Meh Sarapan…

Makan pagi dengan makan tengahari, mana lebih penting?

Haa.. menurut pengetahuan saya, sarapan yang lebih penting. Kalau di kampung, mereka yang berkerja kebun akan mengambil sarapannya seawal 6 pagi. Santapan mereka adalah nasi berlauk. Masa mula-mula saya menginap di rumah sewa, ada juga berpandang pelik. Jawab saya senang saja, “orang Jawa, macam nilah. Pagi-pagi cari nasi.”

Alhamdulillah, di Al-Hamra’, semua orang pun biasa makan nasi pada waktu pagi. Lebih-lebih lagi budak kecik (gelaran kepada bekas rakan bilik). Dia yang akan mengajak kami bersarapan kalau ada lauk lebih dari malam semalam. Namun, elakkan daripada makan sayur semalaman kerana pada pagi hari, berkemungkinan ianya sudah teroksida dan mengeluarkan bahan yang tidak elok.

Antara kebaikan yang dapat kita perolehi daripada sarapan pagi/alas perut  : (pemerhatian dan dalam pengetahuan sahaja)

– dapat mengelak daripada gastrik

– sebagai langkah diet

– dapat kumpul tenaga untuk berkerja

– lebih ceria (kalau lapar mudah marah)

– otak mampu berkerja dengan lebih efisien

Jika sahabat-sahabat mengambil sarapan, tidak bermaksud untuk tidak makan tengahari. Sekurang-kurangnya perut kita harus diisi dengan makanan selang 2 jam. Ini bagi mengelakkan anda terkena gastrik dan masuk angin atau sakit kepala. Jika anda muntah pada waktu pagi, mulakan mengambil sarapan dengan segelas air suam sebelum makan makanan yang berat-berat.

Sarapan Pagi Ini

Sarapan pagi ini, pisang goreng dan teh 'O'.

Sambil menulis.

Sambil menulis.

Cahaya : Sedang menikmati masa emas di rumah.

2 Respons to “Meh Sarapan…”

  1. 'uyun Says:

    aku kalau kat fakulti, tak pandang nasi berlauk pagi2. LONTONG lagi SODAP. kawan2 pelik apa pasal aku makan lontong semangkuk engan berselera tahap bla bla bla (sebab mereka makan sebiji dua je)….hai kawan2, rugi2 makan sebiji dua, semangkuk dua baru ngam.. jawapan aku senang je “orang jawa, macam nilah….”

  2. C@h@Y@ Says:

    Lontong dengan telur separuh masak+sambal. Masyuk nye… “dah adik beradik, macam nilah…”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: