Borak Berisi

Jam 6.00 petang pada Jumaat lepas, saya telah pulang ke gagang, ke daerah Batu Pahat yang harmoni. Dapat juga seketul ayam goreng dan sebotol air 100 plus untuk dibawa sebagai bekalan di dalam bas.

Rezeki, ada sahabat yang baik hati menumpangkan saya ke komuter UKM pada hari itu. Kalau tidak, memang tinggal dua hingga tiga minit sahaja bas nak bertolak, saya baru sampai. Dengan perut kosong saya akan berlapar sepanjang perjalanan. Oh, syahdunya…

Apa yang nak dikongsikan adalah perbualan di antara saya dan seorang encik yang duduk di sebelah. Rupanya orang MARA dan berpengalaman mengajar selama hampir 20 tahun. Beliau juga sudah menerbitkan sebuah buku (tajuk tak ingat) di bawah terbitan DBP.

Sepanjang perjalanan hingga ke Muar, beliau banyak menceritakan contoh-contoh attitude seorang pengajar sebagai tip-tip untuk menjadi pengajar yang cemerlang. Bernaung di bawah satu perbadanan yang sama, MARA, kami banyak berkongsi idea bagaimana nak hidupkan anak-anak Melayu. Serius, sebenarnya anak Melayu kita amat lemah dari segi attitude! Maaf kalau tidak setuju. Tapi kami sepakat.

Saya turut mengambil kesempatan bertanyakan itu ini perihal bagaimana ingin membawa diri sebagai pengajar muda di institusi pengajian tinggi. Memang diakuinya, ia mencabar lagi-lagi pada zaman sekarang, guru-guru atau tenaga pengajar harus mempunyai kekuatan dan menggali potensi diri untuk menyesuaikan pengajaran dengan pembelajaran yang ingin dilaksanakan.

Berikut saya ingin kongsikan beberapa poin yang saya simpulkan hasil temubual secara tak langsung dengan encik itu. Maaf, nama beliau  tidak dalam makluman. Namun petua dan cerita beliau amat berguna untuk pembangunan diri kita sebagai MELAYU.

1. Homework

Sebelum mengajar, wajib buat homework! Ini termasuk pembahagian masa terhadap setiap silibus. Kena ada rangka kerja untuk mengajar. Pastikan kita faham apa yang hendak di ajar.

2. Pembelajaran dua hala

Kemukakan sebanyak mana contoh soalan dan sediakan beberapa soalan untuk mereka cuba pula. Soalan yang diajukan oleh seorang pelajar haruslah diterangkan kepada satu kelas.

Mengajar dengan sistematik. Contohnya jika dibekalkan dua jam pengajaran, ambil 10 minit pengenalan atau sesi intro (ambil mood pelajar, ini sangat penting!), 30 minit untuk penerangan, 5 minit rehat, 20 minit selesaikan soalan, 20 minit perbincangan (sesi soal jawab),  20 minit teruskan pembelajaran, dan selebihnya berikan mereka homework.

3. Senyum

Cerita daripada encik itu : Ini satu petua daripada pengajar bahasa Inggeris yang cemerlang dari salah satu kolej komuniti. Beliau sangat disenangi oleh pelajar. Pelajar-pelajar amat sayang padanya. Walaupun pengajarannya tidak difahami 100% (maklum pelajar dari institusi ini kurang mahir dalam pelajaran Bahasa Inggeris), beliau tetap dihormati dan dipandang tinggi.

Encik ini memerhatikan bahawa Puan Ruzita (pengajar tersebut) tidak pernah masam. Mengajar pun senyum, jalan pun senyum, rajin bertegur sapa dengan senyuman, dan sering disapa hormat oleh pelajar. Soalan encik tersebut “Ruzita, saya tak pernah nampak awak masam. Senyum sahaja. Bagaimana ya?”

Puan Ruzita menjawab “Encik, masam itu siapa, syaitan. Senyum itu siapa, malaikat (dalam bahasa kiasan). Syaitan itu tempatnya di mana? Di neraka. Malaikat itu tempatnya di mana? Syurga. Jadi saya ingin ke syurga. Harus mencontohi sifat malaikat. Kenalah senyum.”

4. Ikhlas

Saya teruskan poin ke-3 dalam poin ke-4. Maksud di sini, jadi cikgu kena baik hati. Kerja mesti ikhlas. Penyampaian harus lembut, telus, dan tegas dalam mengajar.

5. Don’t ‘under-estimate’ the students

Ini penting. Kita mesti samakan level kita dengan mereka yang kita ajar. Bukan nak suruh kita jadi seperti mereka. Sentiasa menganggap pelajar adalah orang yang bijak untuk kita tambahkan skill nya. Jika kita memandang rendah kepada mereka, sebenarnya kita hanyalah memandang rendah kepada pengajarnya. Siapa tu? Kitalah!

6. Azam

Perlu ada azam yang kuat. Istiqamah dalam perjuangan menaikkan martabat bangsa Melayu seiring dengan pembangunan sahsiah masyarakat. Cuba kreatif dalam mempelbagaikan cara untuk mendekati pelajar agar mereka senang untuk belajar.

Mahu difikirkan cara untuk menambah minat mereka mempelajari ilmu, tidak kira ilmu apa. Untuk saya, khususnya dalam matapelajaran matematik. Pasangkan niat yang baik-baik sahaja. Di samping itu, kerap solat hajat untuk sentiasa ada semangat.

Masih ada lagi. Mungkin cikgu-cikgu di sana ada nak tambahkan. Mungkin secara khususnya  tidak dapat dipenuhi oleh cara-cara di atas. Kita ambil apa yang yang perlulah ye.

Cahaya : Masih belajar. Sentiasa kena belajar sampai akhir hayat. Nasihat untuk orang, untuk diri sendiri juga.

Advertisements
Dikirim dalam Eksplorasi. 2 Comments »

2 Respons to “Borak Berisi”

  1. Fairy Wonn Says:

    Bila baca entry ni, rasa diri dinasihati dan diberi motivasi untuk jadi guru yang cemelang. Simple saja point diatas tetapi untuk sepanjang hayat..takut tak termampu nak buat sepanjang masa (terutamanya bab senyum tu memandangkan muka yang agak serius ini…heheheh).

    Bagi saya yang baru bergelar guru sekolah menengah dan memegang gelaran guru permulaan…perlu rajin buat homework, sentiasa naikkan bakat dan pengetahuan dalam diri…juga ber”kawan” dengan students..kadang-kadang kita juga perlu belajar sesuatu dari mereka.

    p/s : juga masih belajar

  2. smh Says:

    tq~
    it’s so good. tips no.3 & no.4 tu mmg pntg. baru lah enjoy nak mengajar disamping mendapat barakah nyer (moga2). tip2 yg lain tu penting gak. lebih2 lagi yg no.2 tu.
    teruskan yer. =)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: