni ha, ntah pergi mana ntah. Fiqrah pun tak tahu, aku lagilah!)

    Sedang aku sibuk2 memberus dinding akuarium yang kotor ntah ape nak dikato, fiqrah bertanya padaku sesuatu yang buat aku terguling2 kelemasan di atas lantai mendengarnya.

    “angah, mesin basuh ni iqah nak putar berapa minit?” innocent sungguh fiqrah ketika itu.

    “WA!!!!!” aku menjerit dan berlari ke arah mesin basuh itu. Jarinya telah diletakkan di tempat pemutar. Tinggal PUTAR!!. HAHAHHAA>> AKU GELAK PALING BESAR. Bercucuran air mataku (sebab gelak banyak sangat) mendengar soalan itu dan aku memeluknya lega. Sedang ia terpinga2…

    Oh fiqrah, sungguh suci hatimu, kudus dan lurus. Nasib baik dia tak sempat memutarkan mesin basuh itu, Kalau tidak, ikan kaloi setakat tinggal kenangan.

    #to ikan kaloi : Terima kasih menjadi peneman setia kami selama beberapa bulan. Terima kasih juga kerana mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Kau jua makhluk, sama seperti kami, berzikir dan merenung nasib diri. Namun sekarang, kau telah tiada, ikan sepat mengambil tempatmu. Sabarlah wahai ‘kaloi mesin basuhku’, kita bertemu di ‘sana’ jua. Insyaallah. Amin…”

    ((to kqeen: adakah kau tahu kewujudan ikan kaloi ini, sekiranya tidak, baik kau insap! haha))

  7. YaQeen Ahmad Says:

    ahahha.. aku mana kenal ikan! lagi mau tanya! hampeh!

  8. YaQeen Ahmad Says:

    Satu lagi cerita.

    Anas pula. Masa tu dia berusia lima tahun, belajar di TASKA, Rengit. Waktu tu abah masih mengajar di Sek. Men. Rengit. Anas melalui zaman pra sekolahnya di TASKA sebab dekat dengan sekolah abah. Hanya ambil masa 10 minit saja berjalan kaki ke TASKA tersebut.

    Masa kecil, Anas lah yang paling cerah kulitnya antara kami. Maklum la, yang lain berkulit mendung sedikit. hehe

    Nak dijadikan cerita, sewaktu Anas (anak Cikgu Ahmad) dan kawannya (anak cikgu juga, anak Cikgu Mualim) berjalan kaki pulang dari sekolah, mereka ternampak seekor anak binatang yang terjatuh ke dalam longkang.

    Anas dengan susah payahnya mengambil anak seekor binatang itu dan memandikannya kerana melihatkan anak seekor binatang itu comot dan kotor (mandikan kat sekolah abah agaknya, sebab tak tau dia mandikan anak seekor binatang itu di mana).

    Kemudian mereka berdua pun sampai ke sekolah dan tempat mereka selalu berehat dengan selamatnya.

    Pantas anak Cikgu Muallim menceritakan perihal tersebut kepada bapanya dengan rasa taksub bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang baik pada hari ini.

    Apa lagi, terkejut beruk dibuatnya Cikgu Muallim lalu memberitahu abah. Melekek-lekek mereka ketawa dan sesampainya abah di rumah terus menceritakan kepada kami sekeluarga.

    Sebelum itu, dalam perjalanan pulang ke rumah, di dalam van (masa tu abah pakai econovan) abah bertanya pada anas, “Kenapa anas mandikan anak anjing tu?”

    Dengan muka tak bersalah, Anas menjawab. “Anas kasihan tengok dia terjatuh dalam longkang.”

    HAHA… anak anjing?! Ouh adikku… mulianya hatimu. Aku kalau tengok anak anjingpun, mahu jauh lima meter melarikan diri.
    How innocent my lil bro…

    ((Yun, banyak kisah boleh cerita dan ingat-ingat balik kan? boleh buat buku la… Bang Nas terer nampak ular tak cerita lagi… hahaha… Boleh buat animasi “anak-anak Cikgu Mad…”))

  9. 'uyun Says:

    hahah
    lawak giler budak2 hingusan itu.. apekah…

    Bolehlah buat buku lawak. aku jadi editor.

  10. 'uyun Says:

    bagi yang tak faham kenapa fiqrah nak putar mesin basuh tu.. sebab die fikir kakak die nak bersihkan ikan juga.. (ni bagi mereka yang tak faham ceritera di atas). bagi yang faham.. GOOD RIGHT BRAIN..WELL DONE

  11. muhammadridwanto Says:

    salam,
    wah, bahagianya keluarga ini.

  12. YaQeen Ahmad Says:

    Abg wanto, pada pengamatan saya, abah ada trend dalam yg mendidik dan merapatkan kami adik-beradik. Mungkin saya boleh kongsi di sini. Maklumlah, rakan-rakanpun ada yang akan naik pangkat jadi ayah ataupun dah ada yang jadi ayah kan… Ni antara amalan ayah saya (yg mana saya dapat imbau2 kembali masa ni) :

    1) Setiap pagi, ketika masing-masing sibuk menguruskan diri untuk ke sekolah (dari kecil sampai saya besarpun), abah akan buka radio atau mp3 di komputer untuk alunkan selawat2 atau bacaan Al-Quran. Sekarang hobi abah, pagi2 dia akan membuka youtube atau channel2 radio online untuk dengar ceramah agama. Yang liat2 kat rumah tuh secara tak langsung dengar juga la kan. (termasuklah yang menaip ni.. hehe)

    Abah mengalu-alukan dan menyambut kedatangan pagi dengan melodi yang sayup-sayup dan mendamaikan hati.

    2) Abah selalu buat aktiviti secara berkumpulan. Apa yang penting? kerjasama…! (cam wonder pet punyer lagu tuh..)

    Urusan rumah, anak2 perempuan akan diarah ke dapur, anak2 lelaki menguruskan kekemasan rumah. Kerja2 berat semua bg pada anak2 lelaki. Sebab tu Azim tough sket kot. Ye ke? hehe. Mak sebagai ketua kaum perempuan di rumah, abah sebagai ketua anak2 lelaki.

    Wujudkan hobi untuk satu famili. Jadi boleh kita dating together2 anak-beranak. Kegemaran keluarga kami, piknik dan memancing. Jangan terkejut, ketua pengurus kelab memancing keluarga kami bukan Azim, bukan Anas, bukan Abah pun… Siapa? Mak, Puan Siti Jariah bt. Jazuli…

    3) Abah adalah pencerita yang baik. Dia orang sejarah, bahasa Melayu, dan Sastera. Masa kecil2, masa saya umur 5-6 thn, adik2 bwh pun jarak xberapa jauh kan, abah akan ajak kami baring sama-sama di katil. Abah ceritakan kisah nabi2. Satu hari satu cerita. Anak2 abah ni kan semua banyak mulut, jadi seronoklah kalau abah melayan pertanyaan kami.

    Abah kami ni, bukan tak garang. Fuyyoh! garang sangat tau… Kaki pernah ke perut tuh… maklum lah orang jawa kan… (saya je yang pernah kena..) bukan nak mengajar semua begitu, tapi maksudnya, nak displinkan anak2 bukan senang kan. Lagi kalau dapat anak macam saya ni.. mesti pening. (masa kecil perangai macam lelaki).

    Dan masa kecil kami, abah tak mewahkan kami. Kami rasa susah juga. Kami bertiga beradik, aqeen, ‘uyun, azim pernah merasa jual gula-gula, jual tisu, jual maggi, jual rambutan, jual aiskrim, dan lain-lain sbg perniagaan kecil2an kami di sekolah.
    (^^,)

    kesimpulannya, tak semua keluarga, kalau bahagia.. kena bahagia sentiasa. Lumrah kalau ada yang tergigit. Tak tergigit pun, kadang2 kena gigit dan cubit olok2. Bagaimana ketua keluarga bertindak dan mengurus, itu yang penting!

    Dan sebagai anak yang diberi pelajaran, kita mestilah mengaut yang mana baik, yang mana buruk, perbaiki ia dari masa ke semasa. Nobody is perfect.. menerima seseorang mesti dengan kelemahannya, bukan kelebihannya…

    Saya tak berkeluarga lagi dan tiada pengalaman. Setakat ni boleh cakap2 saja. Maafkan saya kalau ada yang tak berkenan. Cuma mampu nak share sikit saja di sini. Pastinya rakan taulan ada pengalaman yang tersendiri dan pastinya banyak perkara baik boleh dikongsikan.. (^^,) Saya sentiasa berdoa agar dapat mencontohi teladan2 baik mak dan abah.

    Abah kalau rindu pada saya, dia akan lafazkan… (^^,)

  13. muhammadridwanto Says:

    wah, memang menarik….tahniah, dah bersyukurlah kita dengan nikmat yang telah Allah kurnia kan ini …
    Alhamdulillah

  14. 'uyun Says:

    dan sememangnya makan menggunakan talam itu suatu sunah yang telah diajar pada kami sejak kecil. Abah kata ‘yok makan kadum-kadum” (ni ntah bahasa brazil ke, jawa ke, selatan thai ke, saya pun tak tahu, yang penting, KADUM-KADUM). Jadi, dah besar panjang macam ni, kami tak kalut kalau tak ada pinggan. Ada talam pun jasilah. Tapi sekarang tugas saya yang mengajar anas dan fiqrah makan bersama dalam talam. Khuatir mereka tak biasa esok besar. yelah, sesetengah orang geli untuk makan bersama dengan talam. (sebab saya telah banyak berhadapan dengan pengalaman ini-tapi saya okey je kalau diorang pun tak nak makan sekali. Cara orang berbeza2).. Jadi, marilah kita kadum2 bagi menjimatkan wang ringgit. hehe.. yang paling penting Silaturrahim dan keberkatan.

    Juga kepada suami isteri yang telah berumah tangga. Rata-rata saya perhatikan/selidik, antara tips penguat kasih sayang antara suami isteri ialah makan sama2. (teringat kak pah yang dah kahwin 15tahun, makan dengan suami dalam pinggan yang sama. suaminya kekok kalau tak makan sepinggan dengan kak pah, even makan atas meja sekalipun! Patutlah segan dan tak makan dengan kami.. rupe2nya makan seinggan.. hihi.. sorry kak pah, pinjam story..)

    Yok makan kadum2.. (ni untuk mahram saje…)

    sekian, adios. Selamat meneruskan perjuangan..

  15. YaQeen Ahmad Says:

    betul3.. makan dalam talam cepat kenyang…!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: