Hari Raya Aidil Adha

Alhamdulillah, menjelang lagi Raya Aidil Adha. Selangkah lagi saya ke hadapan. Masih bernafas di muka bumi Allah. Syukur.

Seperti tahun-tahun lepas, pada Hari Raya Korban, saya akan bermuhasabah sendiri. Mencari erti kejayaan dan kegagalan pada tahun ini. Apa yang perlu ditingkatkan, dikekalkan, mahupun ditinggalkan.

Dua tahun lepas, pada waktu inilah saya pernah berhadapan dengan saat-saat getir bergelar insan. Hari Raya Korban menyaksikan saya bersungguh-sungguh mengubah diri. Alhamdulillah…

Mari kita kongsi sesuatu yang saya dapat pada hari ini!

Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban mempunyai nama-nama popularnya yang lain mengikut tempatnya di serata negara Islam. Sebagai contoh ia digelar Hari Kebesaran atau Hari Raya El-Kibir atau Hari Raya Kebesaran di Morocco, Algeria, Syria, Tunisia, Egypt, Yemen, dan Libya.

Dalam bahasa Berber, ia dinamakan Tfaska Tamoqqart , Tabaski atau Tobaski di Afrika Barat, Babbar Sallah di Nigeria, Ciidwayneey di Somalia and pengguna bahasa Somali yang berada di Kenya mahupun Ethiopia.

Manakala di India dan Pakistan pula, Hari Raya Haji digelar sebagai Hari Raya Bara sama erti dengan Hari Kebesaran juga. Di Kashmir, mereka menggelarkan Hari Raya Haji sebagai Hari Raya Baed manakala kaum Keralit yang berbahasa Malayalam menyebutnya sebagai Waliya Perunnal, keduanya sama maksud dengan Hari Raya Kebesaran.

Kita lihat di Bangladesh pula, Hari Kebesaran ini dikenali sebagai ঈদ-উল-আজহা Id-ul-Azha atau  কোরবানী ঈদ Korbani Id. Payah ingin menyebutnya kan? Di Afrika Selatan, ia dikenali pula dengan nama Hari Raya Bakra atau Baqrid seperti di India, dan bagi kaum Hindi, mereka menggelarkannya sebagai baqara yang bermaksud kambing iaitu diambil sempena pesta mengorbankan kambing.

Di belah Selatan India, Tamil Nadu, dan di Sri Lanka, kebanyakkan mereka yang berbahasa Tamil berketurunan Muslim menggelarkan Hari Raya Haji sebagai Peru Naal yang bermaksud Hari yang Besar. Kadangkala, mereka menyebut juga sebagai Hari Raya Bakr Peru Naal, bermaksud ‘Hari Kebesaran Berkorban’.

Kurban Bayramı adalah panggilan Hari Raya Haji di Turkey. Lebih kurang sama seperti di Bosnia Herzegovina, Albania, Kosovo, dan Bulgaria. Tetapi lain sedikit yang mana bunyinya adalah Kurban Bajram. Seakar tapi tak serumpun dengan panggilan Qorban Bäyräme di Tatarstan, Qurban Bayramı di Azerbaijan, dan Kurban Bayram di Rusia.

Di Kazakhtan pula, ia merujuk kepada panggilan Qurban Ait manakala di Iran dan Afganistan, ia dikenali oleh orang-orang Parsi sebagai ‘Eyd e Qorbán manakala  Loy Akhtar atau Kurbaneyy Akhtar dibahasakan oleh kaum Pashto.

Seterusnya, dalam bahasa Kurd, ia lebih dikenali sebagai Jejhni Qurban yang bermaksud Jamuan untuk Pengorbanan.

Dalam bahasa Uyghur di negeri China, ia disebut pula sebagai Perayaan Korban dengan tulisan Cinanya berbentuk 古尔邦节、宰牲节 atau Qurban Heyit.

Dalam rumpunan yang menggunakan bahasa Malaysia termasuk di Malaysia, Singapura, Brunei, dan di Indonesia, Hari Raya Haji lebih popular sebagai Hari Raya Aidil Adha dan Hari Raya Korban. Pengertiannya membawa maksud satu hari pengorbanan. Perayaan Hari Raya Korban ini dimeriahkan lagi dengan upacara marhaban, selawat, dan bertandang beramai-ramai.

Sumber : Wikipedia.

Cahaya : Apa maksud “Korban Perasaan”?

Dikirim dalam Suci Nurani. 8 Comments »

8 Respons to “Hari Raya Aidil Adha”

  1. danishahumaira Says:

    tq this is good information for us

  2. simple-shida Says:

    salamun alaik..

    ehem..ehem.. KORBan perasaan..
    adakah enti dlm TErkorban perasaan..
    MengorbanKan perassaan…?? DiKOrbankan..??
    ehehee..

    firasat kak tntg persoalan yg dikemukakan..
    ::korban perasaan:: tgk konteks..
    nape nk korban perasaan?
    perlu ke? dalam Rela Paksa..?
    paksa rela…? hihii

    memain pulak kak shida ni..😉

    kite tgk sudut ni.
    // korban perasaan…
    memandangkn kita nk musim raye.
    bagaimana bonda.. ayahanda tercinta
    terKOrban perasaann bilamana anakanda nye tidak
    pulang ke kg halaman…

    huhuu.. sure konferemm, sedih nan pilu kan.
    tapi, di pihak anaknye? andaikan mrk mmg terpaksa
    menGOrbankan perasaan nk bAlik kg dek
    taklifan kerja..huhu..

    so.. by huk by cruk..
    be positif.. bile nk dkt negatif je.. cepat-cepat cari
    magnet Diri.. bg CAs dgn bateri energizerrrr..hihi…

    okeylaa monolog pulak kak shida ni.

    slmt hari eidul ADha..
    sama-sama kite hayati..selami erti KORban yg sebenar..
    Korban utk keje-keje dakwah.. bguss😉
    korban utk CInta.. huhu.. tgklaa kes cmne..
    korbAn utk study.. YEssss wajib!!
    dan pelbagai korban-mengorban daaa..

    hihi.. i’ll pen off here..
    barakillahu ya aqeen..
    (lame xjumpe kan..huhu… )

    c u soon..
    wsslm..

  3. C@h@Y@ Says:

    hukhukhuk… windu kat akak… (^ ^,) lama tak dapat berkasih2an ngan akak ni.. sob.. sob… bile nak jumpa lagi ni… liqa’ lainkali, kalau tiada aral, saya akan sampai ke tapak programnya…

    perasaan?! terkorban? pernah… dikorbankan? pernah… berkorban… pun pernah… mulanya rasa terpaksa dan sukar… namun bila berusaha kembali kepadaNya, saya sudah rasai kemanisannya sekarang.. yg penting.. mesti mau maintain…

    steady and be ready..!

    mmg respect pada akak! all the things you get into, +ve habis~
    mmg sempoi~~ muslimah rock+steady+sempoi….

    bahagia dengan semua orang…~ terima kasih Allah! terima kasih Rasulku!

    terima kasih kawan2!

    terima kasih mak dan abah! terima kasih adik2 ku yang hensem dan lawa2! terima kasih sahabat serumah! terima kasih makcik pakcik! terima kasih atuk dan atuk perempuan! terimalah kasihku ini….~ (**,)

  4. 'uyun Says:

    korban perasaan = korban ego

  5. C@h@Y@ Says:

    Wuhuuu!
    Korban ego = korban perkara negatif = kita akan dapat yang positif

    toksah take serius sangat.. bukan apa, bila ada terdengar kisah remaja sekarang cintan liuk habis ni… korban mengorban plak… ishk.. den sodeh sikit.. toksah la layan perasaan sangat sayang sayang adikku sayang..

    tak layak rasanya nak berceramah, cuma peringatan ni seronok untuk kongsi bersama..

    semua perkara yang korban mengorban ni, perkaranya memang refleks kepada sejarah nabi-nabi kita terdahulu.. bagaimana pengorbanan mereka kepada jalan Allah..

    Dan pengorbanan perasaan cinta dan kasih sayang mereka terhadap kaum keluarga dan rakan sahabat terdekat yang tidak mahu mengikut jejak kembali kepada Allah yang satu. Seperti contoh.. cerita nabi Luth a.s, nabi Nuh a.s, nabi ibrahim a.s, dan banyak lagi.

    Tak kisahlah yang apa perkaranya…~ ‘Uyun makin macet!

    Hukhukhuk… adakah terkeluar topik?

    ups! terlebih sudah…

  6. C@h@Y@ Says:

    Tahun depan atau sem depan, moga saya dapat korbankan masa keseronokkan. Tukarkan masa seronok *main-main dengan masa untuk berseronok *belajar.

    Aduyay! boleh ke ni… Ya Allah, perkenankanlah~

  7. arnamee Says:

    Salam aidiladha~

  8. 'uyun Says:

    ade plak cakap aku makin mecet..
    aku dari kecik sampai hak besar tak mecet arr.. aku buat kepale sendiri jah.. huhu.. (bush2 belasah budak macam aku!!!)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: