Buka Buku Baru

Indah bila hati bersama-Nya…

Menjadi pemerhati sosial memang kerja saya sejak dari dulu. Apatah lagi dapat bersendiri semalam, memandu sejauh lebih kurang 265km seorang, ada satu kelapangan untuk berseloka dalam benak sendiri. Ruang yang ada saya cuba isikan dengan mencipta idea-idea baru dan segar kepada diri sendiri dan seterusnya ditapis untuk perkongsian umum.

Dalam cerita ada cerita. Begitulah suasana yang saya cuba ekspreskan. Sekarang ini, musim cuti sekolah, musim orang membina mahligai, musim orang melaksanakan ibada-ibadat tambahan (sempena Hari Raya Aidiladha), dan macam-macam musim yang mungkin saya terlepas pandang untuk senaraikan.

Cerita Saya

Apa yang menarik perhatian saya untuk dikongsikan adalah pengalaman balik ke kampung halaman. Saya berpeluang ke Benut bersama emak untuk mengambil nenek di rumah makcik. Kedatangan kami disambut dengan amat baik.

Buat perkongsian, makcik, suami dan keluarganya 6 beranak hidup sederhana. Pakcik berkerja di kilang berdekatan dan makcik seorang surirumah.

Anaknya yang bungsu, Hakimi (2tahun) terus menerpa saya seperti dah kenal lama. Duduk dan baring diriba, ajak bergurau, ajak bercakap walaupun pelat (memang tak faham satu apapun).  Alahai, manjanya dia.

Dah sampai hampir tengahari, pakcik suruh tunggu sampai waktu makan. Anak-anak dara pakcik yang masak. Barupun berada di tingkatan satu dan tiga, masing-masing tak lengah ke dapur, sediakan minum dan bersedia untuk sediakan hidangan tengahari. Makcik tak lupa pun untuk sediakan sambal tumis hijau kegemaran saya. Terima kasih Cik Yati.

“Kak Qeen, tambahlah nasi tu,” terpacul daripada mulut seorang anak berusia lapan tahun dengan sopannya. Sekali lagi, rasa terharu. Pandainya anak kecil ini berbahasa. Saya terus menggosok badan belakangnya dan menjawab, “Alahai, pandainya Biha mengajak. Anak siapa la ni..” Pujian ikhlas tu membuatkan makcik dan pakcik tersenyum. Sejuknya hati.

“Atuk nak balik dah tuk…” Hakimi yang comel macam anak hindustan pula berbahasa. Baru berusia dua tahun, cakapnya seolah dewasa dan memahami suasana. Kalau anak-anak lain, meski di luar rumah berpanasan lagi dan buat hal sendiri.

Aduhai, sejuknya… Sejuknya… Anak-anak makcik semua baik dan berbudi orangnya. Dari yang berusia lima belas tahun hingga dua tahun. Saya terharu. Dalam kesederhanaan hidup, mereka membesar dengan adab yang baik. Memang jarang berjumpa lantaran saya sudah jauh. Tapi hati mereka sentiasa dekat dengan saya. Terima kasih.

Orang Berbudi Kita Berbahasa

Cahaya : Belum cukup pandai.

Buka Buku Baru : Terus belajar perindah budi bahasa dan teruskan mencuba.

2 Respons to “Buka Buku Baru”

  1. muhammadridwanto Says:

    saya pun mahu seperti itu…ameensemoga saya menjadi seorang yang berbudi dan berbahasa

  2. C@h@Y@ Says:

    Ameen… Semoga kekuatan tu sentiasa ada pada kita semua.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: