Restoran Bisik-bisik

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Ada tempat makan baru untuk dikunjungi. (^^,).

Sumber : Utusan Online. (untuk melihat gambar restoran, klik)

BATU PAHAT 15 Jan. – Sebut sahaja nama Bisik-Bisik Restaurant & Cafe, masyarakat Parit Raja pasti berasa bangga kerana di kawasan mereka terdapat satusatunya restoran bertaraf eksklusif untuk keselesaan pengunjungnya.

Justeru, nama itu memang tidak asing bagi masyarakat Ayer Hitam dan Sri Gading dekat sini sejak restoran unik itu mula beroperasi Julai lalu di tengah-tengah pekan Parit Raja. Pengurusnya, Khairul Irwan Mohd. Tajudin berkata, keunikan dan eksklusif premisnya merangkumi semua aspek dari segi keenakan juadahnya hingga ke ciri-ciri seni bina bangunan restoran itu.

Menurutnya, reka bentuk ruang bangunan itu yang boleh memuatkan 150 orang dalam satu masa, diambil dari Indonesia yang menekankan ciri-ciri ala kampung. “Satu lagi kelebihan dan keistimewaan yang kita ada ialah dari teknologi sistem post untuk tempahan makanan di mana makanan yang ditempah pelanggan menerusi pelayan semuanya terus ke tukang masak,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata, sistem itu boleh menjimatkan masa dari segi komunikasi selain dapat menyiapkan juadah yang dipesan dalam tempoh lima hingga 15 minit bergantung kepada jenis makanan yang ditempah.

“Antara resipi tempatan yang disediakan termasuklah ‘nasi ambeng’ pelbagai jenis mi dan masakan barat,” katanya . Selain itu, kata Khairul Irwan, pihaknya turut menjaga mutu resepi iaitu setiap resipi yang disediakan mestilah menepati standard termasuk dari segi ramuan dan cara memasak.

Katanya, pihak pengurusan turut menitikberatkan soal kebersihan dan keceriaan dengan matlamat memberi kepuasan dan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Menurutnya, antara resipi yang menjadi pilihan ramai ialah set ikan siakap kukus atau goreng, masak lemak labu, kari sayur dan pilihan sama adad sotong masak hitam, udang goreng atau ayam kampung.

“Untuk set tersebut ia hanya berharga RM38.50 dan sesuai untuk hidangan empat orang,” katanya. Khairul memberitahu, ikan siakap yang dihidangkan adalah ikan laut segar yang ditempah dari Johor Bahru. “Kita turut menyediakan menu-menu istimewa termasuk mee rebus tulang, soto, mi hun, soto dan banyak lagi,” katanya.

YaQeen : Nak ajak famili untuk meraikan hari jadi mak dan Anas. Terima kasih Dira untuk maklumat ni.

7 Respons to “Restoran Bisik-bisik”

  1. nadira Says:

    same2 sayang

  2. 'uyun Says:

    salam

    huhu.. haritu aku berhenti kat BISIK2 sebab ngantuk drive.
    maka aku berhentilah di BISIK2 itu, lanats meng’order’ kopi panas satu.. (untuk elak mengantuk sebab aku sorang drive) huh…maka bermulalah ceritanya aku tunggu hampir 20 minit untuk secawan kopi bungkus itu… awat lame sangat, aku buat air kopi abah kat rumah secawan tak sampai 5 minit da siap. huh!

    maka, kopi bungkus ku telah pun siap, ek? dalam cawan polisterin kecik kemetot ni? (mule2, bersyukur juga, takpela, kecik pun kecikla, asalkan aku ok nanti.. )
    sampai kat kaunter, RM 3.00 untuk secawan kopi. huhu.terima kasih wahai bisik2..

    lantas aku pun bertaaruf lah dengan si pelayan. dipendekkan cerita, milik asal bisik2 ialah md aziz tu (dun sri gading) tetapi telah diselia oleh orang lain.

    memang menawan, memang cantik, memang selesa dan bergaya, memang dan memang..

    tapi sebagai sahabat baik cik nur, marilah kita makan di TUAH BERSAMA SEAFOOD yang mana ia hanya 500m dari bisik2 tersebut dan tuan punye restoran ialah penyokong kuat islam. Wallahualam..

    bak kate nabil ‘lu fikir la sendiri’

    *sekadar pandangan daripada insan yang dho’if lagi dho’if*
    wassalam.

  3. 'uyun Says:

    Bukan menjatuhkan mane2 perniagaan orang. cume kita kena fikir panjang2.. disebalik makanan yang sedap dan mahal. namun ada makanan yang juga sedap namun harganya berpatutan, mana satu kita perlu pilih. Dan satu lagi, nikmat makan yang dikurniakan ini, perlu disyukuri dengan baik, sambil makan, sambil teringat ibu-ibu, bapak-bapak, atok-atok, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak di Palestin.. adakah hati kita akan tetap berbisik “mari cuba BISIK2”.. Wallahualam..

  4. C@h@Y@ Says:

    hehe.. panjang tul komen hang ni. patut aku copy paste dan hantar kepada bisik2 tuh. Meh nak bisik2 sket…. Kat Selindung Bayu BP lagi best kan? kan? kan? Ini pertama kali satu keluarga kita menggemari tempat makan yang sama. Kira macam marvelous la! Teringat kerang berlada sampai kita hirup2 sambalnya…

    Lepas tu, pari bakar dua ekor yang sampai kita tak larat nak habiskan walhal sedapnya ikan pari bakar tersebut…. Jumlah! Kita gi Selindung Bayu jek… kan? kan? ‘Uyun…

    Teringat pula kat Fiq, lepas makan terus tidur. Hai… sepinggan kerang berlada boleh seorang satu pula! Azim pula dah macam tong… orang tak habis main hulur je pada dia… selalu hulur nasi la kan.. sebab lauk kita taram habis-habisan….

    Ouh kerang…. Sesungguhnya aku merindui kehadiranmu….

    Moist, good texture, and spicy!

  5. C@h@Y@ Says:

    Lepas tu… ada sepasang kekasih adik beradik yang bersin-bersin sampai ke pagi… Guess who?! hehe…

  6. 'uyun Says:

    ha, yang tu berpatutan.. bagus2 ad selindung bayu ni.. kite kayakan orang yang tak kaya2 ni. tapi kaya dengan budi bahasa.. bagus2.. terima kasih, sila datang lagi..

    (apa kate ko usha dulu bisik2 tu, mane tau ko nyer layanan tahap marvelous….)

  7. C@h@Y@ Says:

    Nape? aku nampak cam mak datin ke masuk bisik2 tu.. hehe… Takpe, dia layan adik aku gaya lagu tu, xmau kawan dia! (bisik2 tu la) (^_~)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: