Monolog

Dah lama tak pergi jalan-jalan, mendengus sendiri di dalam hati. Cuaca mendung. Bunyi guruh bagaikan berlawan dengan kumandangan pembesar suara di sisi monitor aku yang sedang mendongak ini.

Ahlan Bina memecah kesunyian bilik Pre-France. Beberapa anggota kumpulan Far East sudahpun mendirikan rumahtangga, namun populariti mereka tetap sama. Lagu tetap kedengaran di corong-corong pembesar suara menemui peminatnya.

Mendung dah luruh. Guruh dah surut. Namun bertukar kepada kilat dan petir. Aku kaget bila ia berdentum buat pertama kali. Tapi, tiada perkataan “opocot!”.

Keseorangan menunggu waktu untuk keluar dari pejabat. Menahan takut hati dan cuba mempamerkan muka selamba. Bahawasanya aku takut guruh, kilat, dan petir! Hati rasa digegar-gegar. Ouh!

Bukan membelakangkan ketakutanku pada Ya Rabbi. Namun itu sifat manusia biasa. Ada rasa atau frasa yang dinamakan takut. Bukankah begitu? Kudrat dijerkah bunyi yang berdentum-dentam belumpun kuat.. Ingat Allah, InsyaAllah rasa itu akan luntur.

Allah faham aku. Allah faham semua makhlukNya. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Bukankah begitu? Ya. Jawapan yang pasti.

Bila terasa payah, saat dilontarkan semua perasaan, Allah Maha Mendengar. Saat dilontarkan semua keberatan, akan ada rasa keringanan. Cuma minta pada-Nya. Bukankah tidak susah para sahabat? Ah… leganya… Allah Mengar semuanya. Allah tahu apa yang aku tidak tahu.

Terima kasih Ya Allah! Alhamdulillah… Segala pujian hanya bagi-Mu.

Aku kuatkan lagi pembesar suara. Walaupun guruh sudah hilang. Mungkin ia ke Dengkil. Barangkali. Rasa selesa melodi marhaban menusuk ke halwa telinga. Kuatkan lagi.

Pandangan seterusnya kulayangkan ke luar jendela. Ia menerobos jauh, terbenam hingga ke bangunan sebelah. Hujan selebat-lebatnya dah berhenti.

Terima kasih Ya Allah kerana turunkan hujan pada petang ini. Mungkin ada kucing yang kehausan dapat menghilangkan dahaganya dengan nikmat-Mu ini.

Esok, kami sekeluarga Al-Hamra’ akan berangkat ke Teluk Kemang. Ya Allah, peliharalah adab kami di sana nanti. Ya Allah, berikanlah kami yang baik-baik sahaja dan elakkanlah perkara-perkara yang tidak baik.

Percutian bersama sahabat pada tahun ini di Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Semoga yang indah-indah sahaja terdampar di hati kami. Seindah pelangi yang bakal menyusul setelah berlalunya hujan petang ini. Amiin…

6.30pm, Pre-France Collaboration Room.

Advertisements

5 Respons to “Monolog”

  1. sis_aflah Says:

    bestnya dapat berpoya-poya..tepi laut pula tu..lama tak ke teluk kemang..ada gerai jual cendol dan air kelapa yang sedap..hehe

  2. C@h@Y@ Says:

    MasyaAllah Allah berikan nikmat keseronokkan. keseronokkan bercuti bersama kawan-kawan memang best! Paling best, barbeku lazat! banyak aktiviti. paling best berenang laaaa… lalalalalaala….

  3. C@h@Y@ Says:

    huhu.. banyaknya yang paling best… paling best lagi, yang paling best la… apakah??

  4. sis_aflah Says:

    apakah itu apa? huhu
    berpoya-poya memang la best…hehe

  5. C@h@Y@ Says:

    Huhu.. Enjoy, enjoy juga. Siap dapat tazkirah lagi drp k. kinah ngan ija. “Fitrah. Manusia mmg sukakan kepada air. Sebab tu dalam Al-Quran, ada sepotong ayat mengenainya. (ija beritahu, tapi saya lupa. huhu..) Dan, sebaik-baik penawar adalah air.” Bukankah begitu?

    Saya pun insaf sekejap.. (T;T)…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: