5 Hari Cuti?

“Aqeen duduk rumah je?”

Soalan yang bertalu-talu bila terserempak dengan aku yang masih di Bangi saat masing-masing yang berkerja di sektor swasta mahupun kerajaan di alam percutian lalalalala… aka menghabiskan cuti 2008.

Semasa menulis pun, masih keseorangan. Semua cuti lagi. Sunyinya…


Berbalik kepada perkara yang di’bold’kan di atas. Adeh! Nampak pelik ke? baru aku perasan, aku adalah orang yang kuat menghilangkan diri dari Al-Hamra’ tatkala hari minggu berlangsung. Tak ke kenduri kahwin, balik rumah la, apa lagi kan… Kalau tak pun, cari rumah saudara untuk tumpang bermanja. (Nak makan air tangan makcik la… apa lagi…)

5 hari duduk di rumah, baru aku sedar (dulu sedar sikit je), banyak perkara sebenarnya harus dibereskan. Setelah dua minggu ke kursus, nampak keadaan aku tak berapa terurus. Beberapa perkara terbengkalai membuatkan kepala agak serabut. Ditambah pula agenda tayar pecah, aku segera melunaskan tanggungjawab kepada unta kecilku (JGG301) itu dengan membawanya ke klinik (Produa). Servis+Ganti Tayar! Lari bajet… Isk2…

Selain itu, sempat berziarah ke rumah baru ija dan suaminya. Hari yang sama, berziarah ke rumah k. Hawa pula. Membeli barang dapur dan mengubah suai keadaan bilik adalah antara perkara yang menyeronokkan sepanjang akhir minggu ini. Sebabnya, selalu dah banyak kali tertangguh lantaran penat bila pulang dari tempat kerja.

Aku bersyukur kerana Allah memberikan aku ruang ini untuk berehat secukup-cukupnya. Dapat tonton filem Batman The Dark Knight, rasa puas sekali sebab dah lama rasanya tak berkesempatan menonton wayang seperti selalu (wayang guna laptop.. hehe).

Minggu ni, tak kira, aku mesti berusaha untuk balik ke Daerah bersejarah, Batu Pahat. Walaupun dihimpit dengan dateline untuk menghantar beberapa task dari Unit Matematik. Doaku agar aku dan rakan-rakan yang mengalami nasib sama dikuatkan semangat dan berada dalam rahmat Allah. Amiin…

Di kesempatan ini, Aqeen ingin mengucapkan selamat menempuh sem baru buat sahabat-sahabat yang masih belajar dan baru mendaftar.

Buat sahabat taulan yang bertanyakan artikel-artikel yang tergendala (contoh: perkahwinan Ija), terima kasih di atas keprihatinan kalian. Akan diusahakan buat tatapan sahabat-sahabat semua.  Okey, saya ada masa dua hari sahaja untuk menyiapkan task! Ganbate!!! (Isk2… asyik terkejar-kejar saja kebelakangan ini…)

Cahaya : Memang tiada tanda untuk jadi pendiam. Kan?

Dikirim dalam Ceritawara. 2 Comments »

2 Respons to “5 Hari Cuti?”

  1. Wonn Says:

    patut la sunyi je blog aqeen x ber-update2…tapi bila muncul semula, byk entry baru yang naik

  2. C@h@Y@ Says:

    Hehe.. Tidak kenan juga kalau perkara tak up-to-date ni. Tidak update blog, tapi masa digunakan untuk update diri. Aqeen ke Pedagogy Training selama 2 minggu. Banyak belajar untuk menjadi guru. (^^,)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: