Boikot! Satu Usaha Kecil

Sumber dipetik daripada : http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=2464

———————————————————————————————

Terkini : 17 lagi terbunuh dalam serangan terbaru pada hari ke 10.
Contributed by gunxx on Monday, January 05 @ 23:35:00 MYT
Topic: Berita Semasa

Moga di Syurga tempatnya...

Moga di Syurga tempatnya...

Note:
sumber : http://www.imemc.org

penterjemah : gunx

Selasa ,06/01/2009 – Kementerian Kesihatan Penduduk Palestin di Gaza melaporkan tentera rejim Zionios telah menyerang Semenanjung Gaza pagi semalam dan mengakibatkan 17 rakyat Palestin terbunuh.

Kementerian berkata antara 17 yang terbunuh pagi ini adalah lima orang anak dari sebuah keluarga tujuh orang, apabila pejuang-pejuang jet rejim Zionis mengebom rumah mereka. Medik melaporkan bahawa ahli keluarga tersebut dibiarkan mati bersendirian kerana ambulans-ambulans itu tidak dapat mengambil mereka kerana kereta kebal rejim Zionis mengawal di situ.

Pada hari Isnin, kereta kebal rejim Zionis telah mengebom rumah milik Arafa Abed Al Dayim, membunuh empat orang mencederakan sekurang-kurangnya 40 orang yang lain.

Sumber-sumber tempatan berkata, Abed Al Dayim telah terbunuh pada hari Ahad sebelum itu apabila ambulans yang beliau bawa telah diserang oleh tentera rejim Zionis. Warga Palestin berkumpul hari ini di rumah beliau bagi memberi penghormatan terakhir.

————————————————————————————————

Kekejaman Israel semakin berleluasa. Syukur saya panjatkan kerana muda-mudi kini sensitif dengan peradaban dunia yang bergolak lewat ini. Tahniah di atas pembinaan blog-blog yang menyuarakan perkembangan di Palestin yang semakin tertindas dek Israel. Saya sokong hapuskan Israel!

Boikot! Satu Usaha Kecil Tetapi Natijahnya Besar.

Saya juga terpanggil untuk menyahut seruan memboikot barangan-barangan yang asalnya dari Israel. Kalau tak mampu semua, cubalah berdikit-dikit untuk tidak menggunakan barangan jenama dari Israel. Ingat, mungkin sesen yang kita bayar adalah sebutir peluru yang menembusi adik-adik kita di Palestin.

Sementelahan itu, untuk membantu memperbaiki ekonomi negara, belilah barangan buatan Malaysia. Bantu peniaga-peniaga kecil, InsyaAllah usaha kita yang kecil ini dipandang Allah. Amiin…

Cahaya : Sayang kanak-kanak. Sangat tidak bertamadun bagi mereka membunuh sebuah keluarga tanpa rasa kemanusiaan.

Advertisements
Dikirim dalam Promosi. Leave a Comment »

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: