Ceritawara

Di Hari Raya AidilAdha 2008. 10 Zulhijjah 1429

Coretan malam raya

Lepas dengar takbir raya, aku buka channel 701. CSI kegemaran. Lepas buat kek coklat, terus diperbaringan depan tv. Sangat menarik perasaannya dapat melegakan pinggang. Ceh! Macam penat sangat je kan.

Kemudian sambil menunggu kek siap, potong bawang-bawang, serai, lengkuas, kunyit dan seangkatan dengannya untuk persediaan masak-masak esok. Ni kira part aku la. Abah dah masak ketupat, mak masak lodeh dan kuah kacang esok, Azim dan Anas sediakan tempat masak dan agenda teknikal, ‘uyun akan sediakan barang-barang teknikal dapur, air dan pencuci mulut (pembuat air yang paling sedap di rumah), dan fiqrah (ciqqah) akan cukup-cukup dibuli oleh abang dan kakaknya.

Adik-adik

Adik-adik

Raya ini diserikan dengan undangan penceritawara khas dari Kg. Sg. Kluang Darat, Rengit iaitu Puan Musripah bt. Suratkon iaitu nenekku dari sebelah abah. Nama dah cukup jawa kan?

Teringat pula Allahyarham atuk, Sarju bin Munari bin Sonokeromo, Al-Fatihah…

Coretan pagi raya

Raya lepas ‘uyun ada buat kuih ni. Aku memang tak pandai bab-bab buat kuih ni. Huhu.. mak ajar, aku kat depan tengok tv. main-main lalalalala… hari ni mak minta ‘uyun buat kole kacang. Tapi dia tak nak pula. Isk! Aicet podah ‘uyun. Takpe-takpe, nanti aku buli kau lagi. (Kat rumah kena buli saja)

Hujan. Yang wedok-wedok (bahasa jawa : orang perempuan) duduk rumah  saja. Tidak seperti sebelum ini akan ikut abah ke Masjid Besar Batu Pahat. Dah tiga tahun beraya di Batu Pahat saja. Keseronokkan beraya masih dapat dirasakan. Cukuplah kroni keluarga pula dieratkan.

Sebab aku tak pandai buat kuih yang ‘Uyun belajar ni, terpaksalah cari di internet. Meh kita share.

KUIH KOLE KACANG
daripada Sazlyna Ramly

Bahan-bahan :
500 gm tepung kacang hijau
30 gm gula melaka (dimasak dengan 1 cawan air ditapis dan disejukkan)
450 gm gula pasir
1 kampit santan (fresh coconut) dijadikan tahi minyak
1 kampit santan (fresh coconut) dijadikan 1800 ml untuk dijadikan santan cair
3 sudu makan color brown (sarsapella liquid)
garam secukup rasa
1 biji telur

Peraturannya :
1. Campur semua bahan kecuali tahi minyak.
2. Jadikan satu adunan ini didalam kuali kacau rata hingga sebati dan
pekat.
3. Masak diapi yang sederhana, senantiasa dikacau supaya tidak bergentel, terus kacau hingga adunan menjadi kilat dan berminyak, Adunan ini dikacau selama 30 hingga 40 minyak hingga adunan tanak.
4. Bila sudah kelihatan berminyak masukkan didalam loyang ratakan dan taburkan tahi minyak. Sejukan dan boleh dipotong mengikut cita rasa.

Opss…! Mak dah panggil ke dapur… huhuhu…. apa maksudnya? maknanya aku masih mengadap pc di rumah ni.

Cahaya : Ceritawara adalah hal-hal normal yang suasananya mungkin berlaku di rumah anda juga! Kita mesti hargai setiap saat yang berlalu. Kerana kita tidak tahu berapa saat yang tinggal untuk nafas kita lancar seperti biasa. Hargailah orang disekeliling anda.

Ekslusif : Saya, Nur Ainul Yaqeen bt. Ahmad, cahayamatakeyaqeenan bagi En. Ahmad b. Sarju dan Pn. Siti Jariah bt. Jazuli ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada sahabat-sahabat semua. Pohon seribu dan lebih keampunan kepada anda semua andai ada kata bersilang tingkah, pandangan terpancung sinis, dan pendapat yang mengguriskan. kerana diri ini banyaknya kekurangan.  Saya juga sedia memaafkan anda semua. Halalkanlah  kasih sayang anda! Terima kasih! (^^,)”


5 Respons to “Ceritawara”

  1. 'uyun Says:

    Pertama.. nak jet la tu (pembuat air paling sedap.. PORAHH.. hang tak cuba, jadi hang kata oghang punya hak sedap… hang cuba, baru hang tahu ghasanya..)

    Kedua.. kole kacang.. Thanks to umisu (my dear housemate) yang ajaq buat kuih ni.. huhu.. taram saja. tak payah ikut sangat resepi kat tenet.. ayaq tangan sendiri lagi sodap.. hang try na.. musti sodap. yang penting, buat dengan ikhlas dan baca selawat banyak2.. lintaskan kat dalam benak, minah tu mamat tu atok tu atau pokcik mokcik tu nak mamam, mesti kena kasi sodap, biar depa thumbs up sama kita.. (sampai mimpi2).. hihi.. (faham-faham suda..)

  2. wardah_asrar Says:

    salam..
    thanks kepada penceritawara.
    memang ku menantikan resepi nie,sebab diri nie minat kole kacang..
    xkusangka uyun tau buat kuihtuh..sebab kat s24,xpenah plak dia rajin memasak..
    xsangka ye..

  3. C@h@Y@ Says:

    hehe.. rajin ada sebab tu… kui2..

  4. 'uyun Says:

    diam-diam ubi berisi

  5. wong jowo Says:

    aku cam pernah nama kpg tu.. nama nenek kamu tu pun sama dengan nama nenek aku le..
    siapa kah kita?????


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: