Penghargaan Buat Teman

Penghargaan Buat Teman – YaQeen

Thank you!

Terima kasih!

Awan mendung
Sarat kelabu tunggu jatuh
Hati aku mula sugul
Kerana aku takut hujan
Takut bunyi guruh
Takut nampak petir
Engkau hanya senyum
Meletakkan tanganmu di atas kepalaku
Rintik-rintik sudah datang
Aku lega
Harap-harap guruh dah tiada
Tapi rupanya kilat yang sampai
Aku takut
Engkau hanya senyum suruh aku bersabar
Hujan semakin lebat
Sambil melintas jalan
Ada yang memayungkan aku
Aku mendengus terpaksa redah becak
Engkau hanya senyum
Suruh aku bersabar lagi
Hujan mulai reda
Aku dongak ke langit
Langit mulai cerah
Menampakkan pelangi yang berwarna-warni
Hati aku membunga
Aku tak takut lagi
Malah sudah boleh berlari
Mengejar rama-rama sambil menari-nari
Tapi…
Aku takkan lupa
Kawan yang melindungi hatiku dari tadi
Ayuh kita kejar mentari pula
Mengakhirkan cerita dengan senyuman
Ayuh teruskan perjalanan


Sabtu

Peperiksaan di UniKLMFI belum selesai. Hari ini aku berkerja lebih masa. Berteleku sekejap, ada idea untuk zahirkan apa perasaan aku sekarang ni sebagai satu lakaran sajak di atas. Penghargaan buat teman yang begitu ambil berat dan sensitif dengan persekitaran dan rakan-rakan.

Semalam ada insiden kecil yang berlaku. Membuatkan aku berderau darah dan sedikit trauma. Tidak begitu serius tapi cukup membuatkan tangan menggigil dan muka pucat lesi. Nak ketuk dahi pun tak berguna. Kemalangan kecil itu telah melukakan ‘unta kecilku’. Kesian dia. Bila la pula dapat membaiki.

Terima kasih / syukran / thanks / merci beaucop / kesuwon / xie xie

Aku ingin berterima kasih kepada rakan-rakan maya terutama sekali para chatter di YM, rakan serumah, officemate, dan kawan-kawan lain yang kukhabarkan. Cukup lega bila ada yang membantu meringankan perasaan yang kusut dan sedih semalam.

Maklumlah, pertama kali melanggar kereta orang.

Muhasabah

Bukankah hidup kita ni umpama roda? Selalu di atas, selalulah di bawa. Kadangkala di atas, kadangkalalah di bawah. Kita akan melalui pelbagai kejayaan dan kenangan manis. Namun tanpa kegagalan atau rasa kecewa, kita pasti kurang merasakan nikmat berjaya yang optimum.

Oleh itu, perasaan stress semalam cuba aku positifkan dengan memikirkan akan ada sesuatu yang manis selepas ini. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, InsyaAllah.

Rezeki

Pendeknya, semalam mungkin kekesalan buat aku. Namun ia menjadi rezeki kepada yang lebih memerlukan. Upah yang dihulurkan untuk membaiki kereta nanti mungkin sekali dapat mengenyangkan anak kecil di rumah yang perlu makan, pakai, dan keperluan ke sekolah. Hati aku menjadi lega apabila memikirkannya. Rezeki masing-masing.

Cahaya : Terima kasih kepada Bangah yang sudi memberi bantuan. Walaupun jauh di Subang, InsyaAllah Ayong sanggup sampai sebab boleh dapat harga jauh lebih murah! Untung ada kawan punyai bengkel kereta (^;^)!

Advertisements

15 Respons to “Penghargaan Buat Teman”

  1. ADLI Says:

    Sy rasa nk nangis apabila baca artikel ni Aqeen. Awk sungguh kuat Aqeen. Klu sy tak taulah cmna. Sy bangga ada sahabat mcm awk. Syabas Aqeen. Tidak beriman seseorang itu jika ia tidak di uji.

    Moga-moga suatu hari nti awk akan temui kemanisan yg di cari. Ameen.

    So awk dh buat med checkup lom?

  2. C@h@Y@ Says:

    Kemalangan kecil saja Adli. Sedihnya sebab saya kurang berhati-hati. Salah sendiri. Takpelah, asalkan kita ambil ini sebagai pengajaran.

    terima kasih atas perhatian. (“,)

  3. muhammadridwanto Says:

    Alahai, sampai nak menangis?
    Wah, saudari akak Uyun ini sudah ada bakal suami yang prihatin.
    Moga ada jodohnya. Ameen

  4. C@h@Y@ Says:

    Terlalu berat perkataan “bakal suami” itu. Masing-masing hanya diikatkan dengan silaturrahim atas nama persahabatan. Harap a. wanto tak salah orang.

  5. irhafiz Says:

    Saya juga berpengalaman… Cuma tidak perlu di detailkan di sini..
    Setiap kali saya diterjah atau disergah oleh pengalaman itu, saya pantas berfikir…

    “Apakah ini dugaan atau balasan”
    “Adakah ia ujian atau kejian”

    Sebab saya pun pernah terlanggar belakang kereta someone…
    Tapi… harap-harap ia adalah ujian… dan bukan suatu kutukan…

    (“/)

  6. muhammadridwanto Says:

    hehehe,
    tak mengapa.
    seloroh di petang hari..
    maaf yea kakak Uyun.
    uyun tak ada blog ?

  7. C@h@Y@ Says:

    Masih membina. Mungkin akan menyusul. Maklumlah, adik akak ‘uyun kan busiest women in the world.. hehe. Pastinya idea beliau lebih hebat dari kakaknya.

  8. muhammadridwanto Says:

    ok, uyun memang begitu. pergi ke pasar lagak mahu ke kenduri kawen. huhuhu
    makin berisi Uyun. Mungkin akan ke gerbang perkahwinan kot…

  9. C@h@Y@ Says:

    Irhafiz: Yang baik itu datangnya daripada Allah. Malah saya tak keberatan jika mengatakan hal-hal yang membuatkan saya gagal datangnya daripada diri sendiri. Mungkin pernah terego pabila beroleh kejayaan, mungkin tersalah tafsir pabila membuat andaian, mungkin tersalah langkah pabila membuat keputusan, mungkin terngata pabila bersangka. Entahla…

    Allah semata-mata ingin menduga kita, adakah layak kita ni diuji untuk disayangiNya. Selalulah saya mengeluh juga pada awalnya (maklumla perempuan…) tapi, di pengakhiran cerita, saya harap dapat memanipulasi keadaan kepada sesuatu yang positif. Wallahua’lam.

    Mendoakan semua kawan-kawan selamat apabila memandu. Tak kira yang berkereta, menunggang motosikal, atau berjalan kaki sekalipun. (9;9)

  10. wardah_asrar Says:

    salam..

    sabar ye aqeen..
    saya pun penah ade pengalaman xcident..kreta sewa lagi..
    saya terpaksa menangggung kerugian duit sewa kereta sepanjang ia berada dlm bengkel..
    agak teruk tapi kami dalam kereta,alhamdulillah…

    buat a.wanto,
    ade ke berseloroh dlm blog nie..
    berseloroh lah dgn uyun sendiri..
    x gtu aqeen?

  11. C@h@Y@ Says:

    Setuju2! Sangat setuju di petang hari. hehe

  12. 'uyun Says:

    salam. dah lama tak menjenguk blog ni. terima kasih pada a.wanto kerana memuji saya..gerun bunyinya..cuma, a.wanto tertinggal kenyataan yang satu lagi..

    “datang pasar macam pergi kenduri kahwin aje?” a.wanto dan k.maisurah menegur.

    (apa taknye, pakai baju kurung & bersandle wanita)

    “macamana tak pergi kenduri a.wanto, saya pukul 7 tadi pergi meeting, balik meeting dah area 9.30pagi. Balik rumah (hanya tinggal k.mun seorang), check kereta dan bagi kereta pada sahabat dari jalan kemajuan 10, mereka nak gune ke meeting di bandar baru uda. Lepas tu balik rumah semula, naik motor dengan kak mun dan pergi ke pasar membeli ikan tongkol, kerisi,kembung,cencaru dan sayur2an. saya tak sempat langsung masuk ke dalam rumah”
    sampai rumah dah pukul 11.30 dan terus masak.

    saya selalu teringat pesanan IMAM MUJAHID- AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA “sesungguhnya kewajipan itu lebih banyak daripada waktu….”

    maka saya jatuhkan ‘wajib haraki’ untuk memenuhi tuntutan waktu yang ada tanpa perlu fikir pada perkara-perkara yang f**** (seperti menukar dahulu baju meeting tadi kepada t-shirt n seluar track)

    wallahualam.

    Saya rasa berkenan betul untuk jelaskan situasi yang berlaku.Mungkin kadang-kadang ada “cakap-cakap” yang menyentuh saya juga walaupun pada hakikatnya saya ni “stone” sikit. ehheh.

    Terima kasih pada a.wanto. Terus doakan supaya saya istiqamah di JALAN ini. dan terus doakan saya moga allah permudahkan urusan pembinaan baitul muslim saya. Amin.. (^;^)

  13. C@h@Y@ Says:

    Haaa.. itulah adik saya.. dicuit sepatah, pasti dia jawab berpatah2…

    hehehe…

  14. nadira Says:

    ohh langgar kete org erk…hehe rase kan ape yang aku rase,and rasekan ape yang aku rase hehehehe..ayat ko ni akin…aku pnam jek hihihi…muah2

  15. C@h@Y@ Says:

    haha! Bukankah hidup umpama roda? “Rasakan apa yang aku rasa…” Pergh… ayatku cudah diciplak!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: