Pahit Manis Bertunang

Abang Pulang – Ahmad Jais

Abang pulang abang pulang
Riuh rendah di halaman
Pasti ayah tersenyum
Dan ibu keriangan

Ole ole dari kota
Adakah dibawa sama
Adik menanti
Bagai tak sabar di hati

Biarpun jauh di rantau orang
Digamit rindu kembali pulang
Sesekali segala bertemu
Si gadis kukerling tersenyum malu

Ayam itik bertempiaran
Pasti kan menjadi korban
Buat sajian
Si teruna kesayangan

Rasa kekok duduk makan
Dengan bakal Pak Mertua
Sopan berbahasa
Itulah budaya kita

“Ija tak pernah ke bendang. Singgahnya di mana hari tu, dapatlah pegang padi-padi. Rumah ustaz ada bendang.”
Cukup dialog itu diutarakan oleh sahabat saya memancarkan keriangan untuk ke alam baru. Cukup bersedia dan redha zaman bujangnya sudah tamat tempoh. Meskipun tidak dibutirkan dengan kata-kata, muka jernih ija memberitahu saya, dia gembira. Syukur.
Saya pula rasa kehilangan. Tempat mengadu suka dan duka. Tempat menitis air mata, tempat melonjak ceria. Aduh, kehilangan benar-benar terasa. Lewat dua minggu lalu lagi perit rasanya.
Fitrah. Itulah yang kami ulang-ulang bila mengingatkan kami akan berpisah dari dua dunia. Masakan masih satu Bangi tapi berdurja berminggu-minggu memikirkan tiada pertalian lagi selepas ini. Aduh, cepat betul aku bersangka buruk! Kan masih satu Bangi, ada rezeki boleh jumpa dan dating. Tapi, mesti dengan keizinan ustaz, bakal suami Ija.
Dua minggu lagi. Meniti hari. Tapi aku tumpang gembira kerana dia gembira. Moga Allah mudahkan urusan mereka selepas ini.
Setahun berlalu tanpa sahabat serumahpun tidak mengetahui hal pertunangan Ija. Cuma yang dapat menghidu-hidu, buat teka-teki dan silang kata sama ada Ija dah berpunya ke belum tetap ada.
Telahan semua Ija jelaskan hujung tahun ini dengan menghantar undangan perkahwinannya kepada kami semua. Sungguh kuat Ija berusaha demi menuntut sunnah Rasulullah agar merahsiakan hal pertunangan.
Sikit-sikit persoalan yang diajukan, mesti Ija akan suruh aku menghabiskan buku “Aku Terima Nikahnya”. Ija oh Ija, memang kau sedang menduga sahabatmu yang liat nak membaca ni.Ada bukunya bukan nak dibaca, malah meminjamkan pada sahabat-sahabat lain pula. Dah dua tiga orang habis membaca, masih belum dibereskan lagi pembacaannya. Aqeen… Aqeen…

Pengalaman bertunang? Ija sekadar bercerita sikit-sikit buat pedoman rakan-rakan serumah. Banyaknya tentang persediaan dan cara menghadapi perkomunikasian antara mereka. Apatah lagi kedua-duanya sibuk di medan dakwah, membuatkan terbatas waktu untuk adanya perapian. Kaum keluarga banyak membantu. Lagi, apa yang perlu dan tidak perlu.

Nyata aku selaku anak sulung dan Ija anak bungsu ada keserasian. Dia banyak curahkan pengalaman, aku banyak curahkan perkongsian. Ia terlalu manis untuk dikenang.

Cahaya : http://ummusaif.com/2008/10/18/pahit-manis-alam-pertunangan/
Belajar-belajar berenang,
Tidak takut kalau lemas;
Pahit manis masa bertunang,
Lipat simpan kemas-kemas.

15 Respons to “Pahit Manis Bertunang”

  1. nadira Says:

    seidhlaaa..i love u all..si ija angakat tepon ni,ngn penulis blog nii……best !!!sayang sangat….

  2. C@h@Y@ Says:

    Wahhh.. seronoknya rasa disayangi ni.. hehehe… ni ada apa2 ke? kui2… maaf, gaji dah habis.. sila cuba lagi. Sila tekan butang R. kahkah..

  3. Halijah Says:

    Salam, buat teman2 serumah yg baik hati belaka & sgt2 ija sygi..thanks a lot atas dorongan, sokongan, perhatian & penerimaan. mg kalian dirahmati Allah selalu. sedih hati ni nk tinggalkan alhamra..=(

    terima kasih pd aqeen…emmm masuk pula cite ija kat sini ye..

    Al-Hamra = tempat kongsi suka, duka, tangis, ceria, gelak ketawa, kehidupan & cabaran.

    kenangan bersama teman2 akan dikenang selalu..

    ukhuwwah filllah abadan-abada..nahnu fi ruhani filbadan..

  4. danishahumaira Says:

    setiap pertemuan ada perpisahan, dan tidak bermakna perpisahan itu utk selama-lamanya kecuali ajal dan maut

  5. C@h@Y@ Says:

    Saya doakan kita semua akan bertemu di syurga!

  6. simple-shida Says:

    cak pong..cak pong..
    ups.. nk bg pantun boleh…

    buah limau buah epal
    satu oren satu hijau
    haa.. jgn asek becouple
    hanya bercinta lps kawin tau!

    ehiihii..

    dulu bujang kini dah bertukar
    itukan lumrah pusingan alam
    dalam bertunang bykkn sabar..
    jaga batasan adab berkalam..

    jauh merantau dari utara ke selatan
    singgah sebentar di RnR tapah
    kim salam semua pada kengkawan
    salam sayang buat halijah.. ( special dedicate in ur blog, tumpang naa.. )
    ehehehe..

    wah..idea spontaneousss..
    wacaaaa =D

  7. C@h@Y@ Says:

    Wahhh… saya akan menyahut seruan akak…

    Anak kambing main congkak,
    Anak ayam tertelan baja;
    Cinta-cinta boleh la kak,
    cinta ngan sibi je! zzzZZZzzzz…

    Sibi = teddy bear pink yang adik bungsu saya hadiahkan… kami ada teddy bear yang sama! satu sibi satu lagi sibu… jgn jeles!

    yang satu lagi tak reti nak komen la kak..

    yang utara selatan tu cam faham je.. ustaz utara, ija nun di selatan… hehe… best2!

    minyak turun, dapatlah mike jimat2… kehkeh..

  8. irhafiz Says:

    kajang pak malau kajang berlipats,
    kajang hamba mengkuang layu,
    dagang pak malau dagang bertempats,
    dagang hamba menumpang lalu.

    baling timba berisi garam,
    koyaklah timba terkena batu,
    biar hamba diperli orang,
    suruh mengorat hamba tak mahu.

    hati-hati memburu kijang,
    jangan sampai terjumpa buaya,
    bukan hati ingin membujang,
    menunggu seru tak tiba-tiba.

    kenapa tuan bermasam muka,
    adakah tuan sedang bersedih,
    hamba berpantun nak suka-suka,
    tidak serius tidaklah berlebih.

    -irhafiz- pantun paten

  9. C@h@Y@ Says:

    Pantun Lapan Kerat

    mari sama ke Sate Kajang,
    dua kereta pergi berlapan,
    bukan niat hendak bercanda,
    cuma makan dan dapat rehat,
    jangan dibiar hidup membujang,
    nanti cemburu melihat teman,
    beranak pinak bergurau senda,
    teman bermanja hilangkan penat.

    En. hafiz yang jual mahal agaknya… hehe maklumlah, kerja di Paten corp, mestilah terasa limited edition.. iye ke?

  10. irhafiz Says:

    jeling si gadis memakai susuk
    susuk tertanam dijari hantu
    bagaimana hamba nak masuk
    kalau orang tak buka pintu

    turun ke pekan membeli gamat
    ada yang muda ada yang tua
    hamba bukan wali keramat
    sanggup membujang sampai ke tua

    biar timba dihias-hias
    timba keluli lama bertahan
    diri hamba suka berkias
    silap kias bimbang tak faham

    tanam ubi beria-ia
    ubi ditanam di gunung tahan
    bukan diri nak tunjuk terer
    setakat pantun boleh lah tahan

    -pantun paten-

  11. C@h@Y@ Says:

    orang dah jual, kenala beli pantun ni…

    jangan lama menongkat dagu,
    menanti bulan jatuh ke riba;
    Puteri Santubong dah lama tunggu,
    Pendekar Hafiz yang tak kunjung tiba.

    mancis belum temu pencucuh,
    pada mak minah yang suka melatah;
    Puteri Hang Li Poh dah temu jodoh,
    alamak En. Hafiz terlepas sudah… (style stacy AF)

    minta yang bergunung-ganang,
    darah nyamuk mana nak bekal?
    baik reject puteri gunung ledang
    hantaran mahal tak masuk akal!

    hehe.. orait tak?

  12. irhafiz Says:

    takkan lari gunung dikejar
    kalau tak kejar rasanya tak apa
    kalau ditanya hamba ke mana
    khabarkan saja pergi bertapa

    salahkah tuan masuk ke rimba
    kalau menunggu kijang tak tiba
    salahkah perigi menjenguk timba
    kalau menunggu timba tak tiba

    jangan pandai mentafsir pantun
    kalau ilmu masih tak cukup
    hamba dah penat berpantun
    sampai sini rasanya dah cukup

    -ke manakah adli?-

  13. 'uyun Says:

    adli dah tak dok… kan yong kan ???

  14. wardah_asrar Says:

    wah..
    alhamra begitu gamat penghuniye..
    diriku yang hanya sebentar cuma menumpang cukup terasa kemanisan bersahabat..
    teringat di s24,KTC..
    bila dikenang2 kenangan manis bersam,boleh mengalir airmata..
    nie dah jadi tempat jual-beli pantun..(nasib baik k.mus xmasuk ofis today,klu x,i pun dah berpantun..)

  15. C@h@Y@ Says:

    Al-Hamra’ memang gempak kan? sungguh gamat… resam rumahtangga, ada juga yang pahit. Tapi kemanisan yang kami rasa menelan semuanya. Jemput la datang lagi. Boleh rasa jemput-jemput kak kinah. Aqeen tak pandai buat.. hehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: