Aduh, sakit kepala!

Aqeen dan Fizah

“Kau sakit perut tak?”

“Aku muntah 5 kali semalam, perut memulas.”

“Ke sebab ikan keli semalam ha?”

“Aku rasa iya kot. Mungkin ada kot, salah cara kita masak atau basuh ikan tu.”

Mai dan Aqeen

“Qeen, kau sakit perut tak?”

“Aku sakit kepala sangat. Rehat dekat surau je semalam.”

“Aku dari pagi tak buat apa pun kat office. Muntah jangan cerita la.”

Mengingatkan senario semalam di rumah buat aku gelak kecil la ni. Syukurlah dengan bantuan haz picitkan kepala pagi tadi, lega sikit. Bukan lega sikit, lega banyak. Alhamdulillah, kepala dah tak berat macam semalam. Tak tahulah nak cakap macam mana sakit dan peningnya semalam. Angin dalam badan dah menolak semua isi perut. Akhirnya aku tak tahu apa yang tinggal. Dan… Gastrik…

Kesimpulannya, kami bertiga, aku, Mai dan Fizah dah salah makan. Sahabat lain serumah okey je. Mungkin perut kami yang tak tahan dengan kepedasan cili kampung dan mungkin juga cara membasuh ikan tak sempurna. Selalunya, ok je. Dah nasib badan….

Semalam dah la mengendalikan meeting/kes student meniru. Dah tahan je air muka yang sakit. Senyum pun kelat. Hari ni aku nak senyum puas-puas.

Moral of the story, basuh ikan keli tu betul-betul. Peram dulu sekurang-kurangnya 15 minit dengan air asam, garam dan air perahan limau. Lulur bagi hilang lendir. Then, makcik ajar, buang ketulan kecil di kiri dan kanan kepala ikan.

Cahaya : terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mendoakan saya cepat sihat. Thanks for caring me.


Hari pertama kelas Aikido…

Kelas Aikido adalah bertempat di Az-Zahrah Multi-Intelligence Center, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Dalam kelas pertama ini, saya hanya memerhati cara mereka berlatih. Ke sebelas pelajar semuanya adalah daripada golongan lelaki yang umur di antara 25-50. Aik! Saya termudalah!

Dari segi pakaian, tidak bermasalah sangat. Pakaiannya ala-ala taekwando yang membolehkan wanita seperti saya menutup aurat. Bezanya dengan pemakaian lelaki, saya perlu berstokin lengan, berstokin kaki, dan bertudung kemas.

Satu masalah!

Dalam pergerakan Aikido ni, ia banyak memainkan pergerakkan tangan. Aikido adalah satu seni pertahanan diri yang lembut. Tidak seperti Judo dan Taekwando. Dan bila berlatih dengan sifu, maknanya saya harus ada satu lagi instrumen untuk menjaga aurat!

Alternatif

Nampaknya, saya bukan sahaja perlu berstokin lengan bahkan harus bersarung tangan. Walaupun nampak penampilan saya agak janggal, namun biarlah demi menuntut syariat, InsyaAllah. Saya bersyukur dan tidak kisah jika dikelaskan dalam golongan orang yang ‘gharib’ asalkan perkara saya buat bertepatan dengan neraca pertimbangan Islam.

Cahaya : tak nak buat kerja separuh jalan. Setiap masalah mesti ada alternatif untuk selesaikannya.

Macam mana timbul minat?

Rasa asing bila sebut Aikido di Malaysia ni kecuali bercerita dengan golongan-golongan yang terlibat dengannya. Selepas bergelumang dengan dunia kampus, saya tercari-cari satu aktiviti yang membolehkan saya membina soft skill yang baru. Suatu yang lain daripada yang lain. Dalam erti kata “small thing but has a big market.”

Selain itu, ia mestilah boleh mendekatkan saya dengan dunia dakwah secara tak langsung. Selama ini jika wanita sering dimomokkan dengan “itu tak boleh, ini tak boleh,” saya mahu membuktikan bahawa muslimah juga boleh dalam apa hal sekalipun, asalkan landasan syariat tidak diabaikan. Satu lagi, asalkan ia bersesuaian dengan peribadi seorang wanita Islam.

Jangan lupa dapatkan izin dan restu daripada orang tua dulu. Itu penting!

Cahaya : pesan Nenek : kita perempuan ni, semua mesti tahu.

Ayuh muslimah!

Di kesempatan ini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat muslimah untuk menceburi apa sahaja lapangan. Jangan takut dan tak perlu segan untuk belajar ilmu Allah. Walhal kita juga boleh seperti orang lain yang berjaya di luar sana. Cuba keluarkan potensi diri untuk kebaikan bersama.

Ilmu Allah itu Maha Luas dan harus diterokai. Bukan untuk dipandang dan muhasabah sahaja. Alangkah baiknya jika kita dapat menguasai sesuatu dan kemudian diajarkan kepada orang lain seperti yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Jangan kita menyempitkan fikiran bahawa wanita hanya perlu duduk di dapur dan menjaga anak sahaja 100%. Kita harus juga mempelajari bidang-bidang kemahiran lain. Walaupun ada di antara aktiviti hanya boleh dikuasai oleh golongan lelaki, kita juga dituntut untuk ambil tahu bahkan boleh mempelajarinya secara teori.

Bukankah kita adalah golongan sayap kiri dalam peperangan sekalipun? Dan mempunyai peranan yang besar dalam menguruskan kebajikan dan keperluan orang lelaki yang duduknya di barisan hapadan. Cuma nasihat saya, tidaklah kita belajar sehinggakan melupakan bahawa kita masih seorang ‘wanita’.

Cahaya : Semua perkara perlu diletakkan dalam keadaan wasotiah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: