Nafas Baru

Salamun Alaik,

Awalul kalam, selamat Menghayati Maksud Maalhijrah. Tema Awal Muharam saya pada tahun ini adalah “Semoga nafas baru semakin segar!”

Tahun 2008 menyimpan banyak kenangan manis buat saya. Di antaranya dalam soal kerjaya, pembelajaran, dan peribadi. Justeru, saya akan ambil ini peluang untuk menghargainya untuk tiap saat yang mendatang. Semoga diri ini makin diresapi dengan budaya yang baik-baik sahaja dan tiap kecundangan disusuli dengan pembetulan.

Dari Janda Baik ke pinggir Daik,

Tega meredah semampu kudrat;

Banyak baik perkara baik,

Moga istiqamah dan berusaha kuat.

Cahaya : Nak jadi pendiam. Mampu ke?

Advertisements
Dikirim dalam Ceritawara. 7 Comments »

7 Respons to “Nafas Baru”

  1. Halijah Says:

    pendiam di hati ok jg kot 😉

  2. C@h@Y@ Says:

    (^^,). Tak boleh… nanti makan hati jadinya.
    Cahaya : Tak jadi amalan sebab nak awet muda selalu. **Wink!

  3. nadira Says:

    jadilah diri sendiri..hidup jaweee

  4. C@h@Y@ Says:

    Hehe.. “Jawa itu bonus,” jawab seseorang kepada seseorang.

  5. Baik-Adil-Saksama Says:

    Salam Ma’al Hijrah ya ukhti.

    Tidak perlu berubah sampai begitu sekali. Jadi sahaja diri anda yang sebenar dan perbaiki diri. Bukankah hidup ini perlukan kejujuran?

    Sudah agak lama ukhti tidak update. Baguslah sudah update kembali. Ukhti masih bercuti?

  6. irhafiz Says:

    Salam Hijrah..
    Sudah ramai saudara saya dijemput ke syurga di Palestine.

    [adli] = (baik – adil – saksama; khairul adli)
    Hidup memang perlukan kejujuran. Jadi diri yang sebenar. Ketika di alam roh, kita ditanya, adakah kamu mengakui yang Allah adalah Tuhan kita… dan kita mengakuinya. Itulah diri kita yang sebenarnya.

    Untuk menjadi diri yang sebenarnya itulah..perlukan perubahan. Katanya, air yang bertakung membawa penyakit, nyamuk, karat dan lain-lain, berbeza dengan air yang mengalir…

    Jengu-jenguklah saudara kita di palestine… Walaupun menggunakan kabel telefon atau kabel LAN, Local Area Network.

    Wassalam…

    “Ya Allah, Engkaulah penolong kami, Bantulah kami menentang orang-orang kafir.. Ameen…”

  7. C@h@Y@ Says:

    Salam Maalhijrah semua!

    Terima kasih di atas kesudian menyinggah blog aqeen yang tak seberapa ni.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: