Biarlah Aku Mawar Berduri

Mawar Putih

Mawar Putih

Tika anak mata menyinggah ke laman I Luv Islam, saya terberhenti memandang satu imej yang comel dan punyai mesej ringkas ini. ‘jadilah… mawar berduri’, dan timbul idea di benak ini. ‘Biarlah aku mawar berduri…’. Terdetik dalam hati, begitulah saya mensinonimkan diri sendiri sekarang.

Mesejnya ringkas juga. Saya insan yang kerdil, tidak mampu menyenangkan hati semua orang dalam masa yang serentak. Barangkali separuh berpuas hati dengan tindakan saya, mungkin segelintir tidak. Apa usaha yang mampu, saya cuba sedaya upaya untuk gembirakan insan di sekeliling ini. Apa yang penting, saya mencuba. Hasilnya saya serahkan kepada Allah s.w.t.

Tambahan lagi, tidak harus kita cepat kecewa apabila keputusan yang kita buat berpotensi mengecewakan sesetengah pihak. Cuma pesan saya untuk diri sendiri, sampaikanlah keputusan itu dengan hemah dan sopan seperti mana yang dianjurkan Islam.

Itu lebih baik daripada saya meletakkan target nun tinggi di sana untuk penuhi semua kehendak manusia, nanti tidak tercapai, saya yang sendirian kecewa. Abah kata, “kita mesti ada jatidiri!” itu benar kan?

Adakah kita punya jatidiri?

Jatidiri diri bukan kita harus ceduk daripada orang lain. Kita harus terokainya sendiri. Lebih dalam kita mengenali diri sendiri, lebih tahu untuk pilih yang mana satu tindakan bernas. InsyaAllah, Allah lorongkan. Mudah-mudahan…

Namun setiap perkara ada batasnya. Jika terlalu memandang kepada jatidiri sendiri tanpa menoleh orang lain, tanpa ada rasa rendah diri dan rasa diri sangat bagus, nanti dikata ego dan perasan bagus pula. Nah, saya mesti hati-hati. Letakkan diri dalam keadaan sederhana.

Fikirkan begini, kalau saya bagus, ada lagi yang lebih bagus daripada saya. Kalau saya lemah, mungkin ini bukan masanya untuk Allah berikan sesuatu yang saya kehendaki.

Saya ambil kesimpulan, tidak semua keputusan itu menyenangkan. Malah kadang-kadang ia tercalar kepada diri sendiri. Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu. Jadi berlapang dadalah. InsyaAllah Allah redha. Dia Maha Penyayang. Fikirlah begitu berulang-ulang kali. InsyaAllah, akan ada rasa lega yang menyusuli.

Secara tuntasnya, sebarang keputusan yang ingin dilakukan, mintalah izin kepada Allah dahulu. Kerap mulakan perlakuan dengan Bismillah dan mintalah kepada Allah agar segala tindak-tanduk kita di bawah perlindungan-Nya. Walaupun ingin mengklik ‘Update Post’, bacalah “Bismillah…”.

Cahaya : Buat masa ini, tiada keputusan untuk difikirkan (^^,).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: