Pindah Pejabat

Semalam tak larat nak pindah barang semua. Mujurlah ada tentera-tentera MFI datang membantu. Kebetulan pula mereka ni sedang diorientasikan. Jadi, kira saya bernasib baik dapat pertolongan daripada mereka mengangkat barang-barang daripada Bilik Pre-France ke Unit Matematik.

Tapi hari ni, belum sedia lagi nak pindah barang kesemuanya. Hanya tinggal komputer sahaja yang belum dialihkan. Semata-mata nak menghayati dua hari lagi sebelum semester bermula. Sudah tentu saya akan merindui tempat duduk sekarang kerana kerusi ini adalah yang pertama secara rasminya menjadi sandaran saya selepas bergelar full timer di MFI ni.

Sementelahan diri pun tak berapa sihat.

Termometer dimasukkan ke dalam telinga.

“Awak demam ni,” Dr. Nazim memberitahu.

“Oh, tak demam.”

“Eh, awak demam ni,” Dr. Nazim mengulangi. Saya memang tak berapa jelas tuturnya tadi. Mungkin mamai. Mungkin leka entah ke mana.

Dua hari mempertahankan diri, “InsyaAllah sakit sikit saja kot,” bisik ke dalam hati. Rupa-rupanya saya demam. Memang tak perasan. Balik ke rumah ada rasa terhuyung-hayang. Lena seharian tanpa sedar hari ini kena masuk kerja semula.

Badan menggigil tapi saya gagahkan untuk berbual-bual dengan rakan di sekeliling. “Teruk juga,” getus sendirian.

Persedian soalan-soalan peperiksaan akhir tahun masih belum di tahap done! Saya nak balik lewat lagi hari ini. Kalau sampai di rumah, asyik melayan pening, nanti satu kerja pun tak siap. Kalau boleh, semua kerja harus bertanda done! sebelum Sabtu ini.

Baru hari ini terasa bahang panasnya demam. Saat melemparkan pandangan ke luar tingkap pejabat, kelihatan semua objek bergoyang-goyang.

Esoklah pindah.

YaQeen : Mesti paling rindu borak-borak dengan Kak Lin dan cerita-cerita Hj. Kama.

Nota : Ada ucapan tahniah buat seorang sahabat. Tahniah…

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 2 Comments »

2 Respons to “Pindah Pejabat”

  1. nadira Says:

    siannya takde sape nk kumen kat sini..sy kumen la ye.kumennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!

  2. C@h@Y@ Says:

    sila komen dengan hati ceria… hehe.. kuman kumin kumon!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: