Sawariwaza

Tulisan Kanji Aikido

Tulisan Kanji Aikido

Sawariwaza

Selasa (7/01/09) : Sensei mengajar pelajar-pelajar baru untuk mengenali teknik asas, sawariwaza (standing step) iaitu kaedah berdiri yang betul. Tapak kaki kiri dan kanan berbeza arahnya dan kekuda perlu dalam keselesaan sendiri. Kedudukan tangan juga dalam keadaan bersedia dengan terbuka. Kesediaan itu adalah untuk menahan serangan lawan atau shomen (menyerang lawan).

YaQeen : Pertama kali tangan jadi bengkak. Mungkin sebab shomen atau semasa menahan tangan lawan. Sampai di rumah, berlatih sawariwaza 15 minit sebelum bersihkan diri.

Dikirim dalam Eksplorasi. 2 Comments »

2 Respons to “Sawariwaza”

  1. Suzalie Says:

    Suwariwaza adalah melakukan teknik aikido semasa secara berduduk (seiza). Suwari (duduk) waza (teknik), sitting techniques.

    Semalam kita berlatih Shuriyasi, Hanmi dan Kamae. Hanmi adalah posisi bersedia dalam Aikido dengan salah satu kaki (kanan: migi /kiri:Hidari) berada di hadapan, tangan hendaklah serentak sama dengan posisi tangan. Kalau kaki kanan, maka tangan kanan akan berada di hadapan. Apabila kembali ke keadaan asal secara bersedia dipanggil kamae.

    Kombinasi latihan ini akan membuatkan kita melakukan Shuriyasi iaitu dengan langkahan (omote) beserta pusingan (ura).

    Seperti sensei katakan semalam, asas ini amat penting dalam Aikido kerana semua teknik bergantung kepada kemampuan kita untuk melakukan omote dan ura secara spontan. Banyakkan latihan Shuriya secara bersendiri supaya pergerakkan anda menjadi satu kebiasaan apabila berhadangan dengan serangan seperti Shomenuchi (Serangan ke ke kepala), Yokomenuchi (serangan dari tepi ke muka), Katatedori (serangan dengan memegang tangan) dan sebagainya.

    Jangan lupa juga buat latihan Ushiro Ukemi (jatuhan ke belakang) dan Mae Ukemi (Rolling) bergolek…untuk memantapkan fleksibiliti.

  2. C@h@Y@ Says:

    Terima kasih Sensei. Masih lemah lagi untuk Ushiro Ukemi dan Mae Ukemi. Masih ada rasa takut-takut nak jatuhkan diri. Cepat sangat pening especially Mae Ukemi. Step asyik salah je.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: