Selamat Hari Lahir Mama!

13 Januari 2009.

Pedih mata

Menahan rindu pada seorang wanita

Yang melahirkan aku

Menyusukan aku sehingga kenyang

Tika sang bayu datang

Sempatku berpesan

Sampaikan salam rinduku pada Mama

Di mejaku ini

Wajah kau selalu menjadi pengubat rindu

Setia menemani abah

Suka duka bersama

Membesarkan kami lima beradik

Dengan sabar yang jitu

Apa yang buat aku selalu bergenang air mata

Tika sakitku menyinggah

Tika itu kau tiada di sisi

Jika tidak

Masakan bubur sudah tersiap

Minyak angin sudah kau sapu

Minumku sudah tersedia

Makanku, kau yang suap

Mama, terima kasih.

Selamat Hari Lahir kepada mama, Puan Siti Jariah bt. Ahmad, wanita paling jelita di mata Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad.

YaQeen : Setiap hari pun bergayut dengan mama.

Dikirim dalam Ceritawara. 6 Comments »

6 Respons to “Selamat Hari Lahir Mama!”

  1. Ija Says:

    Sayu hati terkenang emak di rumah…

    moga doa kita tak berhenti untuk ibunda kita…

    p/s : dengarlah lagu azimat ibunda – far east

  2. C@h@Y@ Says:

    Huhu.. Penyakit homesick susah nak hilang. Nilah khasiat daripada suapan mak…

  3. wardah_asrar Says:

    salam..
    betul2…bila berjauhan lagi rindu..nak kata rapar sangat,xlah..tapi ibu@ummi@mak@mama…adalah insan paling istimewa..tanpa dia,xdelah kita sekarang nie..

  4. C@h@Y@ Says:

    Betul. Mak adalah tulang belakang buat saya. Beliau menjaga saya sesungguh-sungguhnya selepas saya menjalani pembedahan pada Oktober 2004. (^^,) Genggaman mak, masih segar dalam ingatan bila saya menahan sakit.

  5. nadira Says:

    huaaaaaa……………cam masuk kelas sastera lahhh

  6. C@h@Y@ Says:

    Sajak ni langsung tak sasteralah aku rasa.. Hurm.. Bahasa robot namanya. Hehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: